Tuesday 19 February 2013

Yes! Yes! Umno Tak Mampu Melakukan Persempadanan Semula DUN Manjoi...

Selasa, 19 Februari, 2013
Kah!.. Kah!.. Kah!..
Dppwp

Pengkaji UM : Pembangkang sedia hadapi pilihanraya


BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Mohamad Redzuan Othman.

Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008. 

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU ke-13 terlalu lama.

"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 1999. KEADILAN (sekarang PKR) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.

"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya. - Malaysiakini


Lagi Kenyataan UMCEDEL:

Berhati-hati, sekarang masa kecederaan - Umcedel

Harakahdaily,
19 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Tempoh dari sekarang sehingga hari pembuangan undi PRU-13 umpama masa kecederaan untuk semua parti-parti politik di Malaysia.

Mana-mana parti yang membuat silap dalam tempoh ini akan menyebabkan mereka kalah dalam pilihan raya ini.
Demikian kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman (gambar) dalam seminar pilihan raya anjuran Umcedel hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggunakan istilah 'tempoh berpantang' untuk masa sekarang hingga hari pembuangan undi.

Dalam tempoh ini, semua pihak dalam parti perlu berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan atau kenyataan.


Sehingga kini, kata Ridhuan, kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang hampir sama untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Ini adalah yang pertama kali berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Beliau juga berkata, isu yang paling besar dihadapi oleh BN adalah intergriti parti itu.

Selain itu, isu NFC dan Lynas juga menyumbang kepada tindakan rakyat menolak BN.

Pakatan Rakyat pula, kata Ridhuan mempunyai masalah kebersamaan di kalangan pemimpin mereka.

Pakatan Rakyat, kata Ridhuan selalu membuat kenyataan yang berbeza antara parti di kalangan mereka.

Menurut kajian Umcedel,  59 peratus respondan bersetuju bahawa  kenyataan berbeza di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat boleh menyebabkan pengundi tidak menyokong Pakatan.


UMNO Takut & Mengelabah.....

Pejabat PM tekan forum politik UM dibatal
Harakahdaily,
19 Feb 2013

(Prof Ridhuan membentangkan hasil kajiannya salam seminar pilihan raya di UM pagi ini)

KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), terpaksa membatalkan forum politik anjurannya petang ini akibat arahan dari Pejabat Perdana Menteri dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagaimana, Pengarah Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, arahan untuk membatalkan seminar ini tidak boleh diterima oleh pihaknya sebagai penganjur.

Oleh itu, forum yang disertai oleh pemimpin media alternatif iaitu dari Harakahdaily, Malaysiakini dan Sinar Harian diteruskan pagi tadi.

Namun forum yang sepatutnya disertai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifudin Abdullah dan anggota Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dibatalkan.

Mereka digantikan oleh beberapa ahli akademik petang ini.

"Apabila saya maklumkan kepada Nurul Izzah, dia bertanya bolehkah beliau datang, saya kata dia bebas untuk datang," kata Prof Ridhuan ketika memberikan ucapan pembukaan di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera hari ini.


Sejak semalam pelbagai maklumat tersebar kononnya program perbincangan ilmiah ini dibatalkan.

Ridhuan berkata, sebaik saja balik dari luar negara, pelbagai pesanan diterima beliau agar seminar pilihan raya ini dibatalkan termasuk dari  Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Secara berseloroh Ridhuan berkata, sebelum ini nama Profesor Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menjadi sasaran di samping Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

"Ada orang kata, selepas mereka, saya pula menjadi sasaran sekarang," katanya.

Sehubungan itu, beliau kata, seminar sebegini hanya boleh diikuti di Universiti Malaya sahaja sekarang ini.



ohpilitik.blogspot
Awat hang 'Paul' Octopus vulgaris tak pilih BN!


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena