Tuesday 25 February 2014

PBS: K'jaan bazir RM1 juta latih 195 mentor (JU)... Guru BM Cemerlang gigit jari...

Rabu, 26 Februari 2014
Sejuta ringgit bazir untuk latih 195 Jurulatih Utama(JU).Sedangkan JU Pun tak faham Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS)
SISI BUKIT. blogspot.com

BANGI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) didakwa telah membazirkan RM1 juta untuk melatih 195 mentor bagi menerangkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada guru-guru yang terlibat di seluruh negara.

Menurut, Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) Mohd Zai Mustafa, program itu gagal kerana mentor yang kononya diberi penerangan tentang PBS sendiri tidak memahami sistem tersebut.

"Mentor seramai 195 orang ini gagal memberi penerangan kepada guru-guru tentang PBS menyebabkan guru-guru sendiri tidak boleh menguasai PBS kerana tidak faham dan tidak jelas," katanya ketika ditemui di Himpunan 222 di Bangi Sabtu lalu.

Malah katanya jumlah sejuta itu terlalu besar hanya untuk melatih 195 orang mentor dalam program  yang dilaksanakan selama 15 hari.

"Ini semua membazir sahaja. Guru-guru yang susah anak murid jadi mangsa," katanya kepada Harakahdaily.

PBS yang mula dilaksanakan pada tahun 2011 mendapat bantahan daripada hampir kesemua guru di seluruh negara.

Ekoran itu, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berani tampil untuk menyatakan bantahan mereka dan meminta kerajaan memansuhkan sistem itu yang dilihat carca marba.

Sehari selepas SGMM mengadakan Himpunan 222 di Bangi, semalam Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sistem PBS ditanggunhkan kajian semula berkaitan sistem itu dibuat.

Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan sistem itu sehingga diberitahu kelak.
Harakahdaily.

MUHYIDDIN YASSIN ,GURU BAHASA MELAYU CEMERLANG GIGIT JARI SAHAJA.


Guru  Bahasa Melayu sejak merdeka sehingga  kini dianaktiri.Mereka mendidik pelajar supaya mahir berbahasa kebangsaan itu dinafikan hak untuk turut sama mendapat elaun seperti guru PPSMI dahulu. Kerajaan UMNO hanya akan memberi elaun kepada guru BI cemerlang.Guru Bahasa Melayu cemerlang gigit jari sahaja.
Sisi Bukit

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena