Saturday 22 February 2014

Deklarasi Himpunan 222 desak mansuh PBS serta merta... Secara halusnya mengenepikan institusi SAR

Sabtu, 22 Februari 2014
Gambar: Ada mana-mana cikgu yang bersetuju dengan sistem ini ? Sila buat kenyataan rasmi anda di page ini .. Kami mahu menilainya secara adil .. 

Admin 'TM
Ada mana-mana cikgu yang bersetuju dengan sistem ini ? Sila buat kenyataan rasmi anda di page ini .. Kami mahu menilainya secara adil .. 
Admin 'TM
BANGI: Himpunan 222 Mansuh Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS) yang diwakili lebih 20 NGO dan individu hari ini menyatakan pendirian di dalam satu deklarasi bersama.

Deklarasi Himpunan 222 Mansuh PBS menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan penggunaan Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah PBS dalam sistem Pendidikan Malaysia dengan serta merta.

Antara NGO dan individu yang menyatakan sokongan terhadap Himpunan 222 iaitu Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Pendidik, Teras, Dong Zong, Tamil Foundation, Abim, Jingga 13 dan tokoh akademik Prof Madya Dr Agus Yusof.

Justifikasi pendirian Himpunan 222 berdasarkan kepada, KPM gagal menyediakan kemudahan yang lengkap dari sudut infrastruktur, sistem atas talian dan nisbah guru pelaksana di sekolah-sekolah sebagaimana pejanjian Kerajaan Malaysia bersama UNESCO.

Sistem PBS gagal kerana tiada keseimbangan dalam pengajaran dan pembelajaran yang masih berteraskan kefahaman peperiksaan sedangkan PBS dilaksanakan berteraskan kefahaman, analisis, intuitif dan inovasi.

KPM gagal menunjukkan bukti dan hasil kajian rintis terhadap sistem PBS di mana-mana sekolah menyebabkan sistem ini telah manjadi carca-marba setelah dilaksanakan selama tiga tahun.

Sitem PBS gagal kerana menyebabkan tugas utama mengajar guru semakin menjadi kurang pengajaran dan pembelajaran kerana beban merekod maklumat pelajar terlalu banyak seperti SPS, APDM dan Prestasi PBS pelajar.

Sistem PBS gagal kerana mewujudkan murid yang pasif, malas berfikir, tidak berdaya saing dan hilang sifat kreativiti.

KPM dan sistem PBS telah menggagalkan Demokrasi Pendidikan Negara kerana sistem ini secara halusnya telah mengenepikan institusi Sekolah Agama Rakyat yang berjumlah hampir 300,000 pelajar dan sekolah pelbagai aliran (SJKC, SJKT) kerana n gagal ditaklimatkan dan gagal dalam mengupayakan sistem infrastruktur ICT.
HarakahDaily

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena