Tuesday 12 March 2019

[Video Tutup MAS? Ini kata Dr M] Presiden UMNO dan Pengerusi BN tanpa kuasa! MANA ZAHID HAMIDI PERGI?

Selasa, 12 Mac 2019
KiniTV
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terbuka terhadap sebarang kemungkinan untuk menangani kerugian yang ditanggung Malaysia Airlines Bhd (MAS). “Untuk menutup syarikat penerbangan nasional, ia satu hal serius. “Kamu ingat tak, dulu pun ada kajian tentang ini, sama ada kita patut tutup, jual atau buat penstrukturan semula kewangan. “Kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan semua kemungkinan ini. Kita perlu putuskan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di parlimen.

MANA ZAHID HAMIDI PERGI?

Presiden UMNO dan Pengerusi BN tanpa kuasa, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tidak hadir dalam majlis perasmian dan istiadat pembukaan sidang Parlimen yang disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong, hari ini.
Menurut Ketua Whip BN, Mahadzir Khalid, sebab Zahid Hamidi tidak menghadirkan diri tidak dapat dipastikan.
Beliau, kata Mahadzir, tidak dapat dihubungi.
Zahid Hamidi bukan saja melepaskan kuasanya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN kepada Mohamad Hassan yang merupakan timbalannya, malah jawatan Ketua Pembangkang yang disandangnya sejak Julai 2018 lalu juga telah diserahkan kepada Ismail Sabri.
Selain tindakan itu menyebabkannya semakin kekurangan peranan dalam parti, kedudukannya kini hanyalah sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk saja.
Persoalannya, mengapa Zahid Hamidi tidak menghadirkan diri dalam majlis perasmian Parlimen kali ini?
Bukankah majlis ini sebenarnya penting dalam kedudukannya sebagai Ahli Parlimen?
Adakah beliau mengambil cuti secara tiba-tiba sebagai Ahli Parlimen, sama seperti cutinya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN juga?
Atau merajuk hati?
Apakah barangkali ketidakhadirannya kali ini merupakan tanda-tanda beliau akan mengundurkan diri sepenuhnya daripada politik dan hanya mahu menghabiskan sisa-sisa perjuangannya untuk berdepan dengan 46 kes mahkamah yang sedang dihadapinya? (Shahbudindotcom 11/03/2019)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena