Friday 28 February 2014

[Video] Krisis Afrika: Pemuda PAS gesa Malaysia bertindak... "Ah ! lantaklah bukan hal aku"

Jumaat, 28 Februari 2014


Published on Feb 16, 2014
Berlaku di africa tengah
KUALA LUMPUR: Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LAPPM) memandang serius pergolakan konflik yang berlaku di negara Republik Afrika Tengah.

LAPPM difahamkan, lebih 15,000 orang kebanyakannya penduduk Islam di republik tersebut yang berlindung di kem penempatan sementara, terkepung dan berdepan dengan ugutan bunuh oleh kumpulan-kumpulan bersenjata militia.

Antara lokasi yang teruk terjejas dengan keganasan ini adalah di Bangui dan Bandar Boda, Boar serta Bossangoa.

“LAPPM melahirkan kebimbangan terhadap nasib umat Islam di sana yang mungkin sama dengan umat Islam di Rohingya, Myanmar atau di Syria yang dibunuh setiap hari,” ujar Pengerusi LAPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.

Katanya, umat Islam yang menjadi golongan minoriti terus menjadi mangsa dibuli, dibunuh dan diperlakukan di luar nilai kemanusiaan oleh golongan ekstremis.

Pastinya, ujar beliau umat Islam dunia tidak rela mendengar pembantaian dan pembunuhan umat Islam berlaku di mana-mana negara termasuk di Afrika Tengah.

Justeru, ujarnya LAPPM mendesak kerajaan Malaysia menyatakan bantahan dan kecaman secara terbuka terhadap tindakan kejam pihak militia dan meminta supaya semua pihak meletak senjata dengan melakukan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian.

Tambahnya, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan orang awam khususnya umat Islam di Afrika Tengah terus terbela.

“Krisis kemanusiaan yang berakhir dengan tragedi berdarah bukanlah jalan penyesaian sebaliknya rundingan bagi memastikan keamanan dan keselamatan rakyat perlu menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya keadaan semakin tegang, LAPPM mendesak supaya kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Afrika Tengah dan memanggil pulang duta Malaysia di sana.
Published on Feb 16, 2014
Sayu hati ini ya allah

"Ah ! lantaklah bukan hal aku"

Palestin, siang malam dihujani peluru dan bom, kebuluran kerana kekurangan makanan,
kita : "Ah ! lantaklah bukan hal aku, lebih baik urus keluarga sendiri dulu"

Iraq, diceroboh oleh Amerika, angka korban setelah penaklukan mencecah jutaan orang, 
Kita : "Ah ! lantaklah bukan hal aku, keluarga aku rumah aku, kereta aku, harta aku lagi penting, buat apa nak kecoh-kecoh ? biarlah diorang urus sendiri"

Afghanistan, dijajah lagi, kempen perang US menyebabkan ramai korban awam,
Kita : "Ah ! lantaklah, buat ape nak bising-bising, kita urus kat negara kita dululah, urus keluarga kita, masyarakat kita, pandailah diorang jaga diri"

Syiria, umat Islam disembelih hidup-hidup, tidak kira wanita atau kanak-kanak, angka korban tak terkira,
Kita : "Ah ! lantaklah, aku tak nak masuk campur konflik negara orang, lebih baik aku fikir macam mana nak tambah pendapatan"

Rohingya, Umat Islam dibunuh kejam dibeberapa wilayah, sehinggakan ada yang dibunuh didalam masjid,
Kita : " Ah ! lantaklah, apa ada hal, aku banyak lagi benda lain nak fikir, kena cari duit untuk itu dan ini"

MALAYSIA, pemimpin RASUAH, zalim dengan rakyat melalui sistem dan kaedah pemerintahan, suara disekat, setiap tahun rakyat di "eksperimen" dengan pelbagai modul pembanggunan dan pendidikan yang gagal, rakyat ditipu diperdaya kononya negara sedang maju membangun, ekonomi sedang pesat membuncit, walhal defisit pecah bumbung setiap tahun, masalah jenayah berleluasa, institusi undang-undang tidak lagi menjadi pelindung kepada kejujuran dan amanah tetapi menjadi perisai bagi mereka yang berkuasa dengan wang ringit, gejala sosial makin hari makin rumit dan semua itu berlaku kerana TOLAK HUKUM ALLAH.

Ketahuilah, anda tidak perlu jadi 'superman' untuk bantu umat Islam, tetapi anda hanya perlu ikhlas, melalui sumbangan, tidak tenaga maka dengan duit, tidak duit maka tadahlah tangan dan berdoalah, jika sampai peluang kepada anda membolehkan anda untuk UBAH, maka bantulah untuk perubahan tersebut.

“Barangsiapa (dari umatku) yang ketika bangun pagi tidak memikirkan nasib umat, maka dia bukan umatku (umat Nabi Muhammad Saw)”-[HR.Ahmad]

Fikir-fikir .....



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena