Sunday 10 February 2013

Rasuah, Skandal, Tamak, & Perkauman: NAJIB BUNGKUS!!



Briged Kibaran Bendera & Kamunikasi UPU Pas Zon Meru
Bersiap siaga ke tahap paling tinggi
UMNO HENDAK MENIPU LAGI!



Bungkus Najib !!
Ahad, 10 Februari, 2013


Kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan partinya UMNO adalah akibat perbuatan mereka sendiri. Ini adalah kesan setelah 55 tahun salah laku dalam pemerintahan, penyalahgunaan kuasa, kronisme, rasuah, skandal, ketamakan dan perkauman.

Ia semua berlaku apabila tiada menteri sebelumnya mahu melakukan perkara yang betul, iaitu memerangi rasuah. Kemudian mereka gagal untuk memperkukuhkan UMNO dengan orang bijak pandai dan jujur. Namun, kesilapan terbesar mereka adalah tidak berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit sehinggakan orang bukan Melayu mula beralih untuk menyokong pembangkang.

Pengundi Melayu juga mula meninggalkan UMNO untuk PAS yang lebih kukuh dan jujur. Malah, peralihan keluar dari UMNO bermula pada 1960-an, dengan kadar yang semakin meningkat sehingga hari ini apabila orang Melayu mula berpecah antara UMNO di satu pihak dan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pihak yang lain.

Memilih untuk menipu dari memperbetulkan kelemahan

Malangnya, daripada bekerja untuk memperbaiki imej dan integriti parti mereka, pemimpin UMNO menggunakan cara kotor untuk memenangi pilihan raya; mereka menipu. Ia mendatangkan hasil dan tidak lama lagi dosa ini menjadi satu tabiat yang berakar dalam minda UMNO. Lihatlah bagaimana kepimpinan UMNO bertindak balas terhadap pergerakan Bersih yang menuntut pilihanraya yang bersih. Ketakutan dan kemarahan UMNO apabila diminta untuk membersihkan daftar undi amat ketara. UMNO kecewa dan bertindak balas dengan ganas terhadap penyokong Bersih di kesemua demonstrasi Bersih kerana ia merasakan ia mempunyai hak mutlak untuk menipu!
Malaysia Chronicle



Isu 1:Berkaitan Penipuan
Saturday, February 9, 2013
Apa rancangan kotor hingga Najib yakin sangat BN menang?
Saya mendengar beberapa pengkaji berkata kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka termasuk pegawai-pegawai kerajaan yang buat kerja kotor untuk menangkan BN ketika mereka dalam perkhidmatan kerajaan dahulu.

Tetapi hari ini Perdana Menteri berkata, beliau berharap pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.

Mengapa Mamat tu yakin sangat akan menang?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih? Adil? Bersih? Syaitan pun tak percaya.

Ya Allah, saya bersedia untuk turun ke jalan raya!
Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at 1:16 PM


Juga isu 2: yang ada kaitan dengan penipuan
Saturday, February 09, 2013
Segala persiapan untuk Umno BN menipu dalam PRU13 dah lengkap?

Apa pun, aku cukup yakin, segala persiapan untuk Umno BN menipu masa PRU13 nanti dah pun sedia. Pasai tu Najib nampak dengan penuh yakin yang Umno BN akan menang lagi dalam PRU13.

Sinarharian melaporkan: 
KUALA LUMPUR - Gelombang Arab Spring tidak akan berlaku di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerima apa sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PR tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang huru-hara kerana negara ini mempunyai undang-undang. - Sinarharian.   

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/02/segala-persiapan-untuk-umno-bn-menipu.html#ixzz2KTzFMXzl

Gaya Peneroka

Takbir!   Alhamdulillah





0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena