Wednesday 19 February 2014

MAS Rugi RM1.74 bilion - LAGI WANG RAKYAT DI LACURKAN!!!... Masih Mampu Tersenyum?

Khamis, 20 Februari 2014
LAGI WANG RAKYAT DI LACURKAN!!!

9 jam yang lalu 

LAGI WANG RAKYAT DI LACURKAN!!!

SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012.

Walaupun ada peningkatan dalam perolehan sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013 berbanding RM187 juta pada akhir 2012,Namun tidak dapat menampung perbelanjaan serta kerugian pertukaran mata wang asing(kejatuhan nilai ringgit M`sia)..

Lazimnya bila perbelanjaan melebihi pendapatan sebuah syarikat itu menuju kebangkrapan..
Ironinya syarikat penerbangan lain mencatatkan keuntungan dan berupaya menambah pesawat,tetapi kenapa syarikat penerbangan negara mengalami kerugian yang amat teruk begini??
ADAKAH KERANA ADA PENYAMUN DI DALAM SYARIKAT??
ATAU KERANA ADA BAILOUT DARI KERAJAAN KERANA STATUS SYARIKAT PENERBANGAN NEGARA??

Masih Mampu Tersenyum?
Gambar: Syarikat penerbangan Malaysia adalah satu-satunya syarikat penerbangan di dunia yang mampu tersenyum selepas rugi RM 1.2 bilion pada 2013!

http://www.malaysiakini.com/news/254749
Syarikat penerbangan Malaysia adalah satu-satunya syarikat penerbangan di dunia yang mampu tersenyum selepas rugi RM 1.2 bilion pada 2013!

http://www.malaysiakini.com/news/254749
Boboy Saya's photo.

Dr Dzul: MAS rugi RM1.74 bilion, apa tindakan Kerajaan Pusat?

FEBRUARY 19, 2014
SHAH ALAM 19 FEB : Kerajaan Pusat perlu berhenti mendendangkan cakap-cakap kosong kononnya ekonomi negara kini berada di landasan terbaik, sedangkan hakikatnya nilai ringgit semakin jatuh merudum.
Pengarah Pusat Pengajian PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kedudukan kecil ringgit pada hari ini memberi kesan besar kepada perniagaan yang melibatkan penukaran mata wang asing (forex) termasuk Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Katanya, nilai ringgit yang kecil menyebabkan MAS berterusan mencatatkan kerugian sekalipun terdapat peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta.
Mas-1
“Sebagai contoh, walaupun MAS mencatatkan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 28.5 peratus, mereka masih mencatatkan kerugian ekoran kedudukan kecil nilai ringgit Malaysia.
“Kita akui tidak dapat mengawal persaingan syarikat penerbangan lain, kita tidak dapat kawal kos bahan bakar, tetapi kita sebenarnya mampu mengukuhkan nilai ringgit kita.
“Kerajaan perlu dan mesti lakukan sesuatu,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan kerugian RM 1.74 billion yang dicatatkan MAS sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM 433 juta dicatatkannya pada 2012.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata selain bergantung kepada kedudukan nilai ringgit, MAS juga boleh mengambil langkah meningkat efisiensi serta mengurangkan ketirisan dalam pentadbirannya.
Pada masa sama, beliau turut meminta penjelasan kerajaan pusat berhubung nilai sebenar keuntungan (yield) bagi setiap penumpang MAS bagi setiap kilometer.
dr.dzul
“Pada tahun 2011, catatan keuntungan bagi setiap penumpang untuk setiap satu kilometer ialah sebanyak RM 0.23, kemudian jatuh kepada RM 0.13.
“Adakah pada laporan kali ini, keuntungan diperolehi daripada setiap penumpang juga semakin rendah nilainya,” kata Dzulkefly lagi.
Menurut laporan, bagi tahun kewangan 2013, MAS mencatatkan perolehan sebanyak RM 15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM 13.8 bilion pada tahun sebelumnya.
Sehingga akhir 2013, kumpulan MAS memiliki 148 pesawat termasuk enam pesawat penumpang terbesar dunia iaitu Boeing A380.
EZY

Tony Fernandes terkejut MAS rugi RM1.17 bilion

OLEH TRINNA LEONG
FEBRUARY 19, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 19, 2014 02:02 PM
Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes (gambar).
Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu.
"Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.
Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai.
"Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion.
"Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah," katanya.
Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.
MAS melaksanakan pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan jumlah penumpangnya.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu masih menunggu kelulusan kerajaan untuk membeli 100 Airbus dan kapal terbang penumpang Boeing yang bakal membelanjakan beberapa bilion ringgit lagi.
Reuters hari ini melaporkan, keputusan untuk membeli kapal terbang baru itu untuk membawa keuntungan dan menghentikan khidmat kapal lama yang kurang cekap dalam penggunaan minyak.
Fernandes bagaimanapun, mengkrtitik perbelanjaan MAS dan MAHB yang terus mendatangkan kerugian.
 "Ia sepatutnya membawa keuntungan. Ia hanya menyusahkan ahli perniagaan yang baik di mana mereka berbelanja seolah-olah tidak ada hari esok," katanya.
Menurut laman web MAS, mereka mempunyai 88 kapal terbang termasuk  Airbus A330s dan A380s serta Boeing 777-200s dan 737s.
Perbelanjaan MAS juga terus meningkat sehingga 10% tahun lalu kepada RM14.9 bilion berikutan kenaikan harga minyak.
MAS mencatatkan kerugian paling besar dalam sejarahnya pada 2011 iaitu sebanyak RM2.52 bilion bersih.
Bagaimanapun mereka berjaya mengurangkannya pada 2012 kepada RM433 juta. – 19 Februari, 2014./TMI

Chef Wan kesal nasi lemak 'telanjang' MAS

Bagi rakyat Malaysia, nasi lemak begitu istimewa.

Oleh kerana itu, langkah seorang selebriti rancangan masakan memuat naik nasi lemak 'telanjang' Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mendapat perhatian besar.

Chef Wan atau nama penuhnya Redzuawan Ismail pada 29 Januari lalu yang mengambil penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok kesal dengan nasi lemak yang dihidangkan padanya.

Beliau memuat naik nasi lemak dengan telur rebus separuh dan sambal, tampa potongan timun, kacang dan ikan bilis seperti kebiasaan, ke laman perkongsian gambar Instagram.

Beliau juga menulis, penerbangan negara seperti tidak mengambil peduli terhadap sarapan rakyat Malaysia yang diagung-agungkan ke seluruh dunia.

“Untuk pamerkan ini dalam penerbangan antarabangsa tanpa timun, kacang dan ikan bilis membuatkan sarapan rakyat Malaysia ini nampak sungguh miskin,” katanya.

MAS: Terima kasih Chef Wan

Sementara itu, Astro Awani melaporkan, dalam kenyataannya, MAS berkata akan terus mempertingkat mutu makanan mereka.

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.

"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," MAS dilapor sebagai berkata.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi MAS berhubung perkara itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena