Sunday 16 February 2014

BN Mungkin Tarik Diri PRK Kajang? Ibrahim Ali bakal PM bukan Anwar...

Isnin, 17 Februari 2014
BN Makin Menggelabah.. Mungkin Tarik Diri PRK Kajang?
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan menggesa parti itu segera membuat keputusan sama ada mahu meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang atau tidak.

Ahmad melalui laporan Utusan Malaysia hari ini menegaskan, tindakan BN melengah-lengahkan perkara itu menyukarkan jentera parti pemerintah berkenaan selain tertanya-tanya sama ada BN akan meletakkan calon menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kerusi berkenaan.

"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.

"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata tindakan beberapa pihak yang mahukan BN tidak bertanding di kerusi berkanaan adalah langkah pengecut dan boleh memberi gambaran parti itu telah kalah sebelum berjuang.

"BN hanya memerlukan 3,500 undi baharu untuk memenangi kerusi ini malah kita pernah menang di sini. 

Jadi, kita tiada pilihan lain kecuali turut serta dalam pilihan raya kecil."Jangan kalah sebelum berjuang, saya sendiri sudah tujuh kali datang ke kawasan ini dan melihat sambutan yang menggalakkan selain jentera parti sendiri yang penuh semangat," katanya.

Anwar dilihat semakin kerap berkempen di Kajang meskipun tempoh berkempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum bermula.SPR telah menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pilihan raya.

Selain Anwar, turut mengumumkan akan bertanding di Kajang adalah bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.BN bagaimanapun masih lagi belum meletakkan calon mereka. ~tko/
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sebenarnya lebih layak untuk menjadi perdana menteri berbanding dengan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ucapan presiden Perkasa itu ia disambut oleh gelak ketawa kira-kira 100 ahli Perkasa yang hadir dalam program tersebut

"Jadi bermula esok, saya adalah bakal perdana menteri bukan Anwar.  Saya hanya mahu berlawan dengan Anwar, yang lain saya tidak tidak kisah.
Bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Datuk Mohd Zaid Ibrahim mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil itu di Kajang hari ini.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengumumkan pencalonannya sehari selepas kerusi itu dikosongkan oleh Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan pada 23 Mac, dengan penamaan calon 11 Mac. - BERNAMA

Terima Kasih Kajang!

Terima Kasih banyak-banyak Kajang! Kalau tak disebabkan olih pilihanraya kecil Kajang nanti, sudah tentu kadar tol untuk 15 lebuhraya-lebuhraya yang telah dicadangkan kenaikan nya itu akan tetap dinaikan, tapi sebab 'PRK Kajang' pihak kerajaan BN/umno sanggup tekan 'brake' sekejab dan sanggup keluarkan 400 juta untuk bayar ganti rugi dan pampasan kepada operator-operator lebuhraya-lebuhraya yang berkenaan.

Ini lah politik karung guni Malaysia. Kalau sebelum ini dikatakan yang ekonomi negara kita akan teruk dan terkesan jika kadar tol tidak dinaikan, tetapi selepas adun Kajang hantar surat berhenti kerja semuanya sudah bertukar. Bila dengar pula Anwar Ibrahim yang akan jadi calun, lagi banyak cerita mereka sudah tukar.

Pilihanraya Kajang ini amat penting bagi umno, jadi mereka akan lakukan apa saja untuk mematikan langkah-langkah Anwar Ibrahim sebab helah-helah politik Anwar Ibrahim tiada tandingan. Dan bila Anwar dah duduk dalam pejabat MB Selangor nanti, dia akan menjadi ancaman yang teramat besar buat umno.

dollah yankee -
Tun Mahathir boleh kena sakit jantung kalau Anwar berjaya angkat sumpah jadi MB Selangor!        POSTED BY DOLLAHYANKEE 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena