Monday 24 February 2014

Orang Korea sibuk mencari Islam tapi Melayu Islam sibuk terkejar-kejar kpop...

Isnin,24 Februari 2014


Ideologi sekular tidak akan sampai ke akhirat...

"Ideologi sekular tidak akan sampai ke akhirat sekalipun diselitkan dengan istilah-istilah yang kelihatan islamik. Ia umpama menaiki bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur tetapi berhenti setakat Gua Musang sahaja. Sekular hanya sampai ke dunia sahaja, ia tidak boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam yang boleh dibawa ke akhirat..."
[Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS]

Gambar: Soldier of Allah From ROK
Soldier of Allah From ROK — bersama Pok Ya dan 10 yang lain.



TUN DR MAHATHIR, HANIF OMAR & ABU TALIB OTHMAN PENYANGAK, KATA NAZRI AZIZ

Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Abu Talib Othman.

Mereka adalah tiga nama besar. Jasa Tun Dr Mahathir terlalu besar buat negara, 
Tun Hanif, bekas Ketua Polis Negara yang keempat dan juga merupakan Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat (20 tahun) juga berjasa pada negara dan Abu Talib merupakan Peguam Negara yang banyak mencipta nama termasuk mengendalikan kes pembunuhan Dato Taha Talib di mana antara yang menjadi orang kena tuduh ialah bekasMenteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Mokhtar Hashim yang kemudiannya beri pengampunan DiRaja.

Tetapi tiga nama besar ini tidak membawa apa-apa makna bagi Nazri Aziz yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bagi Nazri, Tun Dr Mahathir, Tun Hanif dan Tan Sri Abu Talib adalah penyangak (crooks). Berikut ialah kenyataan Nazri yang disiarkan oleh New Straits Times dua hari lalu:


"Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said the three men were strong government supporters when they were in the government. (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata ketiga-tiga mereka merupakan penyokong kuat kerajaan ketika mereka di dalam kerajaan)
But the moment they left, they became the biggest critics. (Tetapi bila mereka meninggalkan (kerajaan), mereka bertindak sebagai pengkritik utama kerajaan)
We know that dignitaries who have left the government service, they tend to forget. Once they are no longer in the government, they tend to criticise us, the institution and administration that served them. (Kita tahu ada pembesar bila meninggalkan perkhidmatan dalam kerajaan, mereka mudah lupa. Bila mereka tidak lagi di dalam kerajaan, mereka bertindak mengkritik kita, institusi dan pentadbiran yang pernah mereka berkhidmat)

Now, these are all crooks." (Sekarang, mereka ini semuanya penyangak)http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20090714-154641.html

Jika Tun Dr Mahathir, Tun Hanif dan Tan Sri Abu Talib penyangak, apa bezanya Nazri Azri. Ini kes penyangak melabelkan orang lain penyangak (Pot calling the kettle black).

Siapa yang tidak tahu cara Nazri mencari makan. Dulu kuat menyokong Anwar Ibrahim. Bila Anwar kena tendang, pusing sokong Mahathir. Bila Mahathir mengundur diri, sokong Pak Lah. Selepas Pak Lah, sekarang Najib Razak pula. 

Kenyataan Nazri dua hari lepas hanyalah kenyataan politik dan mainan Nazri untuk menyakinkan Najib bahawa beliau merupakan orang yang paling setia pada Najib dan bersedia untuk menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jasa mereka untuk mempertahankan Najib.

Inilah cara Nazri untuk hidup dalam politik. Bawah Pak Lah pun Menteri, bawah Najib pun Nazri kekal Menteri.

Pemimpin Umno lain bertungkus lumus berkorban wang untuk mempertahankan jawatan dalam Majlis Tertinggi semata-mata untuk jadi Menteri, Nazri dilantik sebagai Menteri tanpa perlu bertanding sebarang jawatan dalam parti.

Kita semua tahu siapa Nazri. Pelbagai kontroversi dikaitkan dengan beliau. Beliau pernah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan ada pegawai yang dikaitkan dengan beliau pernah ditangkap BPR.

Kenyataan Nazri dua hari lepas sudah pasti menarik perhatian Najib. Menyerang Dr Mahathir bukanlah cara Najib kerana menyerang bekas Perdana Menteri itu lebih membawa kepada kemudaratan dari kebaikan.

Lihatlah apa yang berlaku kepada Abdullah Ahmad Badawi. Nazri boleh terus menyerang Dr Mahathir tetapi yang akan merasakan penangannya ialah Najib.

Oleh itu, kita tunggu dan lihat siapa agaknya akan antara mereka ini sebenarnya penyangak.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena