Friday 8 February 2013

"Wa...Sudah lama sakit hati sama BN....Cakap semua tipu. Ini kali aaa..kita pangkah koyok lagi maa.."

Sabtu, 9 Februari, 2013
"Ini kali aaa.....



Takde BN pun kita boleh hidup bhai…(Berita bergambar)
hanabira | Feb 08, 2013 |


“Ini kali aaa…kita pangkah koyok lagi ma!”
“Apa itu koyok?” Aku memancing sorang Apek yang menyambut kami. Aku tau koyok,kadang-kadang bila rasa lengoh-lengoh badan, aku tampal jugak koyok tu kat mana-mana yang perlu. “Itu koyok, lu kalau sakit mesti pakai maa…mana ada lu letak itu timbang dekat lu punya badan…” Jawab Apek tu,sambil diiringi gelak oleh kawan-kawannya yang ada sekali. Aku pun gelak jugak. Rupanya parti Pas @lambang Pas berimej bulan tu mereka panggil “koyok.”

Bukan calang-calang mereka ni. Nampak je macam jauh ketinggalan tapi bila kami tanya mana anak-anak? Sudah balik ke? Ada yang jawab anak dia kerja kat Singapore. Kat Taiwan. Kat Hong Kong. Kat Amerika pun ada!!! Agaknya dengan kepandaian anak-anak mereka yang celik IT, mereka sudah lama terbuka minda. Dah tau tentang betapa banyak penyelewengan yang dah berlaku dalam pemerintahan. Sebab tu bila kami perkenalkan diri yang kami ni orang PR, mereka begitu teruja! Sorang lagi sahabat Cina yang sempat aku temuramah berkata, ” Wa sudah lama sakit hati sama BN. Cakap semua tipu..” Aku menyampuk, ” Itu wang 500 you angkat ka?” ” Haiyaaaa…itu bukan duit BN maaa…itu kerajaan punya, kita punya…sapa-sapa pun jadi kerajaan mesti buat baik sama rakyat, ada betul ka?” Dia sambung lagi, ” Nanti lu orang (PR) jadi kerajaan, mesti lagi baik maaa..Jangan jadi serupa BN!”

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2013/02/08/takde-bn-pun-kita-boleh-hidup-bhai-berita-bergambar/
Takbir!   Allahuakbar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena