Tuesday, 12 March 2019

[Video Tun M: Zaman Umno BN, Penjawat Awam pakai baju biru! Kah kah kah] Rusuhan kaum boleh berlaku jika isu perkauman dan fitnah terus dimainkan UMNO-Pas! Kes skandal Scorpene: K'jaan sedia hulur bantuan - Chin Tong

Selasa, 12 Mac 2019
Rusuhan Kaum Boleh Berlaku Jika Isu Perkauman Serta Fitnah Dimainkan Oleh UMNO-Pas.
Isu perkauman sering dijadikan bahan untuk dimainkan oleh sesetengah pihak keatas kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang mana jika berlarutan akan menyebabkan rusuhan kaum di negara ini.
Image may contain: 2 people, text that says 'Umno pandir dan lebai malang Pas ingat Tun M tak boleh baca tipudaya mereka konon sokong PH. Pi jalan dah... Moga SPRM giatkan siasatan tiada maaf bg pengkhianat amanah Lepas PAS, Umno pula umum sedia sokong Dr M'

Kes skandal Scorpene: K'jaan sedia hulur bantuan - Chin Tong

Kerajaan Malaysia sedia menghulurkan bantuan dalam pendengaran kes yang sedang berlangsung di Perancis berkaitan skandal kapal selam Scorpene, maklum timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong.
Bercakap kepada pemberita di parlimen hari ini, Liew mengesahkan telah bertemu dengan dua peguam dari Perancis yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) Suaram.
Peguam ini akan memfailkan satu tindakan undang-undang di Perancis berkaitan pembelian kontroversi dua buah kapal selam Scorpene oleh Malaysia pada 2002.
"Ya, mereka (peguam) datang. Kita berharap bahawa Malaysia boleh lakukan sebanyak yang mungkin untuk memudahkan kes di Perancis itu.
"Kami sedang meneliti kes-kes di mahkamah Perancis buat masa ini," katanya sambil menjelaskan beliau tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut mengenai pertemuan itu.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan dua peguam Perancis - William Bourdon yang pernah disenaraihitamkan dari memasuki negara ini sewaktu pentadbiran BN, dan rakan sejawatnya Apoline Cagnat - berada di Kuala Lumpur sejak 10 hingga 12 Februari lalu.
"Buat masa ini, kes Scorpene sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
"Jadi, ia bukan lagi dalam pemantauan kementerian pertahanan. Ia sedang dipantau oleh SPRM," katanya.
Pada Julai 2017, mahkamah Perancis mendakwa penganalisis politik Abdul Razak Baginda, iaitu individu yang rapat dengan Najib Razak.
Ketika pembelian kapal tersebut dibuat pada Jun 2002 Najib merupakan menteri pertahanan.
Malaysiakini.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Aik! Bukan dulu kata takde kes ke. Kat Perancis pun takde buat kes isu kapal selam ni. Dah tu ni ape plak. Ni la org kata bala bertimpa. Dah jatuh ditimpa tangga, naik ambulans, tayar plak pancit, bawak naik lori. Sampai spital katil tak cukup, letak kat tangga, tunggu doktor, rupanya doktor plak MC. Doktor lain chek, salah bagi ubat. Bila dah nak dpt ubat betul, ubat plak takde stok. Betul punya bala ni.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena