Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Thursday, 3 May 2018

[Video TERKINI Nik Omar Nik Aziz~ Ucapan Di Hadapan Ribuan Rakyat Jelajah Pakatan Harapan, PUTRAJAYA] Nik Omar tenang, mesra pujuk anak Kelantan pangkah Pakatan Harapan.

Jumaat, 4 Mei 2018

Image may contain: 1 person

Nik Omar tenang, mesra pujuk anak Kelantan pangkah Pakatan Harapan

Nik Omar tenang, mesra pujuk anak Kelantan pangkah Pakatan Harapan

Tenang berucap hanya dalam 10 minit, cara penyampaian Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz dilihat bersahaja, mesra bahkan sempat sedikit berseloroh.
“Puluhan tahun kita beri peluang kepada kerajaan (Umno-BN) sekarang ini.
“Bukannya semakin baik, semakin teruk dan kita pembangkang ini bukannya nak tuju ke belakang, kita mahu tuju ke depan,” katanya ketika hanya tinggal enam hari lagi untuk rakyat membuang undi.
Serentak itu, hadirin dalam Majlis Ttemu Mato Anak Kelantan di Seksyen 17 Shah Alam petang tadi menjadi sedikit riuh apabila bertepuk tangan bercampur ketawa lantaran menyedari ungkapan tersebut berkaitan dengan dakwaan Presiden Pas semalam.
“Jadi, kalau sudah tepuk banyak kali, cukuplah tu,” usik Nik Omar sambil tersenyum sejurus reda tepukan pendengar.
Terdahulu, mereka yang hadir sudah memberi tepukan kuat apabila Nik Omar dilihat secara tidak langsung menjawab kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 30 April lalu.
Dalam surat terbuka itu, Abdul Hadi mengaitkan anak-anak pimpinan Pas yang menyertai Pakatan Harapan (PH) dengan kisah anak Nabi Nuh memperlekehkan bahtera kapal ayahnya.
“Jadi, tidak timbul isu agama (dengan mengundi PH) seolah-olah keluar daripada Islam.
“Berapa orang ahli Pas? Katakan sejuta. Orang Islam di Malaysia ini katakan 10 juta. Maka, sejuta bersama ‘bahtera Nabi Nuh’ yang lain tidak bersama, 9 juta,” bidasnya tenang.
Hujah beliau sekali gus mengundang ketawa hadirin termasuk penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan penyandang Dun Batu Tiga, Rodziah Ismail yang turut berada semeja dengan abang Nik Abduh itu.
Biarpun ringkas, ucapan Nik Omar padat dalam lenggok bahasa Kelantan dengan membahasakan “ambo” dan “adik kakok”. Nilai rendah diri yang dimiliki anak sulung bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat amat terserlah.
Meneruskan ucapan di Pusat Logistik Pakatan Harapan (PH) iaitu bersebelahan tapak Pasar Tani, Shah Alam itu, beliau menerangkan kewajaran perlunya rakyat memilih PH.
“Apabila sebut mengundi berkait dengan memilih. Pilih ni bukan nak pilih agama, bukannya soal nak Islamkah atau tidak. Semua kita sudah orang Islam. Alhamdulillah dengan nikmat Islam.
“Yang bukan Islam, tiada paksaan. Dia tak terima Islam, dia punya pasal. Islam ajar hormati mereka.
“Kita nak pilih bakal pemimpin, satu pasukan yang kita yakin boleh urus negara ini,” kata calon PH kerusi Dun Chempaka (N06) di Kelantan itu.
Menjawab cakap-cakap negatif tentang DAP pula, Nik Omar berpendapat, tiada masalah bergabung bersama-sama parti lambang roket itu.
“Kita ada pimpinan PKR, AMANAH dan kita menghormati rakan sinergi politik kita DAP walaupun kebanyakan mereka bukan Islam. Tapi di kalangan mereka ada juga orang Islam.
“Itu sebab apabila ditanya Tok Guru (Nik Aziz) bagaimana orang Islam masuk DAP, Tok Guru kata, tiada masalah.
“DAP bersetuju bersama Pakatan Rakyat ketika itu untuk membentuk kerajaan baru yang lebih baik, berintegriti dan mengurus negara ini bagi memberi manfaat kepada rakyat.
“Apa masalahnya kalau kita bergabung dengan bukan Islam? Dia bukannya nak tonjol agama dia. Yang pentingnya kita sepakat bersetuju untuk lantik kerajaan baru,” jelasnya.
Beliau menyifatkan PRU-14 ini adalah peluang untuk rakyat membuat pilihan lebih baik selepas mengalami pelbagai masalah terutama bebanan kos sara hidup.
“Kita sama ada duduk di kampung dan bandar, semua merasa susah belaka. Kalau (gaji) RM10,000 pun susah, apa lagi yang RM1,000. Apa lagi yang tiada (pendapatan), lagi berat.
“Bila ada pilihan raya, kita nak pilih yang terbaik antara kita. Gabungan empat parti (dalam PH) terlibat dalam politik Malaysia berpuluh tahun juga mentadbir Malaysia termasuk ayahanda Tun Dr Mahathir.
“Mudahnya, 9 haribulan ini, hari Rabu baca Bismillah, tangan kanan pangkah Pakatan. Ambo tidak ajak adik kakak lawan Islam sebab di Kelantan (kononnya PH) nak runtuhkan kerajaan Islam.
“Siapa yang mahu runtuhkan? Mana buktinya kalau Pakatan menang, runtuh kerajaan Islam sebab arak, judi akan masuk semua.
“Siapa yang mahu arak, judi? Saya yakin semua pimpinan PH tidak mahu. Mana yang comel (polisi yang bagus), kita akan teruskan. Masih banyak lagi benda yang kita boleh buat.
“Ambo nak ajak adik kakak pegang ayat al-Quran. Ambo tak ajak guna kekerasan. Ambo ajak adik kakak junjung Harapan sama ada di peringkat Malaysia dan negeri masing-masing.
“Ambo tak ajak adik kakak pegang senapang, ambo tidak ajak adik kakak pangkah orang. Ambo ajak adik kakak pangkah Pakatan Harapan lambang keadilan demi kebajikan,” kata Nik Omar lagi.
MD.
Read More

Monday, 20 October 2014

Bukan PAS saja penghalang mengambil Putrajaya...'marahkan pijat-pijat, bakar kelambu'

Selasa, 21 Oktober 2014
Ketika ROS cuba menghalang DAP menggunakan lambang Roket dalam pilihan raya, TG Haji Hadi dan Majlis Syura membenarkan lambang PAS diguna DAP.

Cuma TG Haji Hadi berbeza pandangan dalam isu MB Selangor. Jika itu alasan beliau tidak boleh diterima oleh sekalian penyokong Pakatan, maka semuanya marahkan pijat-pijat, bakar kelambu dan kail.
Bukan PAS saja penghalang mengambil Putrajaya

SUBKY LATIF | 20 Oktober 2014.

JIKA PAS khususnya Presidennya, TG Haji Abdul Hadi dikatakan menyebabkan penyingkiran dan pengantian Menteri Besar Selangor tidak berjalan lancar, boleh diterima, tetapi jika parti itu dan pemimpinnya dijadikan alasan Putrajaya tidak akan dapat dicapai, maka ia adalah satu anggapan yang berlebihan.

Pandangan itu, seperti yang dinyatakan oleh seorang penganalisis dari Austrsalia, Chin, adalah seperti kesimpulan sang musang yang melompat beberapa kali untuk mengambil anggur, tetapi gagal, lalu dikatanya anggur itu masam dan ia pun pergi.

Krisis di Selangor itu bukan kerja satu pihak saja tetapi kelemahan semua pihak. Maka meletakkan kesalahan pada satu pihak bukan langkah yan bijak.

Saya tidak bercadang untuk memanjang krisis MB Selangor yang sudah pun selesai. Meneruskan bising tidak menguntungkan sesiapa. Diam adalah bijaksana.

Jika benar semuanya mahu Pakatan Rakyat jadi pemangkin mengambil Putrajaya, bukan sekadar hendak kuasa, tetapi mahu menyekat kerja merosakkan di bumi - Malaysia – berterusan, maka semua pihak tampil ke depan, menyambung semula kerja-kerja menjelang PRU13 dulu, seolah-olah krisis di Selangor itu tidak pernah berlaku.

Tiada bijaknya untuk berkata, selagi PAS dipimpin oleh TG Haji Hadi yang dikatakan amat konservatif, dan selagi PAS tidak menukar pemimpinnya, maka jangan fikir ia boleh menyumbang kepada masa depan Pakatan yang cerah.

PAS tidak boleh diatur oleh pihak luar. PAS diatur oleh ahli-ahlinya dan parti itu saja yang tahu siapa patut jadi pemimpinnya dan siapa tidak patut jadi pemimpinnya. Jika PAS rasa perlu menukar pimpinannya, ia sendiri menukarnya, bukan mendengar suruhan orang lain.

Setakat ini tiada kebijaksanaannya bagi Pakatan menerima PAS tanpa TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz. Parti sekutu wajar terima PAS dengan pekej yang di dalamnya ada tok gurunya. Tiada mungkin parti itu diterima, pemimpinnya tidak diterima. Sama seperti PAS tidak boleh ajar PKR mesti dipimpin oleh orang itu dan orang ini, dan tidak mungkin PAS boleh suruh DAP tukar pemimpinnya.

Mungkin TG Haji Hadi dilihat terlalu konservatif kerana tidak sekata tentang isu Menteri Besar itu. Tetapi mengapa semua tidak melihat apa yang TG Haji Hadi buat mengajak sekalian pak lebai dalam PAS menerima Lim Kit Siang dalam bentuknya ada dan membawa DAP ke kampung-kampung dengan perjuangannya yang ada? Mengapa semua tidak melihat kesediaan TG Haji Hadi pergi ke gereja yang diceroboh dan berjumpa dengan paderinya?

Mengapa semuanya tidak melihat tentang pencerahan TG Haji Hadi dalam isu-isu yang membabitkan agama Islam dan lain-lain agama seperti kalimah Allah, kehadiran bukan Islam ke kawasan masjid yang jauh lebih ke depan dibandingkan dengan imam-imam Umno.

Jika dibandingkan TG Haji Hadi dengan setengah ulama di luar PAS termasuk sekalian para mufti, dalam hubungannya dengan masyarakat berbilang kaum, maka jelaslah beliau seorang yang terbuka dan keterbukaannya adalah luar biasa yang sesetengah ahli PAS tidak terfikir keadaan yang begitu.

Jika dia konservatif adalah dalam urusan peribadatan dan menjaga kesucian Islam tetapi tidak pula sampai tidak boleh berkawan dan bertahaluf dengan orang bukan Islam. Kita sukar bertemu ulama yang lebih terbuka selain daripada beliau. Kita boleh lihat hampir setiap bulan beliau berasa sepentas dengan Kit Siang atau Guan Eng.

Ketika ROS cuba menghalang DAP menggunakan lambang Roket dalam pilihan raya, TG Haji Hadi dan Majlis Syura membenarkan lambang PAS diguna DAP.

Cuma TG Haji Hadi berbeza pandangan dalam isu MB Selangor. Jika itu alasan beliau tidak boleh diterima oleh sekalian penyokong Pakatan, maka semuanya marahkan pijat-pijat, bakar kelambu dan kail. –HARAKAHDAILY 20/10/2014
Read More

Friday, 5 September 2014

BENDERA UMNO berkibar dalam kawasan sekolah di Putrajaya...

Jumaat, 5 September 2014
Gambar: BENDERA UMNO BERKIBAR DALAM KAWASAN SEKOLAH.
http://omakkau.blogspot.com/2014/09/bendera-umno-berkibar-dalam-kawasan.html

BENDERA UMNO BERKIBAR DALAM KAWASAN SEKOLAH.

Kejadian diberitakan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) sempena menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57 telah mengundang rasa tidak senang rakyat yang anggap tidak sepatutnya berlaku.
Read More

Saturday, 10 May 2014

[Video] "Kau Ini Bagaimana"... BUAT KERAJAAN MALAYSIA YANG TULI DAN BUTA!

Ahad, 11 Mei 2014

MAKANYA AKU HARUS BAGAIMANA ?


PUISI : KAU INI BAGAIMANA - KH MUSTAFA BISRI

# Kau Ini Bagaimana adalah sebuah puisi oleh KH Mustafa Bisri yang telah dicatat pada tahun 1987. Puisi ini sangat keras mengkritik cara kemunafikan politik sang pemerintah. Saya kira ini jugalah suara hati rakyat kerdil di Malaysia buat sang Penguasa Politik di Putrajaya

“Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana”, kata Gus Mus


KH. Musthofa Bisri atau biasa disapa Gus Mus merupakan salah satu dari sekian banyak  Ulama’ yang kita miliki. Gus adalah sapaan ala masyarakat pesantren kepada seorang putra Kyai. Ya, Gus Mus adalah putra dari KH. Bisri Musthofa (Pondok Pesantren Raudlatuth Thalibin Rembang).

Gus Mus, Kyai lulusan Universitas Al Azhar Cairo ini sekarang sedang disibukkan dengan menjadi pengasuh di Pondok Pesantren Raudlatuth Thalibin Rembang.  Selain dikenal sebagai seorang Kyai, Gus Mus juga dikenal sebagai seorang Budayawan, Penulis produktif, dan Seniman. “Cintamu”, “Ada Apa Dengan Kalian”, “Sajak Atas Nama”, dan “Gelap Berlapis-lapis”, adalah sekian dari banyak puisi karya beliau. Diantara puisi-puisi karya Gus Mus, “Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana” adalah salah satu yang aku sukai. Rangkaian kata Bahasa Indonesia dengan menggunakan tata Bahasa Arab ala Gus Mus yang satu ini memiliki seni yang tinggi. Kritik pedas yang disampaikannya terdengar sangat indah karena dibalut dengan seni. Apalagi alunan musik yang syahdu dan logat khas bacaan Gus Mus yang semakin membuat keindahan puisi ini begitu lengkap. Selamat menikmati sajian kali ini......

“Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana”

Kau ini bagaimana
Kau bilang aku merdeka, kau memilihkan untukku segalanya
Kau suruh aku berpikir, aku berpikir kau tuduh aku kapir


Aku harus bagaimana
Kau bilang bergeraklah, aku bergerak kau curigai
Kau bilang jangan banyak tingkah, aku diam saja kau waspadai

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku memegang prinsip, aku memegang prinsip kau tuduh aku kaku
Kau suruh aku toleran, aku toleran kau bilang aku plin-plan

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh maju, aku mau maju kau selimpung kakiku
Kau suruh aku bekerja, aku bekerja kau ganggu aku

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku taqwa, khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa
Kau suruh aku mengikutimu, langkahmu tak jelas arahnya

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya
Aku kau suruh berdisiplin, kau menyontohkan yang lain

Kau ini bagaimana
Kau bilang Tuhan sangat dekat, kau sendiri memanggil-manggilNya dengan pengeras suara setiap saat
Kau bilang kau suka damai, kau ajak aku setiap hari bertikai

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh membangun, aku membangun kau merusakkannya
Aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku menggarap sawah, sawahku kau tanami rumah-rumah
Kau bilang aku harus punya rumah, aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah

Aku harus bagaimana
Aku kau larang berjudi, permainan spekulasimu menjadi-jadi
Aku kau suruh bertanggung jawab, kau sendiri terus berucap Wallahu A’lam Bisshowab

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku
Kau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku, sudah ku pilih kau bertindak sendiri semaumu
Kau bilang kau selalu memikirkanku, aku sapa saja kau merasa terganggu

Kau ini bagaimana
Kau bilang bicaralah, aku bicara kau bilang aku ceriwis
Kau bilang jangan banyak bicara, aku bungkam kau tuduh aku apatis

Aku harus bagaimana
Kau bilang kritiklah, aku kritik kau marah
Kau bilang carikan alternatifnya, aku kasih alternatif kau bilang jangan mendikte saja

Kau ini bagaimana
Aku bilang terserah kau, kau tidak mau
Aku bilang terserah kita, kau tak suka
Aku bilang terserah aku, kau memakiku

Kau ini bagaimana
Atau aku harus bagaimana
-1987-
Read More

Monday, 28 April 2014

New World Order: Apalaa Kenangan Untuk Obama...Mujurlah Ada Mahathir jika tidak "Lebuh Obama" ada di Putrajaya!

Isnin, 28 April 2014

Apalaa Kenangan Untuk Obama sempena mai Malaysia nie, Presiden dulu boh nama felda..!!

Apa Agaknya Pengabadian Untuk Obama
Oleh A Kadir jasin

SETAKAT bertanya.
Kalau Presiden Amerika yang pertama melawat Malaysiadiabadikan dengan menamakan sebuah rancangan Felda mengikut singkatan namanya, apakah agaknya yang akan diabadikan bagi mengingati lawatan Presiden Barrack Hussein Obama mulai hari ini hingga Isnin?
Felda LBJ di Negeri Sembilan diabadikan kepada Presiden Lyndon Baines Johnson yang mengunjungi negara kita pada tahun 1966.
Presiden Johnson Lawat Rumah Melayu
Berikut adalah “entry” dalam ensiklopedia atas talian, Wikipedia mengenai perkara itu: “FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B. Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Lyndon B. Johnson, yang melawat kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu.”

Dengar khabar, ramai ibu bapa di Sarawak dan Sabah masa itu memberikan nama Johnson kepada anak lelaki mereka yang baru lahir mengambil sempena nama Presiden Amerika itu.

Dengan hubungan yang diuar-uarkan sebagai sangat akrab dan intim antara pemerintah negara kita sekarang dengan Pentadbiran Obama, tentulah satu bentuk pengabadian yang istimewa akan diberikan. Saya terkejut sekiranya tidak. Tetapi tentulah bukan TPPA kerana kerajaan kita berjanji lawatan Obama bukan untuk menandatangani perjanjian itu.

Oleh sebab tidak ada lagi rancangan baru Felda maka sukarlah menamakan sebuah rancangan Felda mengikut nama Obama melainkan menukar nama salah sebuah rancangan Felda yang sedia ada.

Beriramalah kalau sebuah perkampungan Felda dinamakan mengikut nama Presiden Amerika itu. Contohnya, Rancangan Felda Obama.

Bagi rakyat jelata kita, khususnya yang ditimpa pelbagai musibah (kehilangan misteri MH370, catuan bekalan air (termasuk penulis), tekan inflasi, pengangguran dan sebagainya), lawatan Obama mungkin tidak akan membawa kegembiraan.

Sebaliknya orang yang tinggal, bekerja atau lalu-lalang berhampiran tempat kediaman dan lawatan Obama akan mengalami tapisan keselamatan yang ketat.

Bagi pencinta Obama dan Amerika, mereka tentulah sangat kagum dan teruja. Maklumlah selama 22 tahun pemerintahan (Tun) Dr Mahathir Mohamad, Amerika tidak dapat mempamerkan kasih sayang kepada kita kerana Dr Mahathir sering mengkritik negara raksasa itu.

Selepas era Mahathir dan selaras dengan falsafah baru para pengganti beliau seperti keterangkuman, kesederhanaan dan liberalisme, kita tidak lagi kritikal terhadap isu-isu antarabangsa, khususnya yang dipelopori dan diterajui oleh Amerika.

Berapa kerat rakyat Malaysia yang peduli bahawa beribu orang awam Islam terbunuh dan cedera akibat operasi pengecut serangan “drone” Pentadbiran Obama?

Jadi tidaklah menghairankan kalau lawatan Obama akan diabadikan dalam satu bentuk yang istimewa. Namun kita harus akui bahawa dalam geopolitik, kita perlu mempunyai perhubungan yang bertamadun dengan semua negara, khususnya negara-negara kuasa besar seperti China, Amerika dan Rusia.

Dan sebagai negara bertamadun, kita tentulah mahu mengucapkan terima kasih kepada Amerika kerana turut membantu mencari penerbangan MH370 yang masih hilang selepas lebih sebulan, apatah lagi apabila seorang pegawai Amerika semalam dipetik oleh agensi berita Reuter sebagai berkata, pencarian pesawat itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun.

Wallahuaklam.
http://kadirjasin.blogspot.com
Posted by Kedah Lanie


Mujurlah Ada Mahathir, Jika Tidak, Pastilah Sebatang Jalan Di Putrajaya Dinamakan "Lebuh Obama"

Semalam bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menulis di blognya mengenai peranan pembodek dan penasihat kepada seseorang yang berkuasa sehingga menyebabkan kemarahan rakyat dan seterusnya boleh mengakibatkan seseorang pemimpin itu tersingkir daripada takhta kuasa.

Walaupun beliau menulis secara umum dan tidak menyebut nama mana-mana pemimpin, tetapi jelas difahami bahawa tulisannya itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang bukan saja dikelilingi paling ramai penasihat, bahkan juga pembodek yang sentiasa mengiyakan apa saja yang dilakukannya.

Yang lebih menarik, sindiran Mahathir ini hanya muncul sehari selepas bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin bercakap dalam satu program bual bicara yang jelas menzahirkan sikap anti Najibnya kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu dilihatnya mengamalkan dasar tidak betul dalam mengurus negara dan membangunkan ekonomi.

Saya bukanlah seorang yang anti kerajaan, tetapi saya anti kepada dasar yang lompong dan tidak betul, tegas Daim menjelaskan tentang prinsip dirinya.

Dalam semua kritikan dan kelemahan yang dikaitkan dengan Najib, selain beliau sendiri tidak mempunyai personaliti yang benar-benar kukuh sebagai pemimpin, peranan penasihat yang berada di di sekelilingnya turut dipersalahkan. Walaupun mempunyai paling ramai penasihat, pegawai dah konsultan di sekelilingnya, mereka itu dilihat tidak memberikan nasihat yang betul dan jujur, sebaliknya lebih untuk menyenangkan hati dan menggembirakan Perdana Menteri saja.

Sebab itu, bukan saja ekonomi tidak berkembang, hutang bertambah, pembaziran berleluasa, tetapi juga menyebabkan timbulnya pelbagai masalah politik, sosial dan perpaduan yang tidak berkesudahan.

Sempena kunjungan Presiden Amerika, Barack Obama ke Malaysia bermula Sabtu ini dan menyedari bahawa Najib amat mengkagumi pemimpin kuasa besar itu dan ingin dilihat antara pemimpin negara membangun yang mempunyai hubungan rapat dengannya, salah seorang penasihat Perdana Menteri yang bertaraf menteri dikatakan mahu meletakkan sebatang jalan di Putrjaya dengan nama "Lebuh Obama".

Jalan yang dikenalpasti untuk ditukar nama itu ialah salah satu jalan yang menjadi laluan menuju beberapa kementerian dan tidak jauh daripada Masjid Putrajaya.

Percubaan meletakkan nama Obama ini tidak lain ialah untuk menggembirakan hati Najib yang tentu akan berbunga-bunga hatinya apabila dipuji oleh Presiden Amerika itu nanti.

Ura-ura pertukaran nama itu telah disampaikan kepada Putrajaya Holding dan turut menjadi perbualan sebilangan kakitangannya dan rata-rata turut tidak bersetuju dengannya.

Kunjungan Obama ini mencatat sejarah kerana kali terakhir seorang Presiden Amerika berkunjung ke negara ini ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon B. Johnson. Berikutan lawatannya itu, sebuah tanah rancangan Felda di Negeri Sembilan kemudiannya telah diberi nama Felda L.B Johnson.

Oleh kerana Najib dapat membawa Obama ke negara ini hanya dalam tempoh lima tahun berkuasa dan mampu menyaingi Mahathir yang memerintah selama 22 tahun tetapi tiada seorang pun Presiden Amerika yang datang melawat, barangkali penasihat itu merasakan pengabadian namanya pada sebatang jalan di Putrajaya adalah suatu penghormatan yang amat tinggi.

Walaupun mengabadikan nama pemimpin besar dunia yang pernah berkunjung ke negara ini bukanlah suatu isu yang sangat besar sebenarnya tetapi meletakkan nama Obama pada sebatang jalan di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya tentulah tidak begitu sesuai dan seolah-olah menunjukkan negara mahu berkiblatkan kepada kuasa besar itu.

Sekali imbas dan nyata, ia dilihat seperti Najib mahu membodek Obama tetapi yang sebenarnya ia adalah percubaan salah seorang penasihat yang ingin membodek, menyenang dan dan menggembirakan hati Perdana Menteri yang diketahuinya begitu taksub kepada pemimpin kuasa besar itu.

Bagaimanapun apabila percubaan pertukaran nama jalan itu sampai ke pengetahuan Mahathir, orang yang mewujudkan Putrajaya, beliau telah menyuarakan rasa tidak setujunya atas ura-ura itu kepada pengurusan tertinggi Putrajaya Holding dan mahu imej Putrajaya yang ada dikekalkan. Sehingga hari ini difahamkan Putrajaya Holding akur dengan nasihat Mahathir itu.

Namun demikian, sempena kunjungan Obama bermula Sabtu ini, tidak dipastikan sama ada sebatang jalan lain, kampung atau bangunan yang lain akan dinamanakan dengan nama Presiden Amerika itu tetapi yang pastinya Putrajaya tidak berjaya dicemari dengan unsur-unsur pengagungan nama-nama pemimpin luar.

Segala-galanya kerana Mahathir masih ada dan ramai yang masih segan dengannya. Bagaimana agaknya jika selepas beliau tiada lagi dan pemimpin yang ada beserta penasihatnya terus menerajui negara ini? (SH 24/04/2014)

Posted by Shahbudin Husin
Read More

Thursday, 3 April 2014

MH370: Anwar tuduh Putrajaya sembunyi maklumat...

Jumaat, 4 April 2014

 Anwar tuduh Putrajaya sembunyi maklumat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

"Saya percaya kerajaan tahu lebih daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara... atau Malaysia Airlines," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar The Telegraph UK, Anwar dipetik sebagai berkata kerajaan mempunyai maklumat yang kritikal untuk kita memahami misteri kehilangan pesawat MH370.

Anwar menegaskan sekali lagi bahawa sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri, mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.

Beliau juga mengkritik kerajaan kerana tidak bertindak cepat pada peringkat awal dengan membiarkan Vietnam dan China menjalan operasi mencari di kawasan yang salah - di Laut China Selatan.


Ketua JACC akan adakan sidang akhbar

 CNN memetik sumber yang tidak dinamakan yang mengatakan bahawa ketua JACC Angus Houston akan mengadakan satu sidang akhbar lewat hari ini mengenai berita "besar" berkaitan operasi mencari.

Tidak jelas apakah yang akan diumumkan dalam sidang akhbar tersebut.

Pada masa ini beberapa negara yang terlibat dalam usaha mencari MH370 yang diketuai oleh Australia, termasuk Malaysia, Amerika, United Kingdom, China, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Operasi mencari diteruskan

Operasi mencari di Lautan Hindi diteruskan yang membabitkan 10 pesawat tentera, empat jet awam dan sembilan kapal, kata Pusat Agensi Bersama Penyelarasan (JACC), yang ditugaskan memantau operasi tersebut.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim (AMSA) telah menetapkan kawasan mencari membabitkan kira-kira 217,000 km kilometer persegi - 1,700 km di barat laut Perth.

Cuaca hari ini diramalkan baik dengan jarak penglihatan sejaruh kira-kira 10km .

Sementara itu, CNN melaporkan bahawa menurut Pasukan Pertahanan Australia, kapal kajian Tentera Laut Diraja HMS Echo akan menjalankan carian khusus hari ini, manakala Ocean Shield, yang dilengkapi 'pinger locator; dijadual tiba.

Selepas empat minggu, operasi mencari itu belum dapat mengesan MH370.-mk
Read More

Saturday, 22 February 2014

Putrajaya tidak boleh ditegur... Guru 'setahun jagung' kritik PBS ditukar ke pedalaman

Sabtu, 22 Februari 2014
Photo: [Update]
Ucaptama oleh presiden ABIM..
Ucaptama oleh presiden ABIM..

Putrajaya tidak boleh ditegur, guru kritik PBS ditukar ke pedalaman...

Diktator Kementerian ~ Mansuh tetap #MansuhPBS

Tukar bukan alasan.

Portal The Malaysian Insider:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-tidak-boleh-ditegur-guru-kritik-pbs-ditukar-ke-pedalaman

#MansuhPBS
OLEH LEE SHI-IAN
FEBRUARY 22, 2014
Tindakan memindahkan seorang guru yang mengkritik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ke sebuah sekolah pedalaman di Pahang menunjukkan Putrajaya gagal menerima pandangan penjawat awam.
Walaupun arahan pemindahannya diterima secara mengejut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 29, enggan tunduk dan akan meneruskan bantahan terhadap PBS.
Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang dipimpin Nor Izzat sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di masjid Bandar Baru Bangi sebelum memulakan bantahan.
Nor Izzat yang digelar “guru setahun jagung” oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, pertukaran itu membuktikan KPM menggunakan ‘kuasa’ yang diberikan kepadanya untuk mendiamkan pengkritik.
Katanya, kawan baiknya Mohd Zulkefli Seman yang mengajar di sekolah sama di Jerantut turut menerima surat pertukaran pada pagi Jumaat.
Nor Izzat berkata, Zulkefli bukanlah ahli SGMM tetapi menemaninya menemui Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh tahun lalu.
“SGMM menghantar permintaan bertulis bagi menemui Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
SGMM pada Disember dijemput untuk berbincang bersama Idris berhubung PBS dan Nor Izzat berkata KPM berjanji untuk mengatasi kelemahan pada sistem tersebut.
Namun janji KPM itu tidak ditunaikan dan SGMM merancang untuk mengadakan perhimpunan itu pada hari ini.
“Kami tidak mahu Putrajaya mengkaji semula PBS, kami mahu ia dimansuhkan. Surat pertukaran jelas satu percubaan untuk menggagalkan perhimpunan ini.
“Jika prosedur sebenar diikuti daripada segi peraturan disiplin, terdapat beberapa langkah lain sebelum surat perpindahan dikeluarkan,” katanya.
Guru Pendidikan Seni itu terkejut apabila menerima surat pertukaran itu dan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Berhubung gelaran “setahun jagung” yang diberikan KPM, Nor Izzat berkata, gelaran itu diberikan kerana dirinya terlalu banyak membuat aduan.
“Malah guru yang mempunyai 30 tahun pengalaman sekali pun tidak sebising saya,” katanya.
Biarpun berada di kawasan luar bandar, Nor Izzat seorang yang lantang mengkritik PBS kerana yakin berada di landasan yang benar.
“Saya tidak fikir kerjaya saya dalam bidang perguruan akan berakhir akibat pertukaran itu. Saya mahu membaiki sistem PBS.
“Tidak adil jika KPM menyingkirkan saya kerana ada perkara yang tidak kena dengan sistem itu,” katanya.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan guru dan pengurusan sekolah yang mendapati sukar untuk melaksanakan PBS kembali kepada sistem peperiksaan.
Ini menjadikan kebanyakan sekolah mengamalkan dua sistem iaitu pada pemukaannya menggunakan PBS untuk menyenangkan Putrajaya dan satu lagi menggunakan kaedah peperiksaan bagi mengukur prestasi murid.
Nor Izzat berkata, walaupun PBS baik di bawah sistem negara maju tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dengan baik di Malaysia serta tidak menepati kehendak tempatan.
Masalah berhubung PBS menjadikan sekumpulan guru menbentuk laman Facebook yang dipanggil "Kami mahu PBS dimansuhkan" pada Oktober tahun lalu. – 22 Februari, 2014./TMI

Guru penganjur mansuh PBS diarah tukar sekolah

Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang menganjurkan himpunan mendesak pemansuhan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) hari ini, mendakwa beliau ditukarkan tempat bertugas serta-merta "tanpa sebab munasabah".

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, seorang guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual yang mengajar di Jerantut berkata beliau menerima surat pertukaran bertarikh 17 Februari itu semalam (21 Februari).

Menurutnya, surat yang ditandatangani pengarah Jabatan Pendidikan Daerah itu mengarahkannya bertukar serta-merta.

Namun, beliau hairan dengan tarikh surat itu yang lebih awal berbanding tarikh serahannya, iaitu semalam.

"Saya sedikit keliru kerana tanpa sebab munasabah (saya) cuba ditukarkan (sekolah).

"Alasan yang diberikan adalah alasan klise iaitu khidmat saya diperlukan di sana (tempat baru)," katanya yang merahsiakan nama sekolah beliau mengajar sekarang dan nama sekolah baru tempatnya akan bertugas.

Menurut Izzat, beliau akan kembali mengajar di sekolah sekarang pada Isnin depan kerana sedang mendapatkan nasihat guaman tentang arahan pertukaran itu.

Pada masa sama, ia juga tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendesak pemansuhan PBS menerusi 'Himpunan 222: Mansuh PBS' pada jam 1 tengah hari ini di Masjid Bandar Baru Bangi, katanya.

MALAYSIAKINI
Read More

Friday, 14 February 2014

#BANTAH PBS: Luangkan masa sekejap... Pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan...

Sabtu, 15 Februari 2014
Kemana Arah Tuju Kita... Gen Y & Z

Luangkan masa sekejap...

Marilah kita berfikir...
Marilah Kita Merenung Sekejap...
Kemana Arah Tuju Kita...
Dimana Kesudahan Perjalanan Hidup Kita...


ℒιкє✔ Cσммєηт✔ Sнαяє✔

[ Jom Membangun Bersama Islam ] ... ALLAHU AKBAR !!!


Jumaat, Februari 14, 2014


10 SEBAB KENAPA PBS PERLU DIMANSUHKAN

10 Sebab Kenapa PBS Perlu Dimansuhkan
Oleh: Cikgu Veteran
Sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai polemik terutamanya dalam kalangan guru. Hal ini kerana merekalah pihak yang paling terbeban dengan pelaksanaan sistem ini.
Sehingga kini masih banyak perkara yang berbangkit dan tidak selesai. Malah suara dan pandangan para sering ditolak ke tepi dan setiap kelemahan sistem ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya.
Oleh itu, ada 10 sebab UTAMA Mengapa PBS jadi dasar caca-marba dan WAJIB DIMANSUHKAN:

PERTAMA:
Arahan berbeza antara KPM, JPN, PPD dan sekolah dan guru. Masalah ini dihadapi tiga tahun berturut-turut tanpa ada penambahbaikkan daripada pihak KPM.
*Alasan KPM - Kecairan maklumat.

KEDUA:
Pemahaman berbeza antara JU Kebangsaan, JU Negeri, JU Sekolah dan guru-guru.
*Tiga tahun juga tiada perubahan.

KETIGA:
Penggubalan soalan berbeza antara negeri-negeri, daerah-daerah dan sekolah-sekolah.
*Terdapat pula jualan BUKU EVIDEN untuk PBS sedang ia menyalahi sistem PBS ini.

KEEMPAT:
Pelaksanaan PEPERIKSAAN DALAMAN bagi membuat penilaian kepada murid dan PBS tidak berfungsi.
*Peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun tetap dijalankan.

KELIMA:
Pemarkahan yang berbeza mengikut suka hati guru tanpa ada rujukan penilaian.
Contoh: Ada guru mahu pelajar memberikan tiga contoh, manakala ada yang lain cukup satu contoh sahaja.

KEENAM:
Dalam tempoh 15 hari, KPM boleh menggubal dasar yang tiada hasil percubaannya. Tiada 'Pilot Project' atau dikenali projek perintis.
*KPM mahu jadikan murid Tingkatan 3 tahun 2014 sebagai percubaan.

KETUJUH:
Murid yang pandai akan diberi soalan susah untuk mendapat BAND 6. Murid yang kurang cerdik akan diberi soalan mudah bagi mencapai BAND 6.

KELAPAN:
Garis panduan Dokumen Standard Prestasi yang berbeza dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) atau dikenali sebagai SILIBUS.
*DSP kena habiskan, Silibus wajib habiskan? Pertindanan.

KESEMBILAN:
Sistem Online yang lemah dan tidak mampu diatasi TIGA TAHUN berturut-turut. Terlalu banyak eviden yang perlu dimasukkan. Tidak efektif.
Contoh: Dalam sistem peperiksaan contohnya SAPS. Hanya markah akhir sahaja perlu dimasukkan.

KESEPULUH:
SPPBS dibangunkan oleh DUA SYARIKAT berbeza dan kos yang dikeluarkan tidak berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan. Pembaziran sangat besar berlaku.

KESIMPULAN:
Sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM dengan nama PPMR bagi menggantikan PMR sebenarnya adalah SISTEM BIDAN TERJUN.

Ucapan YDP PIBG yg menyentuh hati.......
" .......negara Jepun yg tewas dlm perang dunia
kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa
yg singkat. Begitu juga Korea yg musnah kerana
perang saudara juga bangun dan telah
mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek!
Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari
identiti dan solusi khasnya terhadap bidang
pendidikan! ........"
Aku fikir ada benarnya! Selepas merdeka ada
sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut
dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa
Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan
bahasa Melayu...kemudian tukar pulak Matematik
Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI)....kerana
alasan istilah Sains banyak dlm bahasa
Inggeris...kemudian dihentikan PPSMI...tukar
pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bhs
Inggeris.....sebelum tu panggil peacecorps dari
USA ajar BI.....apa yg berlaku dalam masa dua
bulan, bukan murid kita yg mahir BI, tetapi mat
salih tu yg pandai cakap melayu! Tukar menteri,
maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun
telah bertukar bbp kali. Mula2 Kementerian
Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan,
lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yg
terkini tukar balik kpd Kementerian Pendidikan!
Banyaknya ringgit yg dibelanjakan utk menukar2
tu tak dapatlah nak dihitung! Dulu diperkenal 6
anjakan pendidikan, bagai nak rak guru2 diarah
menghafal setiap ayat....kemudian tukar menteri
baru, kena hafal pulak 5 polisi baru.....sekarang
ada pulak pppm, diarah hafal pulak 3 gelombang,
5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11
anjakan....dan macam2 lagi... Ironinya bidang
pendidikan negara semakin merudum! Sistem
pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus
kpd akademik semata2.,,tambah 3 lagi aspek
pentaksiran....sistem komputer pulak yg
sepatutnya mempercepatkan proses menjadi
lambat hingga guru2 terpaksa berjaga ke 3
pagi.....kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah
menjadi bahan ketawa rakan2 guru dari negara
jiran......
Yang menyentuh hati ialah...hingga kini...kita
masih terkial2 mencari identiti dan solusi! Sedang
negara jiran yg dulunya mundur, kini telah jauh di
hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yg
berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke
belakang!
Produk pendidikan kita juga terkial2 tidak
menjadi.....murid2 semakin tidak beradab, ajaran
agama makin terpinggir drp hidup mereka....di
sekolah, masalah2 disiplin tidak berubah, bahkan
semakin bertambah kronik! Peraturan2 disiplin
sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun
50-an.... Kalau diubahpun, ia diubah kpd yg lebih
teruk dan tidak membantu membuat
penambahbaikan....
Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik"
kan serta di"business" kan.... Bila politik dan
business mencampuri sebarang urusan...maka
akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana
politik dan business lebih menjurus kpd
kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni!
Perlantikan org2 yg diamanahkan memegang
kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kpd kroni
berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna
semahunya utk menjaga kepentingan politik dan
business tadi mengakibatkan berlaku side-effects
yg memudhoratkan.
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/02/10-sebab-kenapa-pbs-perlu-dimansuhkan.html#ixzz2tLPXRMqT

Photo: Kepincangan KPM ~ Bagi taklimat PBS Tingkatan 3 (2014) sahaja, KPM telah menganjurkan DUA kali.

Sekarang, apa yang ditaklimat sejak awal Februari 2014 telah dihentikan serta merta.

Persoalan:
Apakah perubahan yang bakal berlaku setelah DUA MAZHAD BERBEZA berkaitan PBS Tingkatan 3 yang telahpun diberikan taklimat 'terkini' (kata KPM)?

Komen Admin:
Kesian pegawai Lembaga Peperiksaan, tuntutan perjalanan taklimat tempoh hari pun tak dapat lagi. #MansuhPBS tetap Mansuh.

#Himpunan222MansuhPBS
Kepincangan KPM ~ Bagi taklimat PBS Tingkatan 3 (2014) sahaja, KPM telah menganjurkan DUA kali.

Sekarang, apa yang ditaklimat sejak awal Februari 2014 telah dihentikan serta merta.

Persoalan:
Apakah perubahan yang bakal berlaku setelah DU
A MAZHAD BERBEZA berkaitan PBS Tingkatan 3 yang telahpun diberikan taklimat 'terkini' (kata KPM)?

Komen Admin:
Kesian pegawai Lembaga Peperiksaan, tuntutan perjalanan taklimat tempoh hari pun tak dapat lagi. 
#MansuhPBS tetap Mansuh.

#Himpunan222MansuhPBs
Like ·  · 
  • 396 people like this.
  • MarLini Aras Lee Sy pn dah kena oleh boss sndri. Hati2 nti dcop pengkhianat... Huhu!
  • Pauzi Awang Su Kalau lah PBS n SPS ini diniagakan sudah lama KPM bankrap....ini pengajaran utk kita semua....jika kita bukan tak brapa pandai,jgn tunjuk pandai....inilah bahananya....***p/s- orang KPM tak tahu ke yang dia orang tu tak brapa hebat....stakat pakai kot,duduk dalam aircond....tak semestinya hebat...come on man!!!!! Saya dah betul2 give up dgn u all....
Demo Bantah PBS
Putrajaya - 22 Feb - Sabtu - 2.20 petang
Photo: SATU SUARA ~ Ada bantahan?

#Himpunan222MansuhPBS!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena