Friday 28 February 2014

Jambatan (JK2PP) berharga RM4.5 bilion... Najib rasmikan & dibuka kepada kenderaan pukul 12.01 tengah malam Ahad. Ngapa bengkang bengkok?

Sabtu, 1 Mac 2014

Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang, RM7 Kurang Dari RM10

Gambar oleh Astroawani dan laporan Bernama News – MRM
 Jambatan terpanjang di Asia Tengggara
 Apakah anda bersetuju dengan pandangan JKSB yang propose kepada LLM iaitu kadar tol RM7 sahaja dikenakan di Jambatan Kedua supaya sama kadarnya dengan Jambatan P.Pinang.
Ini kerana kalau harganya lebih mahal daripada RM7 ,  pengguna kebanyakkannya akan terus menggunakan Jambatan P.Pinang kerana ia lebih dekat dah harga murah berbanding Jambatan Kedua.
Kita tunggu keputusan rasmi kadar harganya   daripada PM yang akan merasmikan Jambatan terpanjang di Asia Tengggara pada 1 Mac 2014 ini nanti .  Harap kerajaan pertimbangkan kadar tol jambatan ini agar ia sama dengan jambatan P.Pinang.
Bernama: Kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah tidak melebihi RM10, menurut syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).
Pengarah Urusannya Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata JKSB mencadangkan kadar tol RM7 kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia tetapi keputusan muktamad hanya akan diumumkan pada 1 Mac.
“Kadar tol adalah kurang daripada RM10 tetapi melebihi RM7. Jika kadarnya terlalu tinggi, tidak banyak kenderaan akan menggunakannya,” katanya kepada pemberita selepas lawatan suai kenal media di plaza tol Batu Kawan, di sini, Rabu.
Ismail berkata JKSB berharap untuk memperoleh keuntungan dalam tempoh 10 tahun dengan 100,000 kenderaan dijangka menggunakan jambatan itu di tengah-tengah kepesatan pembangunan Batu Kawan terutama kawasan perindustrian.
Jambatan berharga RM4.5 bilion itu, yang menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar, dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu ini dan dibuka kepada kenderaan pukul 12.01 tengah malam, Ahad.
Ismail berkata tender bagi pembinaan dua Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) akan dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang membabitkan kos RM60 juta dan dijangka siap dalam masa tiga tahun. – BERNAMA
Jambatan Kedua Pulau Pinang atau dikenali sebagai (JK2PP) 

jambatan kedua penang 1
Jambatan sepanjang 24km iaitu jambatan terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau, merupakan jambatan kedua merentangi laut menghubungkan kedua-dua bahagian negeri itu.
“Kami jangkakan 25,000 kenderaan sehari menggunakan jambatan ini terutama kenderaan dari selatan,” kata Pengarah urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Dr Ismail Mohamed Taib.
Jambatan Kedua Pulau Pinang atau dikenali sebagai (JK2PP), merupakan projek kerajaan persekutuan dalam usaha mengurangkan kesesakan aliran trafik di jambatan pertama terutama pada waktu puncak, turut dilihat bakal meningkatkan pembangunan dan ekonomi kawasan perindustrian di Batu Kawan dan Batu Maung serta merancakkan sektor pelancongan negeri.
 jambatan kedua pulau pinang








0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena