Thursday 20 February 2014

Budak 4 tahun tidak sesat... (Marwan berjalan seorang diri di padang pasir Syria)

Khamis, 20 Februari 2014
Budak 4 tahun  tidak sesatMarwan (gambar kecil) dipercayai terpisah seketika daripada keluarganya ketika dalam perjalanan ke kem pelarian.Syria, little boy, 4 year
Damsyik: Ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Jordan, Andrew Harper menyifatkan kejadian merentasi sempadan berlaku hampir setiap hari membabitkan penduduk Syria yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka kerana konflik sehingga ada kanak-kanak kecil kadang kala terpisah sementara daripada keluarga mereka.

Kelmarin beliau merakamkan gambar seorang kanak-kanak lelaki, Marwan, 4, yang berjalan seorang diri di tengah padang pasir antara sempadan Syria dan Jordan ketika ditemui sekumpulan kakitangan UNHCR. 
Gambar terbabit dikirimkan ke Twitter dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial itu sehingga ia disebarkan secara meluas di internet.


Tetapi gambar sisipan lain yang dikirimkan Harper di Twitter menunjukkan bahawa Marwan sebenarnya tidak jauh daripada keluarganya dan juga berada di belakang sekumpulan pelarian lain ketika kanak-kanak yang kelihatan berjalan berseorangan itu didekati sekumpulan petugas bantuan agensi pelarian itu.

“Dia terpisah seketika tetapi tidak bersendirian,” kata Harper mengenai gambar yang mencetuskan ‘kekecohan dan kekeliruan’ mengenai pelarian yang melintasi sempadan antara Syria dan Jordan itu.

“Marwan didekati dan disatukan semula dengan ibunya kira-kira 10 minit selepas gambar terbabit diambil,” kata Harper yang mendedahkan bahawa setiap hari berlaku kejadian kanak-kanak yang sesat atau terpisah dari keluarga mereka ketika dalam perjalanan ke kem pelarian.
BH,

Budak 4 Tahun Di Jumpai bersendirian merentasi padang pasir

Kelihatan budak berjalan seorang diri di padang pasir.
Seorang budak lelaki berusia empat tahun ditemui berjalan sendirian di tengah padang pasir di Syria selepas terpisah daripada keluarganya ketika melarikan diri daripada perang saudara di negara mereka.

Pekerja bantuan terserempak dengan Marwan berhampiran sempadan di Syria dan Jordan. Dia mengenakan baju Nike merah, jaket serta berseluar panjang, dan membawa sebuah beg plastik merah yang diisi dengan barang-barangnya.
Gambar menyayat hati yang dirakamkan pada Ahad lalu oleh wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Andrew Harper merakamkan saat pekerja PBB bertemu budak lelaki terbabit yang bersendirian.
Tidak dapat dipastikan bagaimana dia terpisah daripada keluarganya ketika mereka melarikan diri dari perang yang melanda Syria dan menyebabkan berjuta penduduk lain hilang tempat tinggal.

“Sekadar memaklumkan kepada anda Marwan selamat bertemu semula (dengan) ibunya sebaik saja selepas dibawa merentasi sempadan Jordan,” kata wakil pesuruhjaya tinggi bagi pelarian PBB di Jordan, Harper, yang menulis di Twitter.
Petugas membantu budak empat tahun ke tempat pemindahan.
Nota terbabit adalah berikutan rakaman gambar yang menunjukkan seorang pekerja bantuan membawa seorang budak lelaki, manakala pekerja lain datang memberi bantuan kepada budak lelaki itu.

Marwan adalah antara wajah kesengsaraan di Syria yang membabitkan lebih satu juta kanak-kanak dengan 425,000 daripadanya berusia di bawah lima tahun hilang tempat tinggal.

“Perjalanan merentasi padang pasir boleh mengambil masa sehari atau beberapa minggu,” kata jurucakap UNHCR, Andrej Mahecic.

“Ia amat berbahaya kerana masih ada peperangan berterusan dan di tengah musim sejuk jadi ia mungkin terlalu sejuk pada waktu malam.

“Perjalanan berkenaan amat panjang dan meletihkan, jadi mustahil bagi seorang kanak-kanak berusia empat tahun merentasi padang pasir bersendirian. Kami rasa Marwan mungkin sesat ketika tengah malam. Sehingga kini kami belum mengetahui apa-apa.” - AGENSI                                   

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena