Thursday 20 February 2014

Riza Aziz Anak Rosmah Disaman USD25 Juta?

Khamis, 20 Februari 2014
 Riza Aziz adalah CEO syarikat produksi Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street
riza aziz profil

RIZA AZIZ gambar sumber blog Oh Bulan: Siapa sangka selepas The Wolf of Wall Street mendapat perhatian ramai dan berjaya memenangi anugerah di Golden Globe, kini filem Hollywood itu berdepan kesulitan atas beberapa dakwaan.
Menurut laporan Contact Music, beberapa studio yang terlibat dengan penggambaran filem ini bakal disaman sebanyak USD25 juta oleh bekas pekerja Stratton Oakmont, Andrew Greene yang kisahnya turut dipaparkan di dalam filem berkenaan menerusi watak Nicky ‘Rugrat’ Koskoff.
Andrew mendakwa Paramount Pictures, syarikat produksi Red Granite dan penerbit yang lain tidak pernah meminta persetujuan darinya untuk menonjolkan watak tersebut.
Lebih teruk lagi, Andrew kesal imejnya kini terjejas kerana karakter ‘Rugrat’ di dalam filem berkenaan digambarkan sebagai seorang yang tidak bermoral dan mengalami ketagihan teruk terhadap dadah, parti serta perempuan.
“Rakaman filem berkenaan mempunyai beberapa babak di mana karakter Greene digambarkan sebagai penjenayah, pengguna dadah, serta tidak bermoral.”
riza aziz sued
Untuk pengetahuan anda, The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio itu merupakan sebuah adaptasi daripada kisah benar mengenai broker saham bernama Jordan Belfort melibatkan bekas rakan kongsinya, Andrew Greene dan beberapa orang lagi rakan lain.
Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese manakala anak Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik, pula menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.
Bagi yang tidak tahu, Riza Aziz adalah CEO syarikat produksi Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan diedarkan oleh Paramount Pictures.
sumber – Gossip artis OhBulan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena