Showing posts with label pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya. Show all posts

Friday, 3 May 2013

Berhati-hati Di Jalan Raya, TOLAK BN Di Pilihanraya!

Sabtu, 4 Mei 2013
biar dalam apa keadaan sekali pun nyawa dan keselamatan anda adalah paling utama. Tanpa nyawa tangan tidak akan dapat memangkah undi. Berhati-hati di jalan raya... Tolak Bn di pilihanraya... bravo


Sameera Hanney
Kepada semua sahabat yang akan pulang mengundi berhati-hati di jalanraya...
RASA MACAM BALIK RAYA LA PULAK...EEEE MERIAHNYA..BUKAN NGAN GAMBOR KETUPAT LEMANG TAPI GAMBOR DACING SENGET BUAT SEMAK JALAN JER...
ABCD...
Sebahagian besar warga kota mula meninggalkan Kuala Lumpur
Sebahagian besar warga kota mula meninggalkan Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk mengundi Ahad ini. Tinjauan di Lebuhraya Utara-Selatan Plaza Tol Jalan Duta kelihatan agak sesak malam ini.-Foto BERNAMA

Anak Muda Benci Umno
Takbir...Allahuakbar!
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More

Thursday, 4 April 2013

Khairy Tak Mau Bertanding PRU13 - Ada Rakyat Kesah....

THURSDAY, 4 APRIL 2013
Khairy Tak Mau Bertanding PRU12
SHAH ALAM – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan keputusan sama ada bertanding atau tidak diserahkan kepada kepimpinan parti walaupun "lebih cenderung" untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mengulas lanjut Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, dengan pengalaman dimiliki walaupun tidak menjadi salah seorang Ahli Kabinet dan menjadi ejekan musuh politik, namun ia mampu melaksanakan tugas dengan baik.
Posted by jeebond
Suka Hati Hang Laaa...Ada Rakyat Kesah

THURSDAY, APRIL 4, 2013
Penyanyi Aishah Tanding Parlimen Jempol?
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah akan menjadi calon mewakili parti itu di Parlimen Jempol.
Dipetik dari portal berita Antarapos pada Khamis, beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ mengumumkan perkara tersebut pada ceramah anjuran PAS Bukit Bintang di Gombak.
Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin yang dipetik sebagai berkata, beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.
“Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding),” katanya kepada Antarapos - Sumber
Posted by mountdweller at 9:47 PM  

THURSDAY, APRIL 04, 2013
Najib tidak sanggup tinggalkan Pekan, tapi sanggup tinggalkan isteri dan anak ...
Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, masyarakat juga perlu sedar bahawa sekiranya Anwar boleh meninggalkan Permatang Pauh, beliau juga mampu meninggalkan sesiapa sahaja pada masa akan datang.

Najib cuba memperlekehkan Anwar Ibrahim kerana meninggalkan Permatang Pauh untuk bertanding di Perak.Baca di sini

Adakah Najib ingat rakyat telah lupa bagaimana dia telah sanggup meninggalkan orang-orang yang sangat  menyayanginya dahulu?

Lupakah dia bahawa dia pernah tinggalkan isterinya, Tengku Puteri Zainah iaitu seorang kerabat diraja Kelantan bersama 3 anaknya semata-mata tergila-gilakan Rosmah yang ketika itu merupakan isteri orang?

Lupakah dia bagaimana dia mentohmahkan bahawa bekas isterinya itu tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.


Tengku Puteri Zainah bersama dengan tiga anaknya terpaksa naik turun Mahkamah Tinggi Syariah untuk menuntut nafkah sara hidup dari bekas suaminya, Najib.

Adakah seorang suami dan seorang bapa yang kejam macam Najib ini boleh jadi pemimpin negara yang baik?
 alhusseyn471

THURSDAY, APRIL 4, 2013
PRU 13 : Makcik MAIMUN, 94, Sudah SERAH BORANG PENCALONAN


KUALA TERENGGANU, 4 April -- Warga emas, Maimun Jusoh dipimpin oleh kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) keluar selepas mengabil borang pencalonan di pejabat SPR di sini, hari ini.
Maimun, 94, sebelum ini pernah bertanding Kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihanraya Umum Ke-12 pada tahun 2008 sebagai calon Bebas dan berjaya meraih sebanyak 685 undi.
PULAK DAH! 

Read More

Tuesday, 19 February 2013

Yes! Yes! Umno Tak Mampu Melakukan Persempadanan Semula DUN Manjoi...

Selasa, 19 Februari, 2013
Kah!.. Kah!.. Kah!..
Dppwp

Pengkaji UM : Pembangkang sedia hadapi pilihanraya


BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Mohamad Redzuan Othman.

Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008. 

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU ke-13 terlalu lama.

"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 1999. KEADILAN (sekarang PKR) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.

"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya. - Malaysiakini


Lagi Kenyataan UMCEDEL:

Berhati-hati, sekarang masa kecederaan - Umcedel

Harakahdaily,
19 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Tempoh dari sekarang sehingga hari pembuangan undi PRU-13 umpama masa kecederaan untuk semua parti-parti politik di Malaysia.

Mana-mana parti yang membuat silap dalam tempoh ini akan menyebabkan mereka kalah dalam pilihan raya ini.
Demikian kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman (gambar) dalam seminar pilihan raya anjuran Umcedel hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggunakan istilah 'tempoh berpantang' untuk masa sekarang hingga hari pembuangan undi.

Dalam tempoh ini, semua pihak dalam parti perlu berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan atau kenyataan.


Sehingga kini, kata Ridhuan, kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang hampir sama untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Ini adalah yang pertama kali berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Beliau juga berkata, isu yang paling besar dihadapi oleh BN adalah intergriti parti itu.

Selain itu, isu NFC dan Lynas juga menyumbang kepada tindakan rakyat menolak BN.

Pakatan Rakyat pula, kata Ridhuan mempunyai masalah kebersamaan di kalangan pemimpin mereka.

Pakatan Rakyat, kata Ridhuan selalu membuat kenyataan yang berbeza antara parti di kalangan mereka.

Menurut kajian Umcedel,  59 peratus respondan bersetuju bahawa  kenyataan berbeza di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat boleh menyebabkan pengundi tidak menyokong Pakatan.


UMNO Takut & Mengelabah.....

Pejabat PM tekan forum politik UM dibatal
Harakahdaily,
19 Feb 2013

(Prof Ridhuan membentangkan hasil kajiannya salam seminar pilihan raya di UM pagi ini)

KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), terpaksa membatalkan forum politik anjurannya petang ini akibat arahan dari Pejabat Perdana Menteri dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagaimana, Pengarah Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, arahan untuk membatalkan seminar ini tidak boleh diterima oleh pihaknya sebagai penganjur.

Oleh itu, forum yang disertai oleh pemimpin media alternatif iaitu dari Harakahdaily, Malaysiakini dan Sinar Harian diteruskan pagi tadi.

Namun forum yang sepatutnya disertai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifudin Abdullah dan anggota Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dibatalkan.

Mereka digantikan oleh beberapa ahli akademik petang ini.

"Apabila saya maklumkan kepada Nurul Izzah, dia bertanya bolehkah beliau datang, saya kata dia bebas untuk datang," kata Prof Ridhuan ketika memberikan ucapan pembukaan di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera hari ini.


Sejak semalam pelbagai maklumat tersebar kononnya program perbincangan ilmiah ini dibatalkan.

Ridhuan berkata, sebaik saja balik dari luar negara, pelbagai pesanan diterima beliau agar seminar pilihan raya ini dibatalkan termasuk dari  Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Secara berseloroh Ridhuan berkata, sebelum ini nama Profesor Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menjadi sasaran di samping Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

"Ada orang kata, selepas mereka, saya pula menjadi sasaran sekarang," katanya.

Sehubungan itu, beliau kata, seminar sebegini hanya boleh diikuti di Universiti Malaya sahaja sekarang ini.



ohpilitik.blogspot
Awat hang 'Paul' Octopus vulgaris tak pilih BN!


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena