Showing posts with label KPM. Show all posts
Showing posts with label KPM. Show all posts

Wednesday, 9 April 2014

Getex 2014 Dubai: Muhyiddin buang masa main golf dari buat kerja...DENDAM POLITIK mencalar imej KPM!

Rabu, 9 April 2014

AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MEMPERTIKAIKAN LAWATAN MUHYIDDIN YASSIN KE DUBAI SELAMA 5 HARI LEBIH BANYAK MASA HABIS DIPADANG GOLF DARI BUAT KERJA!!!!!

                                                               Ini gambar hiasan 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin didakwa lebih banyak menghabiskan masa di padang golf daripada di majlis rasmi dalam lawatannya ke Dubai dari 8 Hingga 12 April 2014. 


Menurut ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, Ketua Audit Negara perlu menyiasat bukan sahaja lawatan Muhyiddin ke Dubai ini, tetapi juga mana-mana perjalanan lain Muhyiddin yang dilakukan oleh beliau sejak kebelakangan ini.


Kata mereka, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan nampaknya sedang menikmati percutian golf lima hari di Dubai dengan dibiayai oleh wang pembayar cukai Malaysia.


“Jadual perjalanan “lawatan kerja” Muhyiddin ke Dubai, United Arab Emirates (UAE) dari 8 hingga 12 April 2014, kononnya untuk menghadiri Gulf Education and Training Exhibition (GETEX) 2014, mendedahkan bahawa penerbangan Timbalan Perdana Menteri adalah dengan menggunakan “pesawat khas,” kata mereka berdasarkan laporan blog peniupwisel2020.blogspot.com.


Mereka mendakwa beliau juga menginap di hotel lima bintang Shangri-La Dubai selama lima hari, sementara tugas Muhyiddin di GETEX hanya memerlukan beliau untuk menghadiri majlis pembukaan rasmi, merasmikan Education Malaysia Pavilion, serta menerima jemputan hormat Menteri Pendidikan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Pembangunan Masyarakat UAE.


“Akhir sekali, beliau dijadual menandatangani MOU mengenai pendidikan tinggi. Semua program di atas dijadualkan antara jam 10 pagi hingga 1 petang pada 9 April, dari mana beliau akan bertolak ke Kelab Golf Montgomerie, dan kemudian disusuli dengan makan malam di atas kapal layar,” kata mereka lagi.


Steven Sim dan Zairil menambah hari-hari yang berikutnya di Dubai akan diisi dengan “program peribadi” dan makan malam tidak rasmi dengan beberapa tokoh perniagaan dan diaspora Malaysia.


“Pada hari terakhir, sekali lagi beliau mengisi masa dengan acara golf. Dalam erti kata lain, Muhyiddin menghabiskan lima hari di Dubai untuk tiga jam program rasmi berkaitan dengan pendidikan, 10 jam di padang golf dan dua hari untuk “program peribadi.” dakwa mereka.


Kedua-dua ahli parlimen DAP itu berkata rakyat mempunyai hak untuk tahu siapa yang membiayai kos untuk perjalanan mewah ini, termasuk kos “pesawat khas,” penginapan di hotel lima bintang Shangri-La Dubai untuk keseluruhan rombongan, dan kos lain berkaitan yang akan ditanggung oleh Kerajaan, termasuk Kementerian Pendidikan, Education Malaysia, TalentCorp (yang menaja makan malam diaspora Malaysia pada 11 April) dan Jabatan Perdana Menteri (di mana Pejabat TPM diletakkan).


“Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar antara semua kementerian dalam Belanjawan 2014 (RM54 bilion atau 21 peratus daripada Belanjawan Persekutuan), namun pencapaian murid sangat teruk sejak kebelakangan ini,” dakwa mereka.


Kata mereka lagi, bukan sahaja pelajar Malaysia makin merosot dalam penilaian antarabangsa seperti PISA (Programme for International Students Assessment) dan TIMSS (Trends in International Math and Science Study), KPM juga baru-baru ini mendedahkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris juga merosot  dalam kalangan guru dan pelajar kita, menurut laporan oleh Cambridge English.


“Tiada sesiapa yang menafikan bahawa pendidikan adalah bidang kritikal yang harus diberikan perhatian termasuk daripada segi sumber dana, namun kerajaan perlu membelanjakannya untuk program yang benar-benar meningkatkan pencapaian pelajar dan bukannya “cuti mewah” di mana Menteri Pendidikan boleh bermain golf,” kata mereka lagi.
Posted by 

Bukti Muhyiddin lebih banyak main golf dari hadiri majlis rasmi di Dubai tersebar!!



Mulanya isu mengenai Muhyiddin lebih banyak luangkan masa bermain Golf dari melakukan urusan rasminya ke Dubai ini didedahkan oleh seseorang yang menggunakan gantinama dirinya sebagai Cikgu..

Tulis individu tersebut dalam sebuah laman Blog yang dipercayai dibina khas untuk mendedahkan sikap malas dan menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan peribadi Muhyiddin ini dalam Blog Peniup Wisel 2020.

Tulis 'Cikgu' itu... "Terlalu banyak pemborosan dan pembaziran yang berlaku dalam Kementerian Pendidikan Malaysia! Sebab tu, Cikgu terpaksa membuat satu pendedahan di sini, iaitu jadual perjalanan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan di Dubai dari 8-12 April 2014.

"Walaupun urusan rasmi tidak lebih daripada setengah hari, TPM & rombongan berbelasan orang akan duduk di sana selama 5 hari di hotel 5 bintang, bermain golf di kelab serba mewah dan makan di restoran mahal, atas pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Malaysia."

"Kecewa hati Cikgu dengan tindakan boros ini! Sedih bila difikirkan wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya."

Dan disertakannya jadual perjalanan Muhyiddin..


Jelas sekali.. dalam lawatannya ke Dubai ini.. Muhyiddin lebih banyak menghabiskan masa di padang Golf dari berbincang untuk kebaikkan pelajaran anak Bangsa Malaysia..

Dan perkara ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP...
DAP hari ini menyelar lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama lima hari ke Dubai kerana lebih banyak urusan tidak rasmi berbanding perkara yang memberi manfaat kepada kerajaan.  
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mendedahkan perkara itu selepas mendapat maklumat yang disebarkan melalui Internet.  
"Rakyat berhak tahu daripada manakah sumber perbelanjaan yang menanggung perbelanjaan Muhyiddin selama berada lima hari di Dubai dengan mendiami hotel lima bintang yang dikatakan dibiayai Kementerian Pendidikan dan Talent Corp, Pejabat Perdana Menteri. 
"Adakah dengan lawatan berkenaan dapat menaikkan kualiti pendidikan negara atau memberi manfaat kepada kerajaan?" kata Steven dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.  
Melalui tentatif program yang diberikan, urusan rasmi Muhyiddin dalam lawatan lima hari ke Dubai itu hanyalah pada hari ini iaitu dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari ~ The Malaysian Insider
Ceh!! selama ini aku ingatkan si Muhyiddin ni berhemah dalam menggunakan harta dan dana negara.. rupa-rupanya lebih kurang dengan Rosmah jugak!!

Cancel nak sokong dia ganti Najib...

Posted by Anak Sungai Derhaka 

BUKTI PERTUKARAN GURU SECARA ZALIM KERANA 'DENDAM POLITIK' TELAH MENCALAR IMEJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Posted on 


  • Wednesday, April 9, 2014
  • by 
  • Cikgu Mala
  •  
  • KENYATAAN MEDIA: 
    BUKTI PERTUKARAN GURU SECARA ZALIM KERANA ‘DENDAM POLITIK’ TELAH MENCALAR IMEJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
    Dari : Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK).
    Tarikh : 9 April 2014: 

    “Pendedahan YB Al Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary,Ahli Parlimen Bachok pada 8 April 2014 semalam di Lobi Sidang Parlimen semalam membuktikan kezaliman regim UMNO Barisan Nasional telah berlaku sejak merdeka hingga ke hari ini semakin berleluasa terhadap warga pendidik dan ianya tidak boleh dinafikan lagi.” Kata Pn. Normala Sudirman, Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK).

    Kenyataan YB Al Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary , yang memberikan pendedahan senarai nama warga pendidik yang dilabelkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) di kawasan parlimen beliau,(Parlimen Bachok Kelantan) dan bukti pendedahan arahan untuk guru ditukarkan adalah dari orang yang berjawatan politik dari UMNO Barisan Nasional termasuk laporan dari Ketua Cawangan UMNO terhadap warga pendidik amat menyedihkan dan mencalar imej perguruan di Malaysia.

    Terbukti pelanggaran prosedur telah lama berlaku dalam urusan penempatan guru untuk berkhidmat  bukan alasan ‘atas keperluan perkhidmatan” tetapi dengan suatu alasan atau tuduhan yang yang tidak berasas sama sekali kerana campuraduk kefahaman dan sentimen politik kepartian yang sempit.

    Penafian Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini yang sering menjawab bila isu ini dibangkitkan dalam sidang parlimen dengan jawapan ianya  adalah ‘prosedur biasa ‘ adalah bercanggah dengan tindakan dan pembuktian fakta yang telah diberikan oleh YB Al- Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary,Ahli Parlimen Bachok  dan ‘Memorandum Bantahan Kezaliman Terhadap Warga Pendidik ‘ berkaitan isu pertukaran guru ,pemecatan tidak mengikut prosedur dan ditahan gaji yang diserahkan oleh NGO PENDIDIK  di Parlimen ,SUHAKAM,dan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak 2012 dan 2013 serta 2014 baru – baru ini.

    “Saya menyeru agar warga pendidik bangkit mempertahankan hak mereka dari ditindas dan dizalimi dengan tampil mendedahkan bukti terhadap kepincangan yang berlaku dalam persada pendidikan negara.”Guru perlu berani menyuarakan kebenaran agar martabat mereka tidak sewenang- wenangnya  diperlekehkan oleh pihak yang berjawatan dalam politik UMNO Barisan Nasional . “

    Jangan biarkan martabat guru yang banyak berjasa mendidik anak mangsa ini  menjadi mangsa ‘dendam politik UMNO Barisan Nasional’ dan ‘penjara organisasi yang menindas‘ini dibiarkan berterusan kerana yang akan rugi adalah anak bangsa pewaris kepimpinan pada masa akan datang. 

    NGO Pendidik ingin mengingatkan bahawa doa insan yang dizalimi tiada hijab di sisi ALLAH SWT.

    Ingatlah bahawa tangan yang menurunkan tandatangan ,bersubahat dalam urusan pertukaran secara zalim dan apa sahaja pertuduhan ,fitnah yang menganiaya warga pendidik  akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT diakhirat nanti.

    “Jadi ,saya ingin memberikan amaran agar jangan menzalimi pendidik dan guru yang berjiwa mulia dan banyak berjasa kepada negara dengan fahaman ketaksuban politik yang sempit kerana mereka tidak akan terlepas dari urusan pertimbangan dosa dan pahala serta pertimbangan syurga neraka di akhirat kelak.

    Saya selaku Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan  ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada  Al Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary,Ahli Parlimen Bachok pada 8 April 2014 semalam di Lobi Sidang Parlimen semalam dan kepada pihak Akhbar Sinar Harian yang memaparkan liputan pada hari ini di m/s hari ini. 

    “ Kami akan terus konsisten memperjuangkan hak warga pendidik dari menjadi mangsa kezaliman seperti ini dan akan terus membantu agar kebajikan mereka terbela dari sudut guaman dan perundangan agar profesionalisme perguruan terus dihormati dalam persada pendidikan negara”. Kata Pn. Normala Sudirman, Presiden NGO PENDIDIK sambil menutup perbualan.
      
    Salam hormat daripada :
    Pn Normala Bt. Sudirman@ Cigar Mala.
    Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan
     on Wednesday, April 9, 2014 


    Read More

    Saturday, 22 February 2014

    Putrajaya tidak boleh ditegur... Guru 'setahun jagung' kritik PBS ditukar ke pedalaman

    Sabtu, 22 Februari 2014
    Photo: [Update]
Ucaptama oleh presiden ABIM..
    Ucaptama oleh presiden ABIM..

    Putrajaya tidak boleh ditegur, guru kritik PBS ditukar ke pedalaman...

    Diktator Kementerian ~ Mansuh tetap #MansuhPBS

    Tukar bukan alasan.

    Portal The Malaysian Insider:

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-tidak-boleh-ditegur-guru-kritik-pbs-ditukar-ke-pedalaman

    #MansuhPBS
    OLEH LEE SHI-IAN
    FEBRUARY 22, 2014
    Tindakan memindahkan seorang guru yang mengkritik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ke sebuah sekolah pedalaman di Pahang menunjukkan Putrajaya gagal menerima pandangan penjawat awam.
    Walaupun arahan pemindahannya diterima secara mengejut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 29, enggan tunduk dan akan meneruskan bantahan terhadap PBS.
    Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang dipimpin Nor Izzat sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di masjid Bandar Baru Bangi sebelum memulakan bantahan.
    Nor Izzat yang digelar “guru setahun jagung” oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, pertukaran itu membuktikan KPM menggunakan ‘kuasa’ yang diberikan kepadanya untuk mendiamkan pengkritik.
    Katanya, kawan baiknya Mohd Zulkefli Seman yang mengajar di sekolah sama di Jerantut turut menerima surat pertukaran pada pagi Jumaat.
    Nor Izzat berkata, Zulkefli bukanlah ahli SGMM tetapi menemaninya menemui Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh tahun lalu.
    “SGMM menghantar permintaan bertulis bagi menemui Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
    SGMM pada Disember dijemput untuk berbincang bersama Idris berhubung PBS dan Nor Izzat berkata KPM berjanji untuk mengatasi kelemahan pada sistem tersebut.
    Namun janji KPM itu tidak ditunaikan dan SGMM merancang untuk mengadakan perhimpunan itu pada hari ini.
    “Kami tidak mahu Putrajaya mengkaji semula PBS, kami mahu ia dimansuhkan. Surat pertukaran jelas satu percubaan untuk menggagalkan perhimpunan ini.
    “Jika prosedur sebenar diikuti daripada segi peraturan disiplin, terdapat beberapa langkah lain sebelum surat perpindahan dikeluarkan,” katanya.
    Guru Pendidikan Seni itu terkejut apabila menerima surat pertukaran itu dan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.
    Berhubung gelaran “setahun jagung” yang diberikan KPM, Nor Izzat berkata, gelaran itu diberikan kerana dirinya terlalu banyak membuat aduan.
    “Malah guru yang mempunyai 30 tahun pengalaman sekali pun tidak sebising saya,” katanya.
    Biarpun berada di kawasan luar bandar, Nor Izzat seorang yang lantang mengkritik PBS kerana yakin berada di landasan yang benar.
    “Saya tidak fikir kerjaya saya dalam bidang perguruan akan berakhir akibat pertukaran itu. Saya mahu membaiki sistem PBS.
    “Tidak adil jika KPM menyingkirkan saya kerana ada perkara yang tidak kena dengan sistem itu,” katanya.
    The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan guru dan pengurusan sekolah yang mendapati sukar untuk melaksanakan PBS kembali kepada sistem peperiksaan.
    Ini menjadikan kebanyakan sekolah mengamalkan dua sistem iaitu pada pemukaannya menggunakan PBS untuk menyenangkan Putrajaya dan satu lagi menggunakan kaedah peperiksaan bagi mengukur prestasi murid.
    Nor Izzat berkata, walaupun PBS baik di bawah sistem negara maju tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dengan baik di Malaysia serta tidak menepati kehendak tempatan.
    Masalah berhubung PBS menjadikan sekumpulan guru menbentuk laman Facebook yang dipanggil "Kami mahu PBS dimansuhkan" pada Oktober tahun lalu. – 22 Februari, 2014./TMI

    Guru penganjur mansuh PBS diarah tukar sekolah

    Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang menganjurkan himpunan mendesak pemansuhan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) hari ini, mendakwa beliau ditukarkan tempat bertugas serta-merta "tanpa sebab munasabah".

    Mohd Nor Izzat Mohd Johari, seorang guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual yang mengajar di Jerantut berkata beliau menerima surat pertukaran bertarikh 17 Februari itu semalam (21 Februari).

    Menurutnya, surat yang ditandatangani pengarah Jabatan Pendidikan Daerah itu mengarahkannya bertukar serta-merta.

    Namun, beliau hairan dengan tarikh surat itu yang lebih awal berbanding tarikh serahannya, iaitu semalam.

    "Saya sedikit keliru kerana tanpa sebab munasabah (saya) cuba ditukarkan (sekolah).

    "Alasan yang diberikan adalah alasan klise iaitu khidmat saya diperlukan di sana (tempat baru)," katanya yang merahsiakan nama sekolah beliau mengajar sekarang dan nama sekolah baru tempatnya akan bertugas.

    Menurut Izzat, beliau akan kembali mengajar di sekolah sekarang pada Isnin depan kerana sedang mendapatkan nasihat guaman tentang arahan pertukaran itu.

    Pada masa sama, ia juga tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendesak pemansuhan PBS menerusi 'Himpunan 222: Mansuh PBS' pada jam 1 tengah hari ini di Masjid Bandar Baru Bangi, katanya.

    MALAYSIAKINI
    Read More
    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena