Sunday 3 February 2013

HIMPUNAN PERDANA UMMAH BERSAMA PAS: Pembakar Semangat Juang Petugas Pas UPU Zon Meru.. Takbir! Allahuakbar

Ahad, 3 Februari 2013

PETUGAS UPU MERU HEIGHTS & TAMAN MERU PERTINGKATKAN ILTIZAM, KEIMANAN, & TERUSKAN PERJUANGAN

*Tahniah Bregid Kibaran Bendera Pas UPU Zon Meru & Meru Cycling Club yang telah menyertai Kayuhan Kuningkan Bandaraya Ipoh bersama DS Nizar bermula 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari sebentar tadi sejauh 43km. Nantikan Video Updated menerusi Youtube.com/brigedkibaranbendera.

Foto I Pencerahan Minda
Sunday, February 3, 2013

INILAH NASIB BN (GAMBAR)

https://m.ak.fbcdn.net/sphotos-c.ak/hphotos-ak-prn1/537450_539391152751627_165195614_n.jpg
Souce/Credited to:Na'im Nikmat

Artikel/Foto II Penyuntik Semangat Juang

Sunday, February 3, 2013
Kenyataan Left. Jen. (B) Datuk Abd Ghafir perlu dijadikan penyuntik semangat juang menjelang PRU13.


Panas ! Left.Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir...YAKIN PR Bentuk Kerajaan Pusat !!!

KUALA LUMPUR: Leftenan Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau yang berucap pada Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS memberitahu melihat kepada perubahan yang ketara sokongan rakyat serta penyertaan dari golongan profesional dan ahli perniagaan pasti kemenangan ini tidak boleh dinafikan.

Hadir dalam program hari ini adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong, bekas Ahli MT Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Tamrin Ghaffar turut hadir.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Himpunan tersebut. Majlis dipengerusikan oleh bekas pelakon, Bob Lokman.
Source/Credited to: Kedahkini.


18 KERUSI DI SABAH!!! Pakatan mampu menang
Sunday, February 3, 2013

(Tokoh-tokoh baru PAS bertakbir bersama dalam himpunan hari ini)

(Datuk Yahya Lampong...Pakatan akan menang di Sabah kali ini)

AMPANG: Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong yakin Sabah akan membentuk kerajaan baru dari Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.

Beliau yakin Pakatan akan menang 18 kerusi parlimen di Sabah yang mana 13 kerusi adalah dari kawasan Kadazan, Dusun, Murut dan Cina (KDMC) dan lima lagi kerusi Bumiputra Islam.
Source/Credited to: PASPB


Takbir!   Allahuakbar


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena