Friday 1 March 2019

[Video Raja Petra pembohong - Dr M] Malam terakhir kempen PH, BN di Semenyih & PAS ada peluang saman lagi...

Sabtu, 2 Mac 2018
KiniTV.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan beberapa exco Pulau Pinang terbabit dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dr Mahathir mengulas pertanyaan pemberita mengenai artikel yang diterbitkan Raja Petra Kamaruddin berhubung kertas siasatan SPRM ke atas terowong dan projek jalanraya berkaitan, dianggarkan RM6.3 bilion. Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Kempen Pemilikan Rumah 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Beberapa exco Pulau Pinang dinamakan dalam dokumen-dokumen itu, menurut artikel-artikel itu. Bagaimanapun, Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam berkata dia akan menjawab dakwaan-dakwaan itu pada Jumaat.

Pakatan Harapan (PH) dan BN masing-masing bersaing dalam menarik kehadiran penyokong pada ceramah di malam terakhir menjelang pilihan raya kecil Semenyih esok.
Di bandar Semenyih, PH yang terdiri kebanyakannya daripada penceramah DAP berjaya menarik kehadiran kira-kira 2,000 orang.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng antara penceramah utama yang hadir bersama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan exco Selangor Teng Chang Khim.
Lim dalam ucapannya menggesa orang ramai yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Cina agar menyokong calon PH, Muhammad Aiman ​​Zainali bagi menunjukkan mereka menolak politik perkauman dibawa Umno dan PAS.
"Mereka dakwa bukan Islam tidak boleh dilantik sebagai Menteri Kewangan, Peguam Negara atau Ketua Hakim Negara.
"Kita hidup pada abad ke-21, mari kita lupakan warna kulit kita, apa yang penting ialah keupayaan kita," katanya.
Sebahagian besar daripada orang ramai meninggalkan majlis ceramah itu selepas Lim selesai berucap.
Sekitar 600 meter jaraknya dari situ, satu ceramah lain diadakan di sebuah medan selera yang menyaksikan MCA menjadikan lokasi itu sebagai tempat ceramah mereka. 
Kehadiran di situ dilihat agak kurang berbanding ceramah DAP.
Malaysiakini.
Image may contain: text
Image may contain: 1 person, text
PAS ada peluang saman lagi... 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini boleh sekali lagi menyaman Sarawak Report jika dakwaan terbaharu laman pembocor maklumat itu hari ini didapati tidak benar, tegas seorang peguam. 
Ia berhubung pendedahan Editor SR, Clare Rewcastle-Brown menerusi hantaran di blognya bahawa pihaknya menerima bayaran RM1.4 juta daripada Hadi sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman di luar mahkamah pada bulan lalu. 
Turut disertakan adalah beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia, sekeping cek Bank Islam dan sepucuk surat kepada Maybank yang mengesahkan wang bernilai RM1.4 juta itu datang daripada Abdul Hadi. 
“Kalau apa yang Sarawak Report kata tentang bayaran RM1.4 juta kepada Clare adalah tidak betul, maka adalah terbuka buat pemimpin PAS untuk menyaman Clare di mahkamah sekali lagi,” ujar peguam Syahredzan Johan di Twitter hari ini. 
Untuk rekod, Hadi menyaman Clare berhubung dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada UMNO. 
Bagaimanapun, setelah meminta sumbangan daripada ahli-ahlinya, Hadi mengambil keputusan untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah. 
Roketkini.

1 comments:

Unknown said...

Kabar Gembira Buat Para Pecinta Sepak Bola Dimanapun Kalian Berada
Ayo Dukung Tim Favoritmu Dan Pasang Taruhanmu Sekarang
Bolavita Bandar Sportsbook Terbesar Di Indonesia
Nikmati Bonus Berlimpah Setiap Hari

Mari Kunjungin Segera Website kami :
www(titik)bolavita(titik)vip
www(titik)sateayam(titik)club
www(titik)pokervita(titik)live

Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!!
WA : +628122222995
Pin BBM : BOLAVITA / D8C363CA (NEW)

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena