Thursday 21 February 2013

Insya-Allah Islam Lebih Gemilang...Presiden PAS Kunjungi JAMAAH TABLIGH

Khamis, 21 Februari 2013
Presiden PAS Kunjungi JAMAAH TABLIGH

(Tuan Guru Abdul Hadi berbual dengan pemimpin Jamaah Tabligh dalam kunjungannya hari ini. Dari kiri, Ustaz Abd Hamid, Tuan Guru  Abd Hadi, Ustaz Muhd Razi)


SRI PETALING: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kunjungan bersejarah ke markas Jamaah Tabligh hari ini.

Dengan ditemani wakil Dewan Pemuda dan Dewan Ulama, Ustaz Hadi meluangkan masa bersama pemimpin Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling hari ini.

Beliau tiba di Masjid Jamek Sri Petaling yang juga markaz jamaah Tabligh terbesar negara ini kira-kira jan 4.40 petang ditemani Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ketibaan beliau disambut Pengerusi Masjid Tuan Haji Zaid Abdullah, imam masjid Ust Abdul Halim Chin yang juga Mudir Madrasah Miftah Ai-'Ulum serta ahli jawatankuasa masjid dan para jemaah yang berada di situ.

Turut serta dalam kunjungan itu juga termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, AJK Dewan Ulamak PAS Pusat Ust Nazmi Nik Din, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad serta Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia Adram Musa.

Sejurus tiba, Tuan Guru Abdul Hadi menunaikan solat Asar berjemaah.

Beliau kemudian mengambil peluang beramah-mesra dengan para jemaah sebelum di bawa ke bilik mesyuarat untuk sesi bertanya khabar dan jamuan.

Dalam pertemuan kira-kira 20 minit itu, mereka antara lain saling bertukar-tukar pandangan berhubung perkembangan dakwah Islam di negara ini.
Harakahdaily.

Insya-Allah Islam Dan Melayu Lebih Gemilang di Bawah Pakatan Rakyat










0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena