Monday 4 February 2013

Ahli PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA akan Berdemontrasi

*Edisi Khas  'TIPU'...
Isnin,  4 Februari 2014
Tipu Dana RM200,000 - Ahli PBPH akan BERDEMONTRASI!
(Persatuan Bekas Polis Malaysia)

POLIS

KUALA LUMPUR 4 Feb: Sebanyak RM200,000 diseleweng Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri apabila siasatan persatuan itu mendapati wang tersebut dipindah ke akaun syarikat KT Solution Enterprise daripada Geran Bantuan Tabung Kebajikan dan Pentadbiran PBPM berjumlah RM500,000.

Dedah Pengerusi PBPM Kuala Lumpur, Nasiruddin Mohamed, Shafie yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jelebu turut memalsukan tanda tangan semasa mengendalikan Mesyuarat Agung Negeri Kedah pada 15 Disember 2008.

Shafie juga menurut Nasiruddin terlibat menghantar dan memalsukan laporan berhubung Ahli Majlis Tertinggi PBPM kepada Pendaftaran Pertubuhan (ROS), malah mengatur kehadiran perwakilan haram dari Pulau Pinang ke mesyuarat berkenaan.

“Saya juga yakin ada ‘tangan ghaib’ yang melindungi penyeleweng ini seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kewangan, Penaung Kehormat, Tun Dr Mahathir dan Penasihat Tabung Kebajikan, Datuk Seri Dr Rais Yatim,” ujar Nasiruddin yang juga Naib Presiden PBPM Pusat pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, hari ini.

Turut hadir, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan 10 anggota PBPM.

Menurut Nasiruddin, Sijil Simpanan Premium Tabung Bangunan PBPM berjumlah RM221,418.07 hilang dan dicairkan walhal sijil asal yang dimiliki Ghaffur masih dalam simpanan PBPM.
“Bendahari PBPM, Mohd Hanafiah Abdul Manap dan Datuk Yusof Hamdain Diego iaitu bapa mertua Speaker Dewan Rakyat pernah membuat laporan tetapi tiada tindakan diambil.

“Ahli PBPM bersetuju sekiranya tiada tindakan diambil dalam masa terdekat, satu demontrasi besar akan diadakan,” katanya.

 http://www.keadilandaily.com/

ISNIN, 4 FEBRUARI 2013
KE JALAN RAYA SESUDAH PILIHAN RAYA

TIPU PILIHAN RAYA
TURUN KE JALAN RAYA


 KOMENTAR TUKAR TIUB
sekali lagi timbalan presiden pas
menyatakan secara terang 
bahawa kerajaan hari ini dalah lah kerajaan haram
kuasa yang di memangi melalui undi tipu di sabah

TIPU Lagi.....


Monday, February 4, 2013


Hellooo BN, bila lagi nak jawab isu 'duit udang Kerpan hilang RM6.15 juta'? Ingat tu reta meredak tokwan tiri hangpa ka??? Duit rakyat tuu...



Oleh: Chin Jerlun
RM6.15 juta hilang, RM2.16 juta disaman projek udang Projek ternakan udang di Kerpan, Ayer Hitam yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah petani pada tahun 1993 telah berlaku penyelewengan di mana hasil keuntungan projek tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun bersama seperti dalam perjanjian. 

Satu Perjanjian Pengurusan Projek Ternakan Udang bertarikh 27 Disember 2007 ditandatangani antara Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB), sebuah syarikat yang ditubuhkan secara bersama antara Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan pegangan nisbah keuntungan 40:60. 

Hasil keuntungan projek tersebut tidak diagihkan seperti yang dipersetujui bersama. Duit itu juga tidak dimasukkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan. Ke mana duit keuntungan sebanyak RM6.15 juta itu pergi? Adakah ia masuk ke dalam kantung dana politik UMNO?

Pada 5 Jun 2012 Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak RM2.16 juta. Kerajaan kini jugak yang kena tanggung biawak hidup tinggalan BN.

"INGAT...Jangan Serah Kedah Dekat Penyamun!!!"
Posted by Kedah La at 9:47 AM 

Ini Tak TIPU!
04 FEBRUARI 2013

Panas ! Tentera Pun Dah Tak Yakin Dengan BN....


Tentera yakin Pakatan mampu jaga kebajikan

KUALA LUMPUR 4 Feb: Menjaga kebajikan tentera bukan kerana mereka penjawat awam, tetapi pengorbanan yang diberikan demi menjaga keamanan negara.

Menurut Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, menyifatkan kerajaan Umno BN lepas tangan isu kebajikan tentera menyebabkan golongan itu kecewa.

Kata Penasihat Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) itu lagi, jika kerajaan mengutamakan kebajikan tentera, mereka akan lebih bersemangat menabur bakti kepada negara seperti dijanjikan Pakatan Rakyat.
Source/Credited to: Kedahkini

Takbir!   Allahuakbar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena