Wednesday 19 February 2014

Catakserukin. Cakap tak serupa bikin...Kalau boleh kasi "frame" untuk tatapan anak-anak.

Rabu, 19 Februari 2014
Photo: Setiap rakyat Sabah dan Sarawak Perlu simpan Gambar ini, Kalau boleh kasi "frame" untuk  tatapan anak-anak.

p/s: Kita ingat siapa mulakan dulu, Kita ingat Siapa cuba memecah belahkan perpaduan ,berbilang kaum dan agama di Sabah/Sarawak.

Please Share if you care.

.Catakserukin. Cakap tak serupa bikin
Setiap rakyat Sabah dan Sarawak Perlu simpan Gambar ini, Kalau boleh kasi "frame" untuk tatapan anak-anak.

p/s: Kita ingat siapa mulakan dulu, Kita ingat Siapa cuba memecah belahkan perpaduan ,berbilang kaum dan agama di Sabah/Sarawak.


Please Share if you care. — with Pbs Tenom and 7 others.

Kata-kata ‘pengusiran’ dan ‘rasis’ Umno-BN punca sentimen keluar Malaysia, kata Bumburing

OLEH MD IZWAN February 18, 2014
Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai punca wujud sentimen penduduk Sabah dan Sarawak meninggalkan Malaysia.

Bekas timbalan ketua menteri Sabah itu mendakwa parti pemerintah tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia Timur dengan kenyataan-kenyataan berbentuk ugutan.
"Pemimpin Umno-BN perlu disalahkan atas kekecewaan rakyat Sabah dan Sarawak kerana sikap mereka yang sering mengusir rakyat keluar dari Malaysia jika tidak berpuas hati dengan kerajaan," kata Bumburing dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mengecam kenyataan pemimpin Umno yang mengatakan Malaysia eksklusif untuk orang Melayu sahaja seolah-olah rakyat di Sabah dan Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia.
"Terdapat juga kenyataan mengatakan Malaysia hanya untuk orang Melayu.
"Jadi tidak bolehlah menyalahkan pihak yang mempunyai sentimen untuk keluar dari Malaysia kerana mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Baru-baru ini, seorang ahli akademik mendedahkan wujud peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia.
Profesor Universiti Monash Malaysia, Profesor Dr James Chin berkata ia kerana berasa negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.
Wilfred bagaimanapun berkata cadangan meninggalkan Malaysia bukan suatu langkah baik waktu ini memandangkan Sabah masih berdepan dengan masalah pendatang asing tanpa izin.
"Idea berpisah dengan Malaysia bukan pilihan terbaik dan tidak praktikal ketika ini.

"Tuntutan kerajaan Sulu ke atas Sabah masih lagi timbul dan terdapat juga banyak pendatang tanpa izin di Sabah yang menjadi 'ancaman dalaman' dalam negeri," kata pengasas parti Angkatan Perubahan Sabah tersebut menjelaskan risiko yang bakal dihadapi Sabah jika berpisah dari Malaysia.
Bumburing juga mendesak kerajaan pusat supaya mengagihkan hasil bumi yang disumbangkan oleh negeri Timur secara lebih adil, memandangkan pembangunan di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan jauh.

"Rakyat Sabah dan Sarawak sudah sedar mereka masih ketinggalan daripada penduduk semenanjung dan tidak menerima pulangan yang adil daripada untung alam semula jadi khususnya minyak," katanya lagi.
Di samping itu, Bumburing turut menggesa kerajaan pusat supaya membanteras dan mengambil tindakan tegas ke atas kumpulan esktrem perkauman terutamanya di Semenanjung Malaysia.
"Malaysia sering digambarkan sebagai negara sederhana, tetapi sekarang wujud kumpulan ekstrem agama dan perkauman yang banyak memalukan negara," katanya lagi.

"Kerajaan perlu tangani isu penting, isu yang menyebabkan tekanan kaum dan agama ini mesti ditangani segera."
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia, namun Singapura tersingkir pada 1965.
Ketika ini hampir 25% kerusi Parlimen terletak di Malaysia Timur.
Sabah dan Sarawak dianggap sebagai "deposit tetap" parti pemerintah BN. – 18 Februari, 2014. The Malaysian Insider/
Photo: Nak gelak ke, tak nak gelak? 
Nak gelak ke, tak nak gelak?
Nak gelak ke, tak nak gelak?
Nak gelak ke, tak nak gelak? 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena