Showing posts with label Muhyiddin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin. Show all posts

Thursday, 16 June 2016

Muhyiddin turun Sungai Besar sokong calon AMANAH..."Jangan terguris 'harumanis' Pas sokong Amanah di dua PRK"

Jumaat, 17 Jun 2016
Muhyiddin turun Sungai Besar sokong calon AMANAH
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turun ke Sungai Besar bagi berkempen menyokong calon AMANAH Ustaz Azhar Datuk Abdul Shukor.
Beliau bersama Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) bertemu pengundi di Pasar Awam dan Pasar Tani Pasir Panjang kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Lawatan beliau itu sekaligus melengkapkan sokongan pemimpin utama kumpulan Gerakan Selamatkan Malaysia yang mahu Najib meletak jawatan.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah turun menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon AMANAH, Ustaz Azhar Datuk Abd Shukor.

Jangan terguris 'harumanis' Pas sokong Amanah di dua PRK

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh sebenar parti-parti bertanding.
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh sebenar parti-parti bertanding.
Pucuk pimpinan tertinggi Pas diharap dapat menerima kecenderungan ahli-ahli parti itu yang menyokong Amanah  dengan penuh lapang dada, ujar Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin.
Shazni Munir Mohd IthninShazni Munir Mohd IthninBeliau yang juga Penyelaras Jentera Induk Pemuda Amanah di Sungai Besar berkata, segala ugutan, tohmahan, kata-kata nista dan kejian kepada kelompok berkenaan harus dihindarkan dalam konteks politik matang dan sejahtera.
"Ini memandangkan mereka juga mempunyai anak-anak, ayah, ibu dan keluarga yang perlu dipelihara hati dan perasaan sebagai manusia biasa," jelasnya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau mengulas kehadiran secara terbuka pimpinan kawasan dan cawangan Pas Kawasan Sungai Besar dalam pelbagai program penerangan anjuran Amanah selepas calon Pas, Dr Rani Osman menghadiri majlis iftar Amanah, Selasa lalu.
Menurut Shazni, kehadiran mereka dilihat sebagai sokongan tidak langsung kelompok yang digelar 'harumanis' ini kepada parti diterajui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu itu.
"Politik seharusnya ditanggap sebagai salah satu daripada proses menentukan halatuju negara. Sebarang persengketaan berasaskan emosi, sentimen kepartian melampau dan ketaksuban membuta-tuli sewajarnya tidak berlaku dan wajib ditegah jika perlakuan-perlakuan jelek ini sedang bermaharajalela.
"Anggota setiap parti perlu ditertibkan dengan akal budi yang sihat dan tidak terjebak dengan pertelingkahan yang tidak membangun agama dan negara," ujarnya.
Sehubungan itu, Shazni mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh menggerakkan sokongan kepada calon Amanah dan Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil kali ini.
"Marilah sama-sama kita berdoa agar kemenangan bakal memihak kepada calon Amanah/ Pakatan Harapan. Pesanan buat seluruh jentera, usah berhenti hingga garis akhir perlumbaan. Terus bergerak dan maju," tegasnya lagi.
Read More

Friday, 28 August 2015

[Video] Eksklusif! Muhyiddin Setuju Kepalai Bersih 4.0

Jumaat, 28 Ogos 2015

Eksklusif!! Muhyiddin Setuju Kepalai Bersih 4.0

Written By canang on Jumaat, 28 Ogos 2015 



Jawatankuasa Bersih 4.0 hari ini dengan sukacitanya akan mengumumkan persetujuan dan kesediaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turut serta, malah mengepalai himpunan Bersih 4.0 yang akan dilangsungkan bermula hari ini hingga 31 Ogos nanti.

Menurut satu kenyataan yang akan dikeluarkan jam 10 pagi nanti, persetujuan Muhyiddin ini disampaikan sendiri oleh salah seorang dari dua Setiausaha Politiknya.

Justeru, penyertaan Muhyiddin diharap dapat menarik semua penyokongnya seperti Datuk Seri Shafie Afdal, Umi Hafilda dan lain-lain untuk turut serta meramaikan gerakan Bersih 4.0 setelah PAS melarang penyokongnya dari turut serta dalam himpunan tersebut.

Turut ikut bersetuju untuk menyertai Bersih 4.0 ialah pertubuhan rasis (dulu) Perkasa yang Presidennya semala, Datuk Ibrahim Ali, memberikan indikasi bahawa mereka juga akan menyertai Bersih 4.0 sebagai tanda protes terhadap kerajaan.

Penyertaan Muhyiddin ini dilihat significant dengan perjuangan Bersih 4.0 kerana Muhyiddin adalah juga Pengarah pilihanraya bagi UMNO dan BN di peringkat nasional.  Gabungan Muhyiddin dan Pengarah-pengarah pilihanraya dari PKR, DAP dan GHB membolehkan perkongsian idea bagaimana nak menumbangkan BN dengan lebih mudah.

Belum dapat dipastikan jawatan Muhyiddin dalam kerajaan perpaduan yang akan dibentuk selepas himpunan Bersih 4.0 sekiranya kerajaan BN sedia ada dapat ditumbangkan.  Tapi berdasarkan senioriti dan pengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, aku yakin paling tidak beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa.

Read More

Wednesday, 29 July 2015

“Pusat akan tumbang, support TSMY” Ayuh Bangsa Johor, bersatu kuburkan UMNO!

Rabu, 29 Julai 2015

Ayuh Bangsa Johor, bersatu kuburkan UMNO!! - seru anak Johor


Kebanyakan penduduk Johor terutama generasi muda, meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial selepas berita pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri diumumkan, tengah hari semalam.

Ramai yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Muhyiddin, 68, anak kelahiran Johor dan veteran politik UMNO yang menunjukkan prestasi yang membanggakan semua penduduk negeri itu.

Antara laman Facebook penyokong kuat Johor adalah laman bukan politik ‘Persatuan Bangsa Johor’ yang mempunyai lebih 155,000 pengikut.

Facebook berkenaan aktif dengan enam posting dalam Bahasa Melayu mengenai Muhyiddin digugurkan dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.

Postin pertama dimuat naik pada jam 2 petang selepas rombakan Kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ramai penduduk Johor yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan perdana menteri yang menggugurkan nama Muhyiddin, Ahli Parlimen Pagoh.

Ada yang memberi komen, UMNO bermain kotor dan meminta ahli UMNO Johor supaya bersatu dan meninggalkan parti sebagai menyokong Muhyiddin.

Antara komen Facebook yang lain adalah dari Zam Seekers yang meminta penduduk Johor bersatu menentang UMNO: “Ayuh Bangsa Johor, bersatu kuburkan UMNO.”

Seorang lagi netizen, Nazir Nordin Ibrahim mengesyorkan bagi meyokong Muhyiddin, UMNO Johor perlu keluar parti dan bergerak secara berkecuali.

“Pusat akan tumbang, support TSMY,” katanya.

Ada juga yang berkata, apa yang berlaku pada Muhyiddin sama dengan yang berlaku kepada timbalan perdana menteri sebelum ini, antaranya Tun Musa Hitam.

Walau bagaimanapun isu pemisahan Johor dari Malaysia, masih lagi tema popular yang dibincangkan.

Hairul Nizam dalam komennya meminta penduduk Johor menolak politik parti dan sudah tiba masanya Johor keluar dari Malaysia.

Ada juga yang menggesa penduduk Johor menolak mana-mana parti politik dan kembali kepada kerajaan beraja secara total.

Walaupun tidak disebut yang Muhyiddin masih lagi memegang jawatan dalam parti UMNO sebagai timbalan president, jawatan itu bukan dilantik dan bergantung kepada keputusan Majlis Tertinggi.

Muhyiddin berasal dari daerah Muar dan merupakan anak guru agama terkenal di Johor.

Beliau menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu di Universiti Malaya sebelum kembali ke Johor untuk berkhidmat sebagai anggota Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan kemudian menjawat beberapa jawatan sebagai pengurus kanan di sektor swasta.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Johor kemudian bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada 1978 yang disandang selama dua penggal sehingga 1986.

Beliau juga pernah menjawat timbalan menteri di dua kementerian.

Beliau kemudian bertanding untuk kerusi DUN Bukit Serampang dan menang.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1986.

Selepas tugas menteri besar, Muhyiddin kembali menjawat beberapa portfolio sebagai menteri penuh sebelum dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada April 2009.

Beliau turut menjawat jawatan Menteri Pendidikan.

Sebagai ahli politik veteran UMNO, Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Presiden sejak Mac 2009.

Ahad lalu, Muhyiddin mula bersuara mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika majlis penutupan mesyuarat Bahagian UMNO Cheras.

Beliau dilaporkan tidak berniat jahat dalam menyokong siasatan 1MDB dan berkata perlu berkata benar dalam memberikan pandangan.

Beliau turut berkata perdana menteri perlu secara peribadi menerangkan isu berkenaan kepada umum.

Susulan itu, terdapat khabar angin bahawa Muhyiddin akan digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri lapor The Rakyat Post 

Posted by Anak Sungai Derhaka 
Read More

Tuesday, 29 April 2014

Hudud: Saya Cukup Tenang Sehari Dua Ini -TG Nik Aziz

Selasa, 29 April 2014
KOTA BHARU: “Saya amat gembira perkembangan semasa berkaitan hudud sekarang. Saya tidak mahu sentuh banyak soal teknikal kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Cuma saya sentuh soal dasar sahaja. Alhamdulillah hati saya cukup tenang sehari dua ni.. banyak berita baik yang saya terima dan Insya-Allah masyarakat juga menerima dengan baik,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr Asraf Wajdi Dasuki di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Pada Ahad lalu beliau juga dikunjungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di rumahnya di Pulau Melaka. Sedangkan Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu berkata, Perdana Menteri dahulu begitu bersungguh-sungguh menentang pelaksanan hudud di Kelantan.
“Saya amat bimbang kalau-kalau akan berlakunya Mageran sebab itu saya tidak melaksanakannya selepas menerima surat amaran daripada Perdana Menteri,” katanya.

Pada 15 Julai 1994 Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat amaran kepada Menteri Besar Kelantan. Antara lain surat itu berbunyi

  • “kerajaan pusat tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, maka kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam.”
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyokong cadangan diwujudkan Jawatankuasa Teknikal melibatkan pelbagai pihak yang pakar dalam bidang perundangan Islam. Semalam Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood turut menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Khas Teknikal Hudud peringkat pusat bagi membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan.
Sementara itu Dr Asraf Wajdi ketika ditemui berkata, tidak salah Kelantan menjadi negeri perintis melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II ketika kerajaan BN didakwanya lebih terbuka sekarang. (HD)
Read More

Monday, 28 April 2014

Agenda Sulit; Obama dan Muhyiddin

Isnin, 28 April 2014

Agenda Obama ke Malaysia dan Agenda Muhyiddin Yassin ke Kelantan.

Khairul Faizi Kamil

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrkdxB7EIsJiIw9bn29uxiqysl6Aaf-_WtwWfknjlj5BDuaDEJ1YS5lo-owxBtrOVaea7hiil1YMsw9Z_bpEZzPE__ucdQ7uphLtYlq8SDnjUVtfoCY8eUC4V4I8xiSxSWEbhXhMMYFlc/s1600/2014-04-28_110633.jpg

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Dua perkara besar berlaku dalam masa dua hari ini. Pertamanya, kehadiran Barack Obama ke Malaysia dan keduanya Timbalan Perdana Menteri Malaysia menziarahi Tuan Guru Nik Aziz.

Walaupun ada lagi perkara lain yang berlaku namun saya lebih cenderung untuk memfokuskan kepada kedua-dua perkara ini.

Obama hadir ke Malaysia disambut dengan permaidani merah, tidak perlu bersusah-payah untuk tiba dilokasi yang disusun oleh kerajaan Malaysia kerana segalanya telah diatur dengan rapi. Banyak kawasan di sekitar Lembah Klang kelihatan lengang dek kerana jalan ditutup untuk memberikan laluan kepada Obama menikmati keindahan negara kita.

Kehadiran Obama sudah tentu bukan calang-calang agendanya kerana kali terakhir Presiden Amerika tiba di Kuala Lumpur kira-kira 40 tahun yang lalu. Jika sekadar untuk melihat Masjid Negara atau Bandaraya Kuala Lumpur maka tidak perlulah Obama bersusah-susah untuk datang ke sini.

Kenapa Obama datang? Tentu agendanya besar termasuklah mahu menjalinkan hubungan perniagaan dan berkait rapat dengan TPPA.

Kerajaan Malaysia sebelum ini pernah membuat perjanjian FTA di antara Malaysia-Amerika dan telah pun berlangsung selama dua tahun. Namun Malaysia mengambil sikap untuk menghentikan perjanjian itu kerana dikhabarkan banyak isu tidak diselesaikan sepanjang tempoh tersebut. Mengikut Anas Alam Faizli, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Menteri Pertanian pada masa itu adalah merupakan penentang utama terhadap perjanjian ini dan beliau tidak akan berkompromi dalam isu kesejahteraan hidup petani tempatan.

Kerana itu, andaian saya bahawa Obama 'singgah' di Kuala Lumpur untuk mencari jalan agar Malaysia akan berlembut terhadap TPPA. Justeru kerajaan Malaysia wajar mengambil kira pelbagai faktor termasuklah kedaulatan negara yang tercinta ini agar tidak dirampas oleh kuasa besar dunia itu.

Mungkin kerana itu juga, tiba-tiba Muhyiddin Yassin berada di Pulau Melaka, Kelantan menziarahi TG Nik Aziz. Jika tidak ada agenda besar maka tidaklah sekadar mahu menziarahi Tuan Guru di sana lebih-lebih lagi Tuan Guru Nik Aziz bukan lagi Menteri Besar Kelantan. Jika ditanya kenapa TPM tidak menyambut Obama di Kuala Lumpur maka sudah tersedia jawapannya iaitu beliau ada agenda besar di Kelantan.

Kehadirannya diselitkan dengan agenda yang pelbagai namun yang dipaparkan di dalam media adalah berkaitan dengan perlaksanaan Hudud di Kelantan.

Bagi saya, Muhyiddin mengambil langkah yang positif dan wajar diberikan pujian kerana seingat saya inilah kali pertama pemimpin utama UMNO datang bertemu dengan TG Nik Aziz untuk berbincang tentang perlaksanaan Hudud. Sikap ini wajar diteruskan kerana Hudud bukan milik PAS tetapi ia adalah milik Allah dan ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk merealisasikannya.

Mudah-mudahan Kelantan akan menjadi negeri pertama melaksanakan Hudud dan saya sangat yakin ia akan membantu menyelesaikan kadar jenayah di sana dan di seluruh negara satu masa nanti.

Wasssalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
28 April 2014
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Posted by Kedah Lanie
Read More

Sunday, 27 April 2014

Muhyiddin Kunjungi Tok Guru Nik Aziz Di Pulau Melaka... Lawatan tertutup...

Ahad, 28 April 2014

Timbalan Perdana Menteri Adakan Lawatan Tertutup Dengan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat Di Rumah Tuan Guru.. Jom Terjah!!!

KOTA BHARU – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Muhyiddin tiba jam 4.40 petang dan mengadakan pertemuan secara tertutup di rumah Nik Aziz sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur jam 5.25 petang
Sedaka sejahtera.


Read More

Saturday, 12 April 2014

Juara GOLF Dunia: Rakyat perlu tahu... kerana segala perbelanjaan mereka dari kantung rakyat!

Sabtu, 12 April 2014

Malaysia Bakal Melahirkan Seorang Juara Dunia Bagi Sukan GOLF


Kalau gambar ni lu orang suruh Ahli Parlimen Kinabantangan iaitu Bung Mokhtar Radin tengok pasti beliau akan berkata, ini lah Bakal Juara Dunia Sukan GOLF pada masa hadapan atas sebab MATA yang dimiliki oleh Bung Mokhtar Radin seperti TEROPONG AJAIB yang boleh melihat walaupun disebalik yang Terselindung... kah kah kah !.

Seperti beliau melihat KEPALA LUTUT Teresa Kok yang begitu JELAS walaupun SKIRT yang dipakai oleh Teresa Kok Menutupi Lutut beliau, namun oleh kerana mempunyai Mata yang seperti Teropong Ajaib maka dengan Mudah Sahaja Bung Mokhtar Radin dapat Melihat Kepala Lutut Teresa Kok. Tak ke begitu Bung Mokhtar Radin... kah kah kah !.

Bila gua tengok-tengok dan AMATI gambar tersebut jika SEKALI PANDANG ada juga seperti gambar Jaguh Golf Dunia iaitu TIGER WOOD beb, cuba lu orang tengok betul-betul kan ada tu rupa Tiger Wood sedang Memukul Bola Golf. Cara melihat dan Gaya BAHASA BADAN saling Tak Tumpah seperti Tiger Wood... kah kah kah !.

Kerana Minat yang cukup mendalam terhadap Sukan Golf juga lah Makhluk Allah SWT dalam Gambar tersebut telah menghabis masa selama 10 Jam diatas Padang Golf, berbanding hanya 3 Jam sahaja dari Jam 10 Pagi hingga Jam 1 Tengahari selaku Degelasi Malaysia ke Pameran Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) 2014... kah kah kah !.

Jadi memang Cerah lah HARAPAN Malaysia untuk Melahirkan seorang Jaguh Bertaraf Dunia didalam Sukan Golf, mungkin beliau ini akan lagi Hebat daripada Tiger Wood itu sendiri atas sebab Tiger Wood menjadi Juara Dunia dalam Usia yang Muda tetapi yang namanya Muhyiddin Yassin akan menjadi Juara Dunia di Usia SENJA... kah kah kah !.

Oiiii... Muhyiddin Yassin, lu ni betul-betul lah membuatkan Rakyat Malaysia bertambah MENYAMPAH dengan Pemimpin Umno/Bn lu tahu tak Muhyiddin. Konon nya Rakyat lu suruh BERJIMAT CERMAT tetapi lu orang Pemimpin Umno/Bn Membelanjakan WANG RAKYAT seperti Wang dari Harta Pusaka Mak Bapak Pemimpin Umno/Bn... kah kah kah !.

Konon nya GST adalah Penambahbaikan Cukai dengan Menyalurkan Kembali Pendapatan dari GST kepada Rakyat, namun sebelum GST dijalankan Promosi serta Iklan sahaja sudah MENJANGKAU Puluhan Juta Ringgit Malaysia. Itu belum lagi Perbelanjaan yang Melibatkan Elaun-Elaun serta Claim-Claim dari Pemimpin Umno/Bn... kah kah kah !.

Sebetul nya GST hanya untuk Menambah Pendapatan Kerajaan bagi Pemimpin Umno/Bn SENANG BERBELANJA itu aje, seperti orang yang punya Wang Banyak maka Berbelanja pun Tidak Rasa Takut walau dimana hendak Berbelanja beb. Kesudahan nya Rakyat juga lah yang akan MAMPOS menanggung semua Perbelanjaan dia orang... kah kah kah !.

Tatapi kalau ikut pulak kata Penchacai Angkat Najis Umno begini beb, Apa Salah nya Muhyiddin Yassin Bermain Golf, beliau bukan ke beliau Timbalan Perdana Menteri yang ada KEISTIMEWAAN dan PERUNTUKAN. Bukan nya beliau Ambil Wang dari Rakyat dan Minta Wang dari Rakyat seperti Pembangkang yang Minta DERMA... kah kah kah.


hemmmmm..... bukan mudah untuk berubah kalau perangai membuat harta rakyat seperti harta pusaka mak bapak pemimpin umno selama berpuluh tahun, dah jadi darah daging beb... kah kah kah... A B U.

Terserlah Kebodohan Penchacai Angkat Najis Setiap Kali Salah Laku Pemimpin Didedahkan


Mungkin antara yang gua kena AKUI akan Kata-Kata Tun Mahathir KUTTY Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis Merangkap Bapak kepada Anak Tuan Punya San Maguel ialah, "Sudah Berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno". Terlalu SUKAR untuk gua MENAFIKAN Kata-Kata beliau tersebut terutamanya Setiap Kali SALAH LAKU Pemimpin Umno DIDEDAHKAN... kah kah kah !.

Begitulah SIKAP yang selalu ditunjukan oleh Penchacai Angkat Najis Umno dalam menjadi LOYAR BURUK bagi MENGHALALKAN setiap Salah Laku Pemimpin Umno, seolah-olah KEBODOHAN dan KEBEBALAN MELANTUN MACAM GETAH SKRUB yang TURUN HARGA tersebut Umpama Isi Dengan Kuku serta Bertepatan dengan Kata-Kata Bodoh Macam Umno... kah kah kah !.

Gambar diatas adalah Contoh TERKINI salah seorang Penchacai Angkat Najis Umno yang menunjukkan AKSI Kebobodohan Bertingkat-Tingkat beliau, dengan MENDESAK Ketua Setiausha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengambil Tindakan DRASTIK Mencari DALANG yang MEMBOCORKAN Jadual Lawatan Kerja Palsu Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE)... kah kah kah !.

Kalau sudah Lawatan Kerja yang DIDEDAHKAN dikatakan sebagai PALSU, apa perlu lagi Ketua Setiausha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengambil Tindakan DRASTIK Mencari DALANG yang Membocorkan perkara tersebut. Kerana kalau sudah Palsu bermaksud ianya bukan lah DIDEDAHKAN tetapi bermakna ianya adalah satu FITNAH lah Penchacai Angkat Najis... kah kah kah !.

Dengan Desakan Penchacai Angkat Najis terhadap Ketua Setiausha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa Mengambil Tindakan DRASTIK Mencari DALANG yang Membocor Jadual tersebut, ianya menunjukan apa yang Didedahkan Adalah BENAR Dan TIADA Yang TIDAK BENAR Melainkan Semuanya BENAR BELAKA. Jikalau tidak Tak kan Perkataan Dalang serta Membocorkan akan Timbul beb... kah kah kah !.

Kadang-Kadang gua KESIAN juga dengan Penchacai Angkat Najis Umno ni beb, selepas BERANTAKAN menjadi Loyar Buruk kepada Pemimpin Umno tak lama lepas tu semua nya KENA KENCING dengan Pemimpin Umno tepat kedalam Mulut Longkang dia orang. Seperti Mahathir KUTTY mengatakan BETUL beliau masih berada didalam Negara semasa Tragedi Memali berlaku... kah kah kah !.

Mungkin juga atas Dasar Mulut Longkang Penchacai Angat Najis maka AMAT sesuai sekali ianya Dikencingkan oleh Pemimpin-Pemimpin Umno, dan mungkin juga rasa Air kencing Pemimpin-Pemimpin Umno tersebut bagi Penchacai Angkat Najis ianya seperti rasa Air San Maguel kepunyaan kepada Anak Mahathir KUTTY yang juga Penyokong Kuat kassim Ahmad Anti Hadis.... kah kah kah !.


hemmmmm..... mungkin juga akibat tak faham bahasa melayu maka kenyataan penchacai terkeluar seperti itu, contoh lain nya ialah harga barang yang naik tapi dikatakan harga barang turun atau pun subsidi dikurangkan... kah kah kah... A B U.

Artikel berkaitan- Malaysia Bakal Melahirkan Seorang Juara Dunia Bagi Sukan GOLF

Dalang Bocor Maklumat Lawatan Muhyiddin Di Dubai Terbongkar?

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa perlu mengambil tindakan segera mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen tidak sah berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 April lalu. 

Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar, berkata laporan polis juga perlu dibuat terhadap mereka yang membuat dakwaan itu, iaitu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berikutan tuduhan mereka berbaur hasutan dan palsu. 


“Ketua Setiausaha Negara mesti mengambil tindakan drastik mencari dalang dalam kerajaan yang membocorkan dokumen tidak sah ini,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen DAP berkenaan mempersoalkan lawatan lima hari Timbalan Perdana Menteri ke Dubai yang didakwa tidak memberi manfaat kepada rakyat berikutan tugas rasmi Muhyiddin hanya beberapa jam dan masa selebih digunakan untuk bermain golf. 

Mereka turut meminta kerajaan memperjelaskan siapa yang membiayai perjalanan yang menggunakan pesawat khas serta perbelanjaan lain. ~bh


Addin:

Addin bersetuju bila ada pegawai yang salurkan maklumat berkenaan. Segala aktiviti pm,tpm dan menteri kabinet perlu diketahui oleh rakyat kerana segala perbelanjaan mereka dari kantung rakyat. Jadi tiada istilah membocorkan maklumat rahsia jika sekadar mendedahkan aktiviti lawatan.
Read More

Thursday, 10 April 2014

Getex 2014: Putrajaya perlu jelaskan manfaat lawatan Muhyiddin ke Dubai...

Khamis, 10 April 2014
Putrajaya perlu jelaskan manfaat lawatan Muhyiddin ke Dubai, kata DAP
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
APRIL 10, 2014
Putrajaya hari ini dipersoalkan apa keperluan menghantar timbalan perdana menteri bersama isterinya, termasuk 15 pegawai dari pejabatnya ke Dubai yang bermain golf di sana.
Putrajaya juga perlu menjelaskan kos sebenar lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rombongannya itu, kata pemimpin DAP.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim (gambar) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata, kerajaan seharusnya menjelaskan kesemua kos termasuk "pesawat khas", hotel, dan perbelanjaan lain.
"Pada masa yang sama, rakyat perlu dimaklumkan bagaimana program seperti itu memanfaatkan rakyat Malaysia terutamanya dalam bidang pendidikan," kata kenyataan tersebut.
"Kenapa kerajaan perlu menghantar timbalan perdana menteri bersama isterinya, termasuk 15 pegawai? Apa keperluan bermain golf dengan tugas?" kata mereka.
"Adakah ini selari dengan pengurangan kos yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa?" soal mereka lagi.
Muhyiddin, yang juga menteri pendidikan sebelum ini diselar atas lawatan lima hari ke Dubai dengan lebih banyak urusan tidak rasmi berbanding perkara yang memberi manfaat kepada kerajaan.
Zairil dan Steve mendedahkan perkara itu selepas mendapat maklumat yang disebarkan melalui Internet.
"Rakyat berhak tahu daripada manakah sumber perbelanjaan yang menanggung perbelanjaan Muhyiddin selama berada lima hari di Dubai dengan mendiami hotel lima bintang yang dikatakan dibiayai Kementerian Pendidikan dan Talent Corp, Pejabat Perdana Menteri.
"Adakah dengan lawatan berkenaan dapat menaikkan kualiti pendidikan negara atau memberi manfaat kepada kerajaan?" kata Steven dalam satu sidang media di lobi Parlimen sebelum ini.
Melalui tentatif program yang diberikan, urusan rasmi Muhyiddin dalam lawatan lima hari ke Dubai itu hanyalah pada hari ini iaitu dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari.
Tentatif itu menyatakan, Muhyiddin bersama isterinya ke Dubai menaiki pesawat khas dan menginap di Hotel Shangri-La sepanjang berada ke sana.
Lawatan Muhyiddin adalah bersempena menghadiri majlis pembukaan Pertunjukan Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) 2014 selain menandatangani perjanjian persefahaman dalam bidang pendidikan tinggi bersama kementerian di sana.
Zairil berkata selepas acara rasmi berkenaan, Muhyiddin akan menuju ke Kelab Golf Montgomerie dan diikuti santapan makan malam.
“Hari yang berbaki di Dubai akan dihabiskan dengan program persendirian seperti makan malam dengan ahli perniagaan ternama selain pada hari terakhir satu lagi jadual bermain golf diaturkan,” katanya.
Sim berkata, Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM54 bilion namun standard pendidikan negara terus mencatatkan penurunan.
Beliau menggesa ketua audit negara menyiasat lawatan ini dan beberapa lawatan yang pernah dilakukan Muhyiddin. – 10 April, 2014.TMI

Read More

Wednesday, 9 April 2014

Getex 2014 Dubai: Muhyiddin buang masa main golf dari buat kerja...DENDAM POLITIK mencalar imej KPM!

Rabu, 9 April 2014

AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MEMPERTIKAIKAN LAWATAN MUHYIDDIN YASSIN KE DUBAI SELAMA 5 HARI LEBIH BANYAK MASA HABIS DIPADANG GOLF DARI BUAT KERJA!!!!!

                                                               Ini gambar hiasan 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin didakwa lebih banyak menghabiskan masa di padang golf daripada di majlis rasmi dalam lawatannya ke Dubai dari 8 Hingga 12 April 2014. 


Menurut ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, Ketua Audit Negara perlu menyiasat bukan sahaja lawatan Muhyiddin ke Dubai ini, tetapi juga mana-mana perjalanan lain Muhyiddin yang dilakukan oleh beliau sejak kebelakangan ini.


Kata mereka, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan nampaknya sedang menikmati percutian golf lima hari di Dubai dengan dibiayai oleh wang pembayar cukai Malaysia.


“Jadual perjalanan “lawatan kerja” Muhyiddin ke Dubai, United Arab Emirates (UAE) dari 8 hingga 12 April 2014, kononnya untuk menghadiri Gulf Education and Training Exhibition (GETEX) 2014, mendedahkan bahawa penerbangan Timbalan Perdana Menteri adalah dengan menggunakan “pesawat khas,” kata mereka berdasarkan laporan blog peniupwisel2020.blogspot.com.


Mereka mendakwa beliau juga menginap di hotel lima bintang Shangri-La Dubai selama lima hari, sementara tugas Muhyiddin di GETEX hanya memerlukan beliau untuk menghadiri majlis pembukaan rasmi, merasmikan Education Malaysia Pavilion, serta menerima jemputan hormat Menteri Pendidikan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Pembangunan Masyarakat UAE.


“Akhir sekali, beliau dijadual menandatangani MOU mengenai pendidikan tinggi. Semua program di atas dijadualkan antara jam 10 pagi hingga 1 petang pada 9 April, dari mana beliau akan bertolak ke Kelab Golf Montgomerie, dan kemudian disusuli dengan makan malam di atas kapal layar,” kata mereka lagi.


Steven Sim dan Zairil menambah hari-hari yang berikutnya di Dubai akan diisi dengan “program peribadi” dan makan malam tidak rasmi dengan beberapa tokoh perniagaan dan diaspora Malaysia.


“Pada hari terakhir, sekali lagi beliau mengisi masa dengan acara golf. Dalam erti kata lain, Muhyiddin menghabiskan lima hari di Dubai untuk tiga jam program rasmi berkaitan dengan pendidikan, 10 jam di padang golf dan dua hari untuk “program peribadi.” dakwa mereka.


Kedua-dua ahli parlimen DAP itu berkata rakyat mempunyai hak untuk tahu siapa yang membiayai kos untuk perjalanan mewah ini, termasuk kos “pesawat khas,” penginapan di hotel lima bintang Shangri-La Dubai untuk keseluruhan rombongan, dan kos lain berkaitan yang akan ditanggung oleh Kerajaan, termasuk Kementerian Pendidikan, Education Malaysia, TalentCorp (yang menaja makan malam diaspora Malaysia pada 11 April) dan Jabatan Perdana Menteri (di mana Pejabat TPM diletakkan).


“Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar antara semua kementerian dalam Belanjawan 2014 (RM54 bilion atau 21 peratus daripada Belanjawan Persekutuan), namun pencapaian murid sangat teruk sejak kebelakangan ini,” dakwa mereka.


Kata mereka lagi, bukan sahaja pelajar Malaysia makin merosot dalam penilaian antarabangsa seperti PISA (Programme for International Students Assessment) dan TIMSS (Trends in International Math and Science Study), KPM juga baru-baru ini mendedahkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris juga merosot  dalam kalangan guru dan pelajar kita, menurut laporan oleh Cambridge English.


“Tiada sesiapa yang menafikan bahawa pendidikan adalah bidang kritikal yang harus diberikan perhatian termasuk daripada segi sumber dana, namun kerajaan perlu membelanjakannya untuk program yang benar-benar meningkatkan pencapaian pelajar dan bukannya “cuti mewah” di mana Menteri Pendidikan boleh bermain golf,” kata mereka lagi.
Posted by 

Bukti Muhyiddin lebih banyak main golf dari hadiri majlis rasmi di Dubai tersebar!!



Mulanya isu mengenai Muhyiddin lebih banyak luangkan masa bermain Golf dari melakukan urusan rasminya ke Dubai ini didedahkan oleh seseorang yang menggunakan gantinama dirinya sebagai Cikgu..

Tulis individu tersebut dalam sebuah laman Blog yang dipercayai dibina khas untuk mendedahkan sikap malas dan menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan peribadi Muhyiddin ini dalam Blog Peniup Wisel 2020.

Tulis 'Cikgu' itu... "Terlalu banyak pemborosan dan pembaziran yang berlaku dalam Kementerian Pendidikan Malaysia! Sebab tu, Cikgu terpaksa membuat satu pendedahan di sini, iaitu jadual perjalanan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan di Dubai dari 8-12 April 2014.

"Walaupun urusan rasmi tidak lebih daripada setengah hari, TPM & rombongan berbelasan orang akan duduk di sana selama 5 hari di hotel 5 bintang, bermain golf di kelab serba mewah dan makan di restoran mahal, atas pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Malaysia."

"Kecewa hati Cikgu dengan tindakan boros ini! Sedih bila difikirkan wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya."

Dan disertakannya jadual perjalanan Muhyiddin..


Jelas sekali.. dalam lawatannya ke Dubai ini.. Muhyiddin lebih banyak menghabiskan masa di padang Golf dari berbincang untuk kebaikkan pelajaran anak Bangsa Malaysia..

Dan perkara ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP...
DAP hari ini menyelar lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama lima hari ke Dubai kerana lebih banyak urusan tidak rasmi berbanding perkara yang memberi manfaat kepada kerajaan.  
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mendedahkan perkara itu selepas mendapat maklumat yang disebarkan melalui Internet.  
"Rakyat berhak tahu daripada manakah sumber perbelanjaan yang menanggung perbelanjaan Muhyiddin selama berada lima hari di Dubai dengan mendiami hotel lima bintang yang dikatakan dibiayai Kementerian Pendidikan dan Talent Corp, Pejabat Perdana Menteri. 
"Adakah dengan lawatan berkenaan dapat menaikkan kualiti pendidikan negara atau memberi manfaat kepada kerajaan?" kata Steven dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.  
Melalui tentatif program yang diberikan, urusan rasmi Muhyiddin dalam lawatan lima hari ke Dubai itu hanyalah pada hari ini iaitu dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari ~ The Malaysian Insider
Ceh!! selama ini aku ingatkan si Muhyiddin ni berhemah dalam menggunakan harta dan dana negara.. rupa-rupanya lebih kurang dengan Rosmah jugak!!

Cancel nak sokong dia ganti Najib...

Posted by Anak Sungai Derhaka 

BUKTI PERTUKARAN GURU SECARA ZALIM KERANA 'DENDAM POLITIK' TELAH MENCALAR IMEJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Posted on 


  • Wednesday, April 9, 2014
  • by 
  • Cikgu Mala
  •  
  • KENYATAAN MEDIA: 
    BUKTI PERTUKARAN GURU SECARA ZALIM KERANA ‘DENDAM POLITIK’ TELAH MENCALAR IMEJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
    Dari : Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK).
    Tarikh : 9 April 2014: 

    “Pendedahan YB Al Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary,Ahli Parlimen Bachok pada 8 April 2014 semalam di Lobi Sidang Parlimen semalam membuktikan kezaliman regim UMNO Barisan Nasional telah berlaku sejak merdeka hingga ke hari ini semakin berleluasa terhadap warga pendidik dan ianya tidak boleh dinafikan lagi.” Kata Pn. Normala Sudirman, Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK).

    Kenyataan YB Al Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary , yang memberikan pendedahan senarai nama warga pendidik yang dilabelkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) di kawasan parlimen beliau,(Parlimen Bachok Kelantan) dan bukti pendedahan arahan untuk guru ditukarkan adalah dari orang yang berjawatan politik dari UMNO Barisan Nasional termasuk laporan dari Ketua Cawangan UMNO terhadap warga pendidik amat menyedihkan dan mencalar imej perguruan di Malaysia.

    Terbukti pelanggaran prosedur telah lama berlaku dalam urusan penempatan guru untuk berkhidmat  bukan alasan ‘atas keperluan perkhidmatan” tetapi dengan suatu alasan atau tuduhan yang yang tidak berasas sama sekali kerana campuraduk kefahaman dan sentimen politik kepartian yang sempit.

    Penafian Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini yang sering menjawab bila isu ini dibangkitkan dalam sidang parlimen dengan jawapan ianya  adalah ‘prosedur biasa ‘ adalah bercanggah dengan tindakan dan pembuktian fakta yang telah diberikan oleh YB Al- Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary,Ahli Parlimen Bachok  dan ‘Memorandum Bantahan Kezaliman Terhadap Warga Pendidik ‘ berkaitan isu pertukaran guru ,pemecatan tidak mengikut prosedur dan ditahan gaji yang diserahkan oleh NGO PENDIDIK  di Parlimen ,SUHAKAM,dan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak 2012 dan 2013 serta 2014 baru – baru ini.

    “Saya menyeru agar warga pendidik bangkit mempertahankan hak mereka dari ditindas dan dizalimi dengan tampil mendedahkan bukti terhadap kepincangan yang berlaku dalam persada pendidikan negara.”Guru perlu berani menyuarakan kebenaran agar martabat mereka tidak sewenang- wenangnya  diperlekehkan oleh pihak yang berjawatan dalam politik UMNO Barisan Nasional . “

    Jangan biarkan martabat guru yang banyak berjasa mendidik anak mangsa ini  menjadi mangsa ‘dendam politik UMNO Barisan Nasional’ dan ‘penjara organisasi yang menindas‘ini dibiarkan berterusan kerana yang akan rugi adalah anak bangsa pewaris kepimpinan pada masa akan datang. 

    NGO Pendidik ingin mengingatkan bahawa doa insan yang dizalimi tiada hijab di sisi ALLAH SWT.

    Ingatlah bahawa tangan yang menurunkan tandatangan ,bersubahat dalam urusan pertukaran secara zalim dan apa sahaja pertuduhan ,fitnah yang menganiaya warga pendidik  akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT diakhirat nanti.

    “Jadi ,saya ingin memberikan amaran agar jangan menzalimi pendidik dan guru yang berjiwa mulia dan banyak berjasa kepada negara dengan fahaman ketaksuban politik yang sempit kerana mereka tidak akan terlepas dari urusan pertimbangan dosa dan pahala serta pertimbangan syurga neraka di akhirat kelak.

    Saya selaku Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan  ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada  Al Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary,Ahli Parlimen Bachok pada 8 April 2014 semalam di Lobi Sidang Parlimen semalam dan kepada pihak Akhbar Sinar Harian yang memaparkan liputan pada hari ini di m/s hari ini. 

    “ Kami akan terus konsisten memperjuangkan hak warga pendidik dari menjadi mangsa kezaliman seperti ini dan akan terus membantu agar kebajikan mereka terbela dari sudut guaman dan perundangan agar profesionalisme perguruan terus dihormati dalam persada pendidikan negara”. Kata Pn. Normala Sudirman, Presiden NGO PENDIDIK sambil menutup perbualan.
      
    Salam hormat daripada :
    Pn Normala Bt. Sudirman@ Cigar Mala.
    Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan
     on Wednesday, April 9, 2014 


    Read More
    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena