Sunday 10 March 2019

[Video Siti Aisyah dilepas dari tuduhan bunuh Jong-nam] Buat apa Mr.10% turun lawat penghuni "miskin" PPRT! Sapa Mr.10% ni? 'izzuddin.al.jitrawiy' memfitnah TPM? FITNAH puak2 walauncai ni semakin menjadi2.

Isnin, 11 Mac 2019
Siti Aisyah dilepas dari tuduhan bunuh Jong-nam
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam. Hakim, Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Tinbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad menarik balik pertuduhan ke atas Siti Aisyah, 26, warga Indonesia mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah. "Mahkamah berpuas hati dengan kes prima facie terhadap Siti Aisyah di,bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Kes-kes yang dirujuk peguam ada yang sudah bermula, ada yang bermula tapi belum sampai peringkat penghujung. "Dalam kes ini pula, pihak pendakwaan berhasrat untuk menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh. Maka, Siti Aisyah dilepaskan yang tidak terjumlah kepada pembebasan," kata hakim itu. Terdahulu, Muhamad Iskandar memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan berhasrat untuk menarik balik pertuduhan terhadap Siti Aisyah mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah. Seksyen itu antara lain menyatakan bahawa pihak pendakwaan pada bila-bila peringkat perbicaraan boleh untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh. Gooi Soon Seng yang mewakili Siti Aisyah kemudiannya memohon mahkamah untuk melepas dan membebaskan anak guamnya daripada pertuduhan itu mengikut Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah. Siti Aisyah yang memakai baju kurung dengan selendang kelihatan menangis selepas mendengar keputusan itu. Pada 16 Ogos 2018, mahkamah memerintahkan Siti Aisyah dan wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, membela diri atas pertuduhan membunuh Kim Chol. Mereka didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 9.00 pagi, 13 Feb 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Hari ini ditetapkan untuk Doan membela diri atas pertuduhan itu. - Bernama
Mr.10% turun lawat penghuni "miskin" PPRT...
Sapa tak kenai Mr10% broker tanah UMNO yg berjaya jual tanah Melayu Penang berskala besar. Tak percaya boleh tanya orang2 tua dulu.  

Tanah bandar Perda projek tipu tanah Melayu paling besaq. Rampas tanah Melayu guna Kanun Tanah bagi pampasan pada org kampung RM1.20 juai balik pada pmaju RM15 

Sebelum UMNO kalah pada PRU14, depa ni nak rampas tapak bazar Perda milik orang Melayu dan bagi pampasan RM15000 saja padahal harga beli dulu pon RM15000. Orang UMNO sendiri cakap kalau UMNO masih perintah Penang 2008 hingga sekarang, Balik Pulau dan Kepala Batas bukan Melayu punya dah. - f/bk / TS
Fitnah makin menjadi2
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks



1 comments:

Lone ranger pomen said...

Dia org takpe. Boleh deal dgn tuhan. Tu pasal kunci syurga tuhan bagi mereka pegang, sape yg sanggup jadi walaun je layak masuk. Kalis dosa. Haaa kan, lame dah simpan. Ingat malas dah nak maki dia org ni. Buat tambah dosa je... Tapi nak buat camner, saye ni bukan walaun, macai pun bukan. So, bleh la memaki pasal masuk neraka jugak nanti. Tak caya tanya walaun.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena