Wednesday 20 February 2013

MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya Perak Membangun Bersama Islam: Berdoalah Kemenangan PAS di DUN Manjoi PRU13..


Rabu, 20 Februari, 2013
Insya-Allah MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya Perak Membangun Bersama Islam


MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya Perak

Kawasan seluas 209 ekar di Meru Raya telah mendapat pengiktirafan status MSC Malaysia Cybercentre dari Kerajaan Malaysia pada 18 Mei 2007. Pengiktirafan tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya. Pengiktirafan ini meletakkan MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya, Perak setanding dengan lain-lain Cybercentre dan Cybercity MSC yang terdapat di Malaysia.

Projek MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya, Perak merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak di bawah program KPerak2010 : Pelan Induk Strategik ICT. Bagi tujuan ini, kawasan seluas 209 ekar yang telah diperuntukkan untuk ditransformasikan kepada 3 komponen pembangunan utama:-
Infrastruktur Sosial
Projek Stimulasi & Projek Utama
Industri ICT

Sebuah bangunan setinggi 19 tingkat yang dikenali sebagai Perak Techno-Trade Centre (PTTC) dengan keluasan lantai 120,000 kaki per segi bernilai RM 40 juta telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Bangunan ini dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar yang menjadi infrastruktur utama kepada pelabur-pelabur yang berminat memulakan urusan perniagaan buat masa kini. Ketika ini, beberapa projek pembangunan sedang mengambil tempat di kawasan MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya, Perak yang termasuk:-
Pusat Konvensyen
Dewan Majlis
“i-city’ – Creative Content & Multimedia Hypermarket
Hotspot Wireless Boulevard
Wholesale and Retail Centre
Business Class Hotel

PCB Development Sdn Bhd sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak adalah pemaju utama di kawasan MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya, Perak.

Dengan terwujudnya Cybercentre@Meru Raya Perak yang berada di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Manjoi dan Parlimen Tambun ini. Merupakan satu langkah kehadapan dalam merealisasikan Pembangunan Gugusan Manjoi dan memberikan pelbagai manfaat kepada penduduk di Gugusan Manjoi.

'Rujukan: Buku Program Pelancaran MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya Perak pada 23 Oktober 2007.

Pelan Permodenan Gugusan Manjoi


Pembanguna
Perancangan
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 29 Januari 2003 bersetuju membangunkan gugusan Manjoi.
Gugusan Manjoi akan dibangunkan semula setanding dengan Silibin, Pasir Puteh dan Pengkalan yang mempunyai kompleks komersial dan rumah moden.
Pembangunan gugusan Manjoi akan mengikut Pelan Pembangunan Semula Gugusan Manjoi yang membabitkan kos sehingga RM300 juta, yang akan dilakukan sehingga lima tahun.
Gugusan Manjoi akan dibangunkan sebagai kawasan pusat komersial dan perkhidmatan sosial yang maju dan moden. Tugas membangunkan kawasan diserahkan kepada:
Kerajaan Negeri Perak pimpinan Menteri Besar Ir. Nizar Jamaludin
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Gugusan Manjoi yang suatu ketika dahulu merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang bermula sebagai kawasan perumahan setinggan Melayu telah mengalami suatu transformasi yang amat menakjubkan. Gugusan Manjoi yang menerima jolokkan sebagai kampung yang dihuni oleh Rumpun Melayu yang terbesar di Asia telah melakar sejarahnya yang tersendiri.

Perkampungan yang lebih dikenali sebagai perkampungan Melayu dipinggir bandar pada suatu ketika dahulu, wujud hasil usaha Menteri Besar Perak keempat iaitu YAB Dato' Seri Ahmad Bin Said (07 Mei 1964 - 06 Mei 1970) (Yang mana nama beliau telah diabadikan dalam salah sebuah Kampung iaitu Kampung Dato’ Ahmad Said). Gugusan Manjoi kini didiami oleh lebih 40,000 penduduk yang meliputi kawasan seluas hampir 600 hektar. Gugusan yang meliputi Kampung Manjoi, Kampung Tengku Hussein, Kampung Sungai Tapah, Kampung Dato’ Ahmad Said dan Kampung Jelapang Baru ini sedang mengalami proses perubahan wajah. Dengan visi Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali yang didokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Manjoi YB Dato’ Haji Nadzri Bin Ismail maka Manjoi kini kearah menjadi sebuah perkampungan bandar moden yang berperanan menyumbang kearah pertumbuhan sosio ekonomi Masyarakat Melayu khususnya dan Majlis Bandaraya Ipoh secara amnya.

Projek fasa pertama permodenan Gugusan Manjoi telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia pada 22 Oktober 2007. Pembangunan fasa pertama melibatkan pembinaan Kompleks Pentadbiran dan Komersial Gugusan Manjoi iaitu pembinaan Pejabat Tanah dan Daerah Ipoh, Pusat Perniagaan dan Mini Stadium.

Pembinaan pasaraya besar tempatan iaitu Pasaraya Mydin berhampiran Kompleks Pentadbiran dan Komersial Gugusan Manjoi diharapkan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda di gugusan Manjoi seterusnya menjana ekonomi setempat dikawasan tersebut.

Ia adalah seiring dengan usaha Kerajaan Negeri Perak untuk menyusun semula kedudukan kawasan perumahan dan pembinaan ratusan unit rumah kedai mampu milik. Diharapkan dapat menggalakkan penempatan isi rumah berpendapatan sederhana dan tinggi yang rata-rata terdiri daripada kakitangan kerajaan dan peniaga. Seterusnya akan meningkatkan aktiviti ekonomi dan pelaburan di Gugusan Manjoi.

Melalui projek ini juga beberapa kemudahan/“infra” seperti pembinaan semula jalan raya, kemudahan komunikasi, masalah pengangkutan dan kemudahan awam yang telah membelenggu warga penduduk buat sekian lama akan dapat diatasi.

Segala usaha dan komitmen kerajaan untuk membangunkan Gugusan Manjoi tidak akan terlaksana tanpa sumbangan dan komitmen daripada anak watan Gugusan Manjoi itu sendiri, iaitu generasi kedua dan ketiga yang kini telah berada di kalangan golongan kelas menengah Melayu. Usaha secara bersama antara anak watan dan kerajaan negeri pasti akan dapat merealisasikan usaha membangunkan Gugusan Manjoi.

'Rujukan: Buku Program Pelancaran MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya Perak pada 23 Oktober 2007.

Allahuakbar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena