Monday 17 February 2014

Dah Mula Dah! Undi Anwar bermakna undi Amerika kata Mahathir

Isnin, 17 Februari 2014
Dah nak sampai ke penghujung

Gambar: Umur dah hampir 89 tahun...

Bak kata pepatah...
"RuMaH kaTa pERgI kUbUR KaTa MaRi" keje nak memFITNAH aja...
Buletin Pakatan Rakyat

Undi Anwar bermakna undi Amerika kata Tun Mahathir

BERIKUT adalah kenyataan Tun Mahathir seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Beliau mendakwa undi Anwar di Kajang bermakna undi Amerika.

‎Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia boleh mengundi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mereka mahu sebuah "kerajaan pro-Amerika".

"Jika kamu mahu sebuah kerajaan pro-Amerika, sila undi Anwar Ibrahim (dalam pilihan raya kecil DUN Kajang)," katanya.

Mahathir berkata demikian selepas menyampaikan ucap utama satu majlis di Institut Diplomasi dan Hubungan Laur di ibu negara hari ini.

Sebelum itu, beliau membidas kuasa Barat kerana "mengenakan syarat terhadap demokrasi" termasuk hak komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LGBT).

Di bawah ini gambar pertemuan Anwar Ibrahim bersalaman mesra dengan Presiden Amerika yang paling suka berperang iaitu Bush.

Najib, Mahathir hipokrit, sembunyi jumpa Soros
(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 12 Oktober: Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak hipokrit menyalak kononnya George Soros musuh yang cuba memporak-perandakan negara dan mengaitkan spekulator mata wang itu dengan Pembangkang, tetapi dalam masa sama bertemu untuk meminta bantuan, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
“Sekarang sudah terdedah topeng kedua-dua mereka. Di satu sisi mereka memainkan sentimen kononnya Soros musuh luar yang cuba huru harakan negara.
“Dalam masa sama mereka sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Soros yang turut dijalin bersama pemimpin Umno lain.
“Kemudian dia tuduh kita (Pakatan Rakyat) pula. Sedangkan Najib dan Soros secara sembunyi-sembunyi bertemu,” kata Setiausaha Agung KEADILAN itu ketika dihubungi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37753

TERKINI ! KOMPLOT AGENDA BN mainkan isu Soros- Pakatan Terbongkar....

13 Oktober 2012


Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan
Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.
panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 icg anwarDengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik
Kedahkini.

Panas ! Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros

13 Oktober 2012


Barang kali Najib Razak sudah habis cara dan buntu fikiran sehingga akhirnya dia terpaksa mengakui yang dia memang ada berjumpa dengan George Soros. Bagaimana pun beliau berlapik dan sedikit ego dengan mengatakan yang hendak berjumpa dengannya Soros bukan dia.

Peristiwa penting dan eksklusif itu berlaku tahun 2010.

Saya percaya kalau boleh mengelak Najib tidak akan mengaku semudah itu. Tetapi kerana sudah tidak ada cara dan kaedah lain lagi akhirnya dia terpaksa angkat tangan. Betul bagi Najib baik dia mengakui sesuatu yang benar. Menegak benang basah tidak ada faedah dan menjadi sesuatu yang menyusahkan. Apa lagi bukti-bukti jelas menunjukkan Najib 'berlaga' gelas dengan Soros.

Walaupun Najib nampak hebat kerana diminati Soros tetapi pendedahan itu memberi sedikit kesusahan kepadanya. Apa lagi Mahathir tidak habis-habis menggeleng-geleng kepala mendengar pengakuan Najib itu.

Perjuangan Mahathir untuk memastikan UBN memang bagi membolehkan anaknya jadi timbalan perdana menteri terganggu dengan pengakuan Najib yang mugkin dianggap pandir itu. Mahathir merasakan usahanya memburukkan pembangkang dengan mengaitkan Soros jadi anti klimek.
Pengakuan Najib itu menjadikan Mahathir tersandar di kerusi malas, sikap dan gelagatnya sebelum ini yang menghentam Soros dan mengaitkan Soros dalam membantu pembangkang dapat diterjemah dengan mudah oleh rakyat. Selain orang Umno totok sudah mengetahui siapa dan apa dia Mahathir ini.

Selain itu pengakuan Najib itu juga ada implikasinya. Apabila Najib membuat pengakuan itu maka timbullah berbagai persepsi terhadapnya dan intgeritinya sendiri. Orang akan mengait dengan beberapa hal misteri lagi mengenai Najib. Apa yang Najib sembunyikan selama ini dianggap benar. Cuma Najib tidak mengaku kerana tidak ada bukti nyata, tetapi hakikatnya benar.

Misalnya orang akan ingat tuduhan ke atas Najib yang beliau pernah dicekup dengan seorang artis di Port Dickson beberapa tahun lalu. Orang juga akan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shahribbu. Selama ini Najib tidak mengaku yang dia mengenali dan berjumpa dengan Altantuya. Penafian itu dibuat dengan bersumpah "Demi Allah". Sumpah ini dilapaz dihadapan saya sendiri.

Juga akan dikaitkan dengan pembelian kapal selam Scorpone dan sebagainya. Semuanya bermula dengan pengakuan Najib berjumpa dengan Soros itu. Orang akan menganggap mungkin kisah-kisah lain Najib itu benar belaka cuma ia tidak terbongkar lagi. Bagi Najib kalau boleh selindung dia akan selindung sampai ke bila-bila.

Perjumpaan Najib dengan Soros bukan rekaan, ada bukti dan paling penting sekali apabila Najib mengakui. Sebenarnya tidak ada salah pun pertemuan itu ia perkara biasa. Namun apabila Soros itu dianggap hanyir dan jahat oleh Mahathir menyebabkan pertemuan itu juga menjadi hanyir. Mahathir cuba mendedahkan kehanyiran pembangkang bila berjumpa dengan Soros. Jadi bila Soros berjumpa dengan Najib kehanyiran itu kini terlumur di tubuh Najib.

Kesimpulan cerita Soros yang cuba dijadikan isu Mahatir ini tidak memberi bekas apa-apa lagi. Isu Soros sudah tawar 'lembar' dan menjadi senjata memakan tuan.

Bagaimana pun bagi saya Najib tidak perlu gementar dengan pertemuan itu. Sebaliknya yang perlu Najib takut dan berwaspada ialah bertemu dengan Mahathir kerana Mahathir dalam konteks politik Najib lebih bahaya dari Soros. Mahathir lebih berpotensi untuk menjatuhkan Najib berbanding dengan Soros. Soros tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangi kalau kerajaan UBN jatuh tetapi Mahathir dapat merasai apa yang akan berlaku kepadanya.  Ini menyebabkan Mahathir lebih jahat dan celaka dari Soros. Padan muka.

Soros juga tidak ada anak dan harta untuk dilindungi di Mal
aysia, sebaliknya keperluan melindungi anak dan harta itulah yang ada kepada Mahathir.
Kedahkini.

Kantoi ! Undi Najib Sama Undi Soros...Kata Tun Mahathir

13 Oktober 2012

KANTOI! Najib Altantuya Mengaku Jumpa Soros! Mahathir pun kantoi jadi sah umno mempunyai pemimpin paling hipokrit didunia....wooiii hangpa nak sokong lagi ke.....

Akhirnya, setelah terbongkar kelmarin seperti yang didedahkan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Perdana Menteri Najib mengesahkan bahawa dia mengaku telah bertemu dengan spekulator matawang keturunan Yahudi, George Soros di New York dua tahun lalu.
Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997-98.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib Altantuya yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihati Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib Altantuya berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

"Dan hakikatnya Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.

Tetapi yang menjadi persoalannya;

1) Mengapa setelah dua tahun berlalu dan didedahkan baru hendak mengaku?

2) Apakah muslihat di sebalik pertemuan yang konon didakwa Najib Altantuya sebagai pertemuan biasa dan sebagai kunjungan hormat? Mengapa perlu berjumpa secara tertutup di sebuah hotel mewah, The Plaza Hotel dan bukannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana Najib Altantuya merupakan ketua kerajaan dan Soros hanyalah seorang penyangak matawang?

3) Jika benar dakwaan Najib Altantuya bahawa Soros yang melakukan kunjungan hormat, mengapa pula dia yang datang ke hotel tersebut sedangkan sepatutnya Soros yang mesti berjumpa dengannya dan menanti kehadirannya?

4) Siapa Najib Altantuya di mata Soros? Perdana Menteri British? Perdana Menteri Australia? Perdana Menteri Kanada? Tidak! Najib Altantuya hanyalah perdana menteri Malaysia yang tidak mendapat mandat dari rakyatnya sendiri yang tidak punya apa kekuatan jauh sekali keberanian, malah hendak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pun dia sanggup ponteng sidang Parlimen 1 Oktober lalu!

5) Apa keistimewaaan Najib Altantuya berbanding Mahathir di mata Soros? Mahathir berjumpa Soros pada 2006 setelah bersara pada 2003 sedangkan Najib Altantuya jumpa semasa dia masih lagi PM pada 27 September 2010. Apakah Najib Altantuya menyindir Mahathir kunun dia lebih tinggi darjat di mata Soros?

6) Di mana suara-suara PERKASA, PAKIDA, GAPS, Badan Bertindak Selamatkan Melayu, PPIM, Ibrahim Ali, Hasan Akidah, Nasharuddin Mat Isa, Hamidzun Khairuddin, Shaik Hussain Mydin dan NGOk-NGOk pro Umno menentang perjumpaan Najib Altantuya yang mereka sangat kagumi itu? Dengar khabar Ibrahim Ali mengamuk sebab Najib Altantuya tak bawa dia sekali jumpa dengan Soros? Benarkah dakwaan itu?

7) Sudah sampai masanya ahli Umno seluruh negara keluar beramai-ramai kerana pemimpin Umno seperti Najib Altantuya dianggap hipokrit kerana sudah dikawal dengan taburan wang dan diugut supaya terus menyokong Yahudi menyembelih umat Islam di Palestin sedangkan kununnya Najib Altantuya adalah pemimpin bersih dari sebarang skandal termasuk didakwa berkhalwat dengan Ziana Zain dan misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu. - JP
Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena