Wednesday 20 February 2013

Pengundi Melayu DUN Manjoi: Dengar! apa nasihat orang Cina Ni....

Rabu, 20 Februari 2013
PRU13 kena pangkah bulan
Vincent Lee

KEMAMAN: Rakyat diingatkan agar memilih PAS dengan memangkah simbol bulan pada Pilihan Raya Umum ke-13, akan datang. Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee berkata rakyat dan pengundi hari ini mempunyai sebab kukuh untuk memilih PAS pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, peluang kerajaan Umno dan BN memerintah negara selama lebih 50 tahun boleh dinilai oleh rakyat. Sekurang-kurangnya kata beliau, berilah sekali peluang sepenggal kepada Pakatan Rakyat memerintah negara ini.

“Pesanan saya satu sahaja kepada rakyat pangkah bulan dalam pilihan raya akan datang. Kita kena pangkah bulan dan ada sebab cukup kukuh kenapa kena pangkah bulan, itu yang paling penting.

“Sebab dalam tempoh 50 tahun BN memerintah terlalu banyak kepincangan dan penyelewengan.

“Sekurang-kurangnya, beri Pakatan Rakyat satu penggal dan jika kita tidak betul, rakyat boleh undi mana-mana parti yang mereka suka. Beri peluang kita mentadbir negeri dan negara,” ujarnya ketika ditemui selepas Majlis eKasih PAS, Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, di Kampung Dusun Nyior, Chukai, 23 November lalu.

Beliau yang juga Ketua DHPP Wilayah Persekutuan menjelaskan selagi Pakatan Rakyat tidak berjaya menguasai Putrajaya banyak perkara tidak boleh dilaksanakannya.

Katanya, kuasa memerintah di Putrajaya boleh merubah segala-gala hasrat dan cita-cita kerajaan Pakatan Rakyat.

“Kita sepatutnya diberi peluang memerintah. Selagi kita tidak menjejakkan kaki ke Putrajaya, dalam aspek negeri amat terhad sekali. Sebab banyak kuasa berada di Putrajaya.

“Contohnya, harga barangan seperti minyak tidak boleh diturunkan di peringkat negeri tetapi boleh jika menguasai peringkat pusat. Selagi Pakatan Rakyat belum berpeluang menjejak kaki ke Putrajaya perkara itu tidak dapat dilaksanakan,” tegasnya.
IT Pas Pusat


Alhamdulillah

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena