Monday 17 February 2014

PBS jangan seperti PPSMI yang kerugian RM6 billion - Presiden Pendidik

Isnin, 17 Februari 2014
Demo PPSMI

Presiden Pendidik Normala Sudirman

Guling K'jaan : Kenyataan Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia Hina Guru !


Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) menyifatkan kenyataan Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM), Shafruddin Ali Husin bersifat emosi dan ada sentimen untuk mewujudkan kebencian.

Sedangkan, tegas Presiden Pendidik Normala Sudirman, hasrat sebenar 'himpunan 222' adalah untuk membantah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), dan bukan mahu menggulingkan kerajaan atau mengugat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menggesa Shafruddin agar memohon maaf atas kenyataan yang bersifat naif, menghina dan 'tidak cermat' itu yang telah merendahkan martabat warga pendidik di Malaysia.

KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) memohon agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mewujudkan tekanan kerja yang melampau di kalangan guru.

Presiden Pendidik Normala Sudirman (gambar) berkata, terlalu banyak aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pendidik berhubung isu PBS malah ada yang menyifatkan guru dilayan seperti 'robot' dan hak serta masa rehat mereka dirampas.

Katanya, urusan dokumentasi, kerja- kerja perkeranian serta pemprosesan markah telah menjejaskan tumpuan dan perancangan rapi guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, Sedangkan ia merupakan faktor penting dan penentu kejayaan pelaksanaan PBS.

"Guru terpaksa bersengkang mata dan bangun malam untuk ‘key in’ data hingga pukul 2- 3 pagi di rumah untuk mengurus sistem fail pelajar .Contohnya kalau ada 40 pelajar, maka begitulah jumlah fail yang menyebabkan guru- guru terbeban dengan ‘kerja- kerja perkeranian’.

"Ini menjejaskan tumpuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana pula dengan guru yang terpaksa mengajar dua atau tiga mata pelajaran sehingga terpaksa ‘key in’ data 120 orang pelajar?"tegasnya.

Katanya, hak dan masa rehat guru serta kebajikan warga pendidik perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan PBS ini supaya guru tidak dibebankan dengan urusan tugas- tugas perkeranian.

Dalam pelaksanaan PBS, katanya kelajuan internet adalah perkara paling penting dan segala masalah yang timbul berkitan akses capaian internet yang terganggu, menyebabkan urusan untuk proses dokumentasi penilaian untuk ‘key in' data tidak dapat dilakukan.

"Selagi akses capaian internet 1 Bestari Net yang menggantikan School Net di sekolah masih belum diatasi, maka tangguh dahulu PBS ini dan kaji semula pelaksanaannya," katanya ketika ditemui.

Tambahan pula soalnya, bagaimana dengan nasib 800,000 pelajar dari Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak diberi kod untuk melaksanakan PBS ini?

"Apakah mereka dianggap telah terkeluar dari kerangka sistem
pendidikan negara? Bagaimana dengan nasib mereka pada masa hadapan?Seolah- olah kerajaan meminggirkan peranan mereka yang juga merupakan warganegara Malaysia," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan agar guru-guru diberi kursus peningkatan secara profesional dan kursus pemantapan secara terancang supaya pelaksanaan PBS dapat berjalan dengan lancar.
Sejak 2012 lalu , katanya NGO Pendidik konsisten membantah pelaksanaan PBS termasuk menghantar memorandum ke Parlimen Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kerana ia jelas membebankan guru dan menzalimi warga pendidik.

Beliau berkata demikian mengulas kepada kenyataan pegawai pendidikan berkenaan yang tidak mahu guru-guru menyertai bantahan PBS pada 22 Febuari ini.

Sejak PBS diperkenalkan jelas Normala, guru dilayan seperti robot dan masa rehat mereka dirampas bahkan terpaksa bangun malam,selain KPM gagal menyediakan maklumat yang jelas untuk warga pendidik mengurus aplikasi PBS ini.

"Masa depan pendidikan anak bangsa menjadi 'caca marba' akibat dasar pendidikan yang tidak konsisten dan bercelaru.

"Jangan lupa bagaimana kesan Dasar PPSMI dan kerugian 6 billion namun akhirnya para pelajar menjadi mangsa akibat dasar yang tidak dikaji sebelum dilaksana," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau menyeru agar rakyat yg prihatin terhadap masa depan pendidikan anak bangsa termasuk warga pendidik, tokoh akademik dan ibu bapa serta rakyat Malaysia digesa hadir dalam himpunan tersebut yang akan diadakan di Masjid Bandar Baru Bangi  untuk menzahirkan suara hati rakyat.

Sunday, March 8, 2009


Sekitar gambar Demo PPSMI






Sekitar gambar Demonstrasi di Kuala Lumpur semalam,harakah melaporkan seramai 150 ribu rakyat yang datang dari seluruh pelusuk tanah air untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap polisi kerajaan itu. Namun begitu, Berita Harian melaporkan seramai 5000 orang sahaja yang menyertai Demo pada petang semalam.Walau bagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam Demo pada petang semalam kerana ia adalah satu sign kepada pihak tertentu tentang kuasa Rakyat adalah hak rakyat.


Namun apa ynag dikesalkan ialah tindakan Biadap Polis dan FRU yang tiada erti rasa belas ehsan kepada rakyat dan juga telah menyalah gunakan kuasa yang ada pada mereka untuk meleraikan demo semalam..

Tindakan mereka menggunakan Gas pemedih mata dan Air semalam seakan-akan mahu menunjukkan rakyat yang bersalah dan patut dipersalahkan.

Kehadiran orang ramai yang menyertai demo semalam adalah terdiri daripada makcik2, pakcik2 yang datang dari jauh semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada GMP untuk memastikan bahasa Ibunda terus tersubur. selain sokongan yang tidak berbelah bahagi ynag telah diberikan oleh NGO-NGO, Persatuan Guru-guru dan sebagainya.

Bagi saya, tindakan FRU semalam adalah tindakan yang tidak bermoral, kerana sanggup menggadaikan maruah bangsa kerana semata-mata menjaga kepentingan pihak tertentu dan telah melanggar etika kepolisan untuk menjaga kesejahteraan rakyat.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena