Monday 24 February 2014

Kerajaan Semakin Zalim.. Guru Akan Bersatu Membenci Kerajaan - Datuk Zaid Ibrahim

Isnin, 24 Februari 2014
KP wajar mengkajinya semula bukan menabur janji mahu mengkaji, sebaliknya kajian itu tidak dibuat...

Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari 

Guru Akan Bersatu Membenci Kerajaan?
Tindakan Kementerian Pendidikan menukar Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari ke sekolah luar daerah berkuatkuasa serta merta adalah suatu keputusan yang tidak bijak.
Datuk Zaid Ibrahim

Perbuatan seperti itu tidak akan sekali-kali menakutkan guru yang bersuara menentang dasar tidak betul kementerian, sebaliknya memberikan lagi semangat kepada semua guru untuk bersatu dan membenci kerajaan.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau terkejut dengan perkembangan terbaru dihadapi pengerusi penaja SGMM yang bangkit membantah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Katanya, beberapa kelompok guru datang mengadu dan meminta membantu mereka untuk menyampaikan suara tidak puas hati guru kepada Kementerian Pendidikan dan beliau sedang mengumpul beberapa maklumat sebelum ke Putrajaya.

“Bagaimanapun, hari ini saya dapat tahu Mohd Nor Izzat sudah dipindah ke sekolah lain berkuatkuasa serta merta. Khabarnya jauh dari daerah kediamannya. Kenapa kementerian sanggup menganiayai guru sedemikian rupa.

“Mereka bukan menentang kerajaan dan tidak ada bukti mereka membenci kerajaan. Apa yang saya tahu dan dimaklumkan ialah mereka hanya membantah sistem PBS. Mereka mahu kementerian memansuhkan PBS serta merta.

“Tetapi kalau membantah dan menyuarakan rasa tidak puas hati pun sudah dikenakan tindakan terhadap guru berkenaan. Apa yang saya mahu katakan…kerajaan sangat zalim,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

Semalam, Mohd Nor Izzat memberitahu, beliau menerima surat pertukaran ssekolah daripada kementerian itu yang berkuatkuasa serta merta.

Bagaimanapun, katanya, tindakan itu sedikit pun tidak menakutkannya kerana ratusan guru di seluruh negara berada bersamanya membantah sistem PBS demi masa depan pelajar dan guru.

Menurut Zaid, beliau melihat perbuatan kementerian ini sebagai terburu-buru dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Katanya, beliau khuatir tindakan yang dikenakan ke atas Mohd Nor Izzat itu akan menimbulkan kebencian guru kepada kerajaan sebagaimana berlaku pada 1999 yang menyaksikan ribuan kakitangan awam termasuk guru bersikap anti kerajaan.

“Pada saya Himpunan 222 yang dianjurkan SGMM petang tadi langsung tidak berbaur politik, tetapi pihak Kementerian Pendidikan iaitu Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang cuba mempolitikkan isu ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai PBS yang dikatakan sedang dalam peringkat kajian, menurut Zaid, berdasarkan maklum balas daripada pihak berkenaan, orang atasan di kementerian menjadikan isu ‘server’ (pelayar) yang lambat sebagai satu-satunya kelemahan sistem PBS.

Oleh itu, kata beliau, pihak berkenaan kononnya cuba memperbaiki ‘server’ berkenaan, tetapi sungguhpun begitu, jika ‘server’ laju sekalipun, itu belum cukup untuk melaksanakan sistem PBS kerana sistem pentaksiran itu sendiri yang bermasalah.

“Saya juga dimaklumkan oleh guru berkenaan, yang mereka terpaksa membina soalan PBS dan menanda skrip soalan dalam kapasiti yang banyak sehingga kadang-kadang melebihi 100 skrip soalan satu hari untuk satu-satu subjek.

“Ini sudah melampau dan Kementerian Pendidikan wajar mengkajinya semula, bukan menabur janji mahu mengkaji, sebaliknya kajian itu tidak dibuat,” katanya.



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena