Wednesday 19 February 2014

Blogger Umno Sebarkan Fitnah Haramkan Khutbah Jumaat Di Pulau Pinang... Laporan polis telah dibuat!

Rabu, 19 Februari 2014
 Masjid Terapung Tanjung Bunga


Blog yang menyebarkan khabar angin mengenai larangan khutbah Jumaat


GEORGETOWN - Satu laporan polis dibuat berikutan wujudnya khabar angin melalui sebuah laman blog mengenai penguatkuasaan larangan khutbah solat Jumaat di negeri ini.

Laporan berkenaan dibuat Pas dan DAP di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Timur Laut, semalam.

Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera, Mohd Hariszuan Jaharuddin berkata, laporan
berkenaan dibuat terhadap blog Negara Pakatan Rakyat yang didakwa sengaja menimbulkan api perkauman dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Menurutnya, kesemua maklumat dan fakta di dalam blog berkenaan adalah salah.

“Kami tidak mahu orang ramai mula bergaduh hanya disebabkan khabar angin yang tidak benar ini dan diibaratkan memang sengaja mahu mewujudkan kemarahan orang Islam.

“Malah kami mahu individu yang berkenaan bertanggungjawab atas apa yang sudah dilakukannya dengan cuba berkongsi maklumat salah melalui blog,” katanya.

Beliau berkata, blog berkenaan dijumpai pada Isnin lalu.

Melalui blog berkenaan, penulis memaklumkan kerajaan negeri Pulau Pinang mempertimbangkan dengan serius cadangan untuk menghapuskan terus khutbah Jumaat di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Perkasa Balik Pulau, Mohd Rizuad Mohd Azudin akan bersama ahlinya ke Komtar untuk bertemu dengan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim bagi mendapatkan penjelasan mengenai hal berkenaan esok (19 Februari).

Abdul Malik kemudiannya ketika dihubungi menyelar tindakan tidak bertanggungjawab individu yang cuba menabur fitnah berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak mahu komen kerana jika dilayan fitnah yang tidak masuk akal ini, kita hanya menjadi orang yang tidak siuman, negara komunis pun tidak pernah menutup masjid, apatah lagi kita hendak melarang khutbah Jumaat,” katanya. 









GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan dalam laman blog kononnya ia sedang mempertimbang secara serius untuk mengharamkan khutbah Jumaat.
  
Menyifatkan dakwaan itu sebagai berbaur fitnah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim (gambar) berharap polis dapat mengesan serta memberkas pihak yang membuat dakwaan itu. 
  
"Kalau orang tu dah gila, jangan sama-sama sahut perkara yang dibangkitkan oleh orang gila, negara komunis pun tidak buat seperti itu...kalau nak haramkan khutbah samalah macam kita haramkan solat Jumaat, macam nak tutup masjid.
  
"Orang itu (individu yang menulis blog) harus dikenakan tindakan, polis perlu siasat dan bawanya ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini.
  
Pada 17 Feb lepas, laman blog yang dinamakan 'Negara Pakatan Rakyat' mengeluarkan kenyataan terdapat beberapa pemimpin pakatan tidak gemar dengan kandungan khutbah Jumaat yang didakwa mengandungi mesej berbaur ekstremis dan diskriminasi.

Abdul Malik sebelum itu telah mengadakan pertemuan singkat dengan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Balik Pulau di sini.
  
Antara yang hadir pada pertemuan itu ialah Pengerusinya Mohd Rizuad Mohd Azudin dan Ketua Penerangannya Mohd Pazli Ismail.
  
Mohd Pazli berkata pertemuan singkat itu bertujuan mendapatkan penjelasan serta kerjasama daripada kerajaan negeri berhubung dakwaan blog berkenaan.  
  
Sementara itu dalam sidang media berasingan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci terhadap pemilik blog 'Negara Pakatan Rakyat' yang mengeluarkan kenyataan sehingga boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat. - Bernama

Foto
Gambar: Sumbangan masih diperlukan. Sumbang dan sebarkan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena