Saturday 22 February 2014

Putrajaya tidak boleh ditegur... Guru 'setahun jagung' kritik PBS ditukar ke pedalaman

Sabtu, 22 Februari 2014
Photo: [Update]
Ucaptama oleh presiden ABIM..
Ucaptama oleh presiden ABIM..

Putrajaya tidak boleh ditegur, guru kritik PBS ditukar ke pedalaman...

Diktator Kementerian ~ Mansuh tetap #MansuhPBS

Tukar bukan alasan.

Portal The Malaysian Insider:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-tidak-boleh-ditegur-guru-kritik-pbs-ditukar-ke-pedalaman

#MansuhPBS
OLEH LEE SHI-IAN
FEBRUARY 22, 2014
Tindakan memindahkan seorang guru yang mengkritik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ke sebuah sekolah pedalaman di Pahang menunjukkan Putrajaya gagal menerima pandangan penjawat awam.
Walaupun arahan pemindahannya diterima secara mengejut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 29, enggan tunduk dan akan meneruskan bantahan terhadap PBS.
Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang dipimpin Nor Izzat sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di masjid Bandar Baru Bangi sebelum memulakan bantahan.
Nor Izzat yang digelar “guru setahun jagung” oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, pertukaran itu membuktikan KPM menggunakan ‘kuasa’ yang diberikan kepadanya untuk mendiamkan pengkritik.
Katanya, kawan baiknya Mohd Zulkefli Seman yang mengajar di sekolah sama di Jerantut turut menerima surat pertukaran pada pagi Jumaat.
Nor Izzat berkata, Zulkefli bukanlah ahli SGMM tetapi menemaninya menemui Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh tahun lalu.
“SGMM menghantar permintaan bertulis bagi menemui Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
SGMM pada Disember dijemput untuk berbincang bersama Idris berhubung PBS dan Nor Izzat berkata KPM berjanji untuk mengatasi kelemahan pada sistem tersebut.
Namun janji KPM itu tidak ditunaikan dan SGMM merancang untuk mengadakan perhimpunan itu pada hari ini.
“Kami tidak mahu Putrajaya mengkaji semula PBS, kami mahu ia dimansuhkan. Surat pertukaran jelas satu percubaan untuk menggagalkan perhimpunan ini.
“Jika prosedur sebenar diikuti daripada segi peraturan disiplin, terdapat beberapa langkah lain sebelum surat perpindahan dikeluarkan,” katanya.
Guru Pendidikan Seni itu terkejut apabila menerima surat pertukaran itu dan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Berhubung gelaran “setahun jagung” yang diberikan KPM, Nor Izzat berkata, gelaran itu diberikan kerana dirinya terlalu banyak membuat aduan.
“Malah guru yang mempunyai 30 tahun pengalaman sekali pun tidak sebising saya,” katanya.
Biarpun berada di kawasan luar bandar, Nor Izzat seorang yang lantang mengkritik PBS kerana yakin berada di landasan yang benar.
“Saya tidak fikir kerjaya saya dalam bidang perguruan akan berakhir akibat pertukaran itu. Saya mahu membaiki sistem PBS.
“Tidak adil jika KPM menyingkirkan saya kerana ada perkara yang tidak kena dengan sistem itu,” katanya.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan guru dan pengurusan sekolah yang mendapati sukar untuk melaksanakan PBS kembali kepada sistem peperiksaan.
Ini menjadikan kebanyakan sekolah mengamalkan dua sistem iaitu pada pemukaannya menggunakan PBS untuk menyenangkan Putrajaya dan satu lagi menggunakan kaedah peperiksaan bagi mengukur prestasi murid.
Nor Izzat berkata, walaupun PBS baik di bawah sistem negara maju tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dengan baik di Malaysia serta tidak menepati kehendak tempatan.
Masalah berhubung PBS menjadikan sekumpulan guru menbentuk laman Facebook yang dipanggil "Kami mahu PBS dimansuhkan" pada Oktober tahun lalu. – 22 Februari, 2014./TMI

Guru penganjur mansuh PBS diarah tukar sekolah

Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang menganjurkan himpunan mendesak pemansuhan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) hari ini, mendakwa beliau ditukarkan tempat bertugas serta-merta "tanpa sebab munasabah".

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, seorang guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual yang mengajar di Jerantut berkata beliau menerima surat pertukaran bertarikh 17 Februari itu semalam (21 Februari).

Menurutnya, surat yang ditandatangani pengarah Jabatan Pendidikan Daerah itu mengarahkannya bertukar serta-merta.

Namun, beliau hairan dengan tarikh surat itu yang lebih awal berbanding tarikh serahannya, iaitu semalam.

"Saya sedikit keliru kerana tanpa sebab munasabah (saya) cuba ditukarkan (sekolah).

"Alasan yang diberikan adalah alasan klise iaitu khidmat saya diperlukan di sana (tempat baru)," katanya yang merahsiakan nama sekolah beliau mengajar sekarang dan nama sekolah baru tempatnya akan bertugas.

Menurut Izzat, beliau akan kembali mengajar di sekolah sekarang pada Isnin depan kerana sedang mendapatkan nasihat guaman tentang arahan pertukaran itu.

Pada masa sama, ia juga tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendesak pemansuhan PBS menerusi 'Himpunan 222: Mansuh PBS' pada jam 1 tengah hari ini di Masjid Bandar Baru Bangi, katanya.

MALAYSIAKINI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena