Thursday 20 February 2014

Mereka ditipu dengan cerita dongeng ‘guling kerajaan’...Sanggup Derita Kerana Raja...Pelik!

Khamis, 20 Februari 2014
lawak politik melayu umno kroni
Posted 2013/04/06 by Ana Ghoib in Politik
kroni umno politik
Minggu ini dua berita gembira pertama hutang PTPTN dan kenaikan Tarif Letrik. Menjadi lawak di Facebook Malaysia…di sini admin kongsikan kisah Mat Cai dari FB King Jason. Tenkini hirup melayu….
Posted 2013/08/21 by Ana Ghoib in Internet

Sanggup Derita Kerana Raja... Macam Kisah Singapura Dilanggar Todak

Singapura Dilanggar Todak cuma sebuah kisah lagenda turun temurun. Entah betul entah tidak, tiada siapa boleh buktikan. Ia setaraf dengan hikayat Hang Tuah. Jika ada orang yang tidak percaya kisah Singapura Dilanggar Todak, ia adalah kerana meyakini tidak mungkin ada raja atau kerajaan yang bodoh lagi zalim seperti itu. Dan tidak mungkin juga ada rakyat yang sedungu itu dalam dunia ini yang sentiasa menyokong pemerintah mereka sehingga bergadai nyawa, sedang raja sedikit pun tidak terluka.

Hari ini dalam situasi negara bernama Malaysia, warisan dari Tanah Melayu atau Semenanjung Emas, jika kisah lagenda Singapura Dilanggar Todak dikaji semula dalam makmal sejarah dan politik; maka kisah tersebut mempunyai kekuatan untuk dipercayai.

Kewujudan aspek pemerintah yang mementingkan kuasa, takut kehilangan kuasa, memperbodohkan rakyat, mendera rakyat di saat kritikal, setia menerima sokongan dari segolongan rakyat sekalipun diperbodohkan dan dizalimi, mengajak rakyat memusuhi pihak yang cerdik serta membela mereka; betul-betul menepati watak kerajaan yang sedang memerintah negara kini.

Hari ini kalangan yang cerdik hairan mengapa kerajaan yang zalim terus diangkat dan disokong. Penderitaan rakyat hari ini adalah angkara ketirisan, keborosan dan salahlaku kerajaan yang berlangsung sekian lama. Sama ada yang tercatat mahupun yang tidak, sudah berbillion wang rakyat hangus angkara para ‘penyamun tarbus’ yang memerintah negara antaranya skandal PKFZ RM12 Bilion, skandal baikpulih kapal selam RM500 juta, skandal NFC RM250 juta, skandal Sime Darby RM964 juta, skandal Paya Indah Westland RM88 juta, skandal duit hilang Pos Malaysia RM230 juta, pembaziran pembelian Eurocopter RM1 bilion, stadium Terengganu runtuh RM292 juta, kos baikpulih MRR2 RM70 juta, skandal Maybank untuk BII RM4 bilion, lukisan MAS beli untuk pejabat Munir RM 1.5 juta, lebihan bayar Kementerian Belia dan Sukan RM8.4 juta,Kompleks Sukan London -RM70 juta, baikpulih MATRADE RM120 juta, pampasan jambatan bengkok RM257 juta.

Dan lagi kerugian menjual Augusta RM510 juta, harga kapal selam RM4.1 bilion, limbungan kapal TLDM RM6.75 bilion, tukaran asing Bank Negara 1990an RM30 Bilion, royalti minyak Terengganu dikebas 2004-2007 RM7.4 Bilion, skandal Perwaja Steel RM2.56 bilion, skandal Bank Islam RM700 juta, Philharmonic Orchestra diwujudkan RM500 juta, skandal perkakas ICT sekolah RM2.21 bilion, komisyen pembelian jet dan kapal selam untuk Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd RM910 juta, pembaziran pembinaan Imigresen & Kuarantin (CIQ) & Pembatalan jambatan Malaysia-Singapore RM1.3 bilion, embelian dakwat kekal untuk PRU RM2.4 juta, pampasan tak perlu 20 syarikat lebuhraya 2006-08 RM38.5 bilion, suntikan untuk selamatkan LRT-Putra RM4.5 bilion, suntikan untuk selamatkan LRT-Star RM3.3 bilion, subsidi Petronas sejak 1997 pada IPP RM30 bilion, subsidi kerajaan kepada IPP RM17 bilion. Itu cuma angka-angka popular yang ‘disensasikan’ oleh pihak pembangkang. Berkajang-kajang lagi senarai yang tidak disensasikan.

Di saat rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang yang membebankan angkara salahtadbir kerajaan BN, segolongan rakyat boleh ditipu dengan mudah oleh pemimpin kerajaan. Mereka ditipu dengan cerita dongeng ‘guling kerajaan’. Berbondong-bondong menuju balai polis untuk memberi reaksi terhadap dongengan tersebut sehingga melupakan bebanan yang sedang menimpa rakyat termasuk diri mereka juga. Sampai diri sendiri terseksa, terus juga nak sokong pemimpin kerajaan. Hidup melarat pun masih tidak sedar diri, terus menyokong pihak yang buatkan mereka susah. Pelik.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena