Showing posts with label TGNA. Show all posts
Showing posts with label TGNA. Show all posts

Sunday, 26 February 2017

[Video] PULOK DAH! "Jatuh iman, tanam jirat jika tak sokong RUU 355." Perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang.

Isnin, 27 Februari 2017
Foto Suara Rakyat.
Putar Jangan Tak Putar..

"Jatuh iman, tanam jirat jika tak sokong RUU 355", kata Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim yg juga kantoi memfitnah akan berlaku larangan azan di masjid-masjid jika DAP memerintah.



Perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang

Pada 
oleh 
Sepanjang tempoh 48 jam lalu, kita diperlihatkan dengan satu lagi aspek perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang.
Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung dalam penyampaian memorandum kononnya oleh akar umbi PAS kepada Ketua Penerangan PAS, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat PAS supaya memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai pertalian dengan DAP dan Amanah, diiringi beberapa poster menyerang pimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu.
Banner yang mahal dan berwarna-warni, menyerang pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu – termasuk satu yang memaparkan wajah saya dan menyerang saya sebagai ‘Musuh Melayu/Islan (Rasis)’ – dipamerkan di luar Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak suka dan benci yang bersangatan terhadap pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu seperti Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan saya sendiri.
Ini adalah sesuatu yang tidak akan terjadi dalam PAS versi Nik Aziz, kerana tidak akan ada Ketua Penerangan PAS yang akan berani mengatur dan menjalankan aksi politik nakal sedemikian, kerana beliau pastinya akan mengundang kemarahan Nik Aziz.
Tetapi Nik Aziz sudah tiada, dan apa yang ada hari ini ialah PAS versi Hadi Awang.

Nik Aziz tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin PAS.
Jika DAP dan pemimpin DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, kenapa PAS menganggotai Pakatan Rakyat sepanjang 2008 ke 2013 dan mendapat sokongan majoriti undi popular pada Pilihanraya Umum ke-13, dan hampir menghalau UMNO/BN keluar dari Putrajaya sekiranya sistem pilihanraya adalah benar-benar adil dan demokratik; daripada membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri minoriti pertama negara yang hanya memenangi 47% undi popular, tetapi memperolehi 60% kerusi Parlimen.
Kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, adakah Nik Aziz akan menziarahi mantan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, di kediamannya di Pulau Pinang semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013, di mana hari jadi Nik Aziz yang ke 82 turut disambut dengan kek ‘Pakatan Rakyat’?
Kenapa begitu banyak sekali perubahan terhadap PAS setelah kematian Nik Aziz pada Februari 2015?
Sekiranya Nik Aziz masih hidup, saya tidak fikir PAS akan teragak-agak untuk menyertai pergerakan patriotik parti-parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi global dan menuju nasib sebuah negara gagal.
Malah, sekiranya Nik Aziz masih hidup, PAS akan berada di barisan paling hadapan mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam skandal kleptokratik pengubahan wang berbilion dolar 1MDB, berbanding melihat Presiden PAS semakin selesa dengan Presiden UMNO dan berpendirian bahawa tidak jadi soal kalau Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi global, asalkan Perdana Menterinya beragama Islam.
Walaupun sandiwara 48 jam lalu didakwa berpunca dari akar umbi PAS Selangor yang menyerahkan memorandum kepada pimpinan PAS bagi memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah, tiada siapa yang akan terperanjat jika sebenarnya memorandum dan poster menyerang pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu itu adalah hasil karya agung Ketua Penerangan PAS sendiri.
Serangan terhadap DAP, Amanah dan Bersatu adalah suatu deklarasi perang oleh kepimpinan PAS terhadap DAP, Pakatan Harapan dan Bersatu.
Walaupun sandiwara serangan kepimpinan PAS terhadap DAP, Amanah dan Bersatu itu cuba dialas, kononnya berpunca dari akar umbi PAS Selangor, senario sebenar adalah sangat berbeza.
Hakikatnya, akar umbi PAS Selangor sudah sangat tidak berpuas hati dan bergolak ekoran pendirian garis keras PAS versi Hadi yang selesa bersama UMNO pimpinan Najib, dan mempertahankan Najib dalam skandal pengubahan wang kleptokratik 1MDB.
Ini menjelaskan kenyataan Naib Presiden PAS, Iskandar Abdul Samad, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS minggu lalu  bahawa kalau pun Jawatankuasa Pusat PAS dan Majlis Syura memutuskan untuk berpisah dengan PKR, Exco-exco PAS di Selangor, anggota GLC, ahli majlis dan ketua kampung tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat dalam Muktamar PAS pada bulan April nanti.
PAS Selangor berkemungkinan tewas kesemua 15 kerusi DUN yang dimenanginya dalam PRU ke-13 pada pilihanraya umum yang akan datang, memandangkan para pengundi Islam dan bukan-Islam kecewa dengan halatuju baru PAS pimpinan Hadi yang berbaik-baik dengan Najib dan memperkukuh kedudukannya sebagai Perdana Menteri walaupun wujud skandal kleptokrasi global 1MDB – suatu halatuju yang tidak akan diambil oleh PAS sekiranya Nik Aziz masih hidup.
Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat anti-Melayu, atau anti-Cina, anti-India, anti-Kadazan atau anti-Iban atau anti mana-mana agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia.
Tetapi Hadi sangat berbeza dan saya akan sangat terkejut sekiranya beliau mampu menyokong kenyataan dan aspirasi tersebut secara terbuka.
Dalam ucapan saya kepada Konvensyen Reformis Malaysia 2017 hujung minggu lalu, saya merujuk kepada tiga cabaran utama yang bukan sahaja ditujukan kepada warga Reformasi, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia yang patriotik dan mahu menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara gagal dengan kleptokrasi global.
Tiga cabaran dalam dalam PRU ke-14 yang bakal berlangsung pada suku kedua atau ketiga tahun ini adalah:
Pertama, mempertahan sokongan terhadap perubahan oleh pengundi Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak untuk DAP dan PKR dalam PRU ke-13 lalu;
Kedua, mendapatkan sokongan 3.5 juta ahli dan pengundi UMNO supaya menyokong kempen Selamatkan Malaysia, dalam pertarungan antara ‘Demokrasi lawan Kleptokrasi’;
Ketiga, mendapatkan sokongan ahli dan pengundi PAS supaya menyokong kempen Selamatkan Malaysia bagi memastikan kemenangan demokrasi dan kekalahan kleptokrasi dalam PRU ke-14, serta memastikan semangat dan kenangan Nik Aziz kekal hidup.
Sekiranya kita boleh mencapai tiga tugasan ini dalam PRU ke-14, maka Malaysia akan dapat diselamatkan dan kita boleh menyambut sebuah Malaysia baru dengan penambahbaikan sistem dan institusi bagi memastikan Malaysia tidak akan lagi kembali menuju jalan kleptokrasi dan menjadi sebuah negara gagal. -Roketkini.com
Read More

Saturday, 30 May 2015

[VIDEO] Apa Kata Almarhum TGNA Tentang Mat Sabu? Almarhum iktiraf Mat Sabu

Ahad, 31 Mei 2015

[VIDEO] Apa Kata Almarhum TGNA Tentang Mat Sabu?



Apakah Anda Sudah Lupa Pesanan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat 4 Tahun Lalu???

Kata Tok Guru:-

Aku nak mati dah sekarang ni. Aku tinggal ke Mu dua perkara selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini kamu tidak akan sesat. Pertama, kitabullah yang Kedua, Sunnah Rasulullah SAW.

Yang Mulia Tuan Pengerusi al fadhil ahli ahli yang telah dilantik Timbalan Presiden Saudara Mat Sabu.

Naib-Naib Presiden termasuk seorang exco kerajaan Kelantan, ahli Jawatan Kuasa termasuk seorang exco Kelantan.

Pada hadirin sekelian, saya pagi tadi tak boleh datang sini kerana masalah kesihatan.

Pada malam ini pun saya minta bercakap awal sikit kerana kurang sihat.

Mula-mula sekali saya ucapkan tahniah di atas perlantikan yang dibuat oleh tuan-puan semua.

Ramai dari penulis khususnya daripada Utusan Malaysia lagakan antara Ulamak dan Professional.

Para hadirin semua, Ulamak Profesional sengaja diadakan-adaka oleh UMNO dan saya minta kepada tuan-puan semua jika hendak tahu mengenai PAS ini tak usah baca surat khabar dia. Dengarlah dari mulut orang PAS sendiri.

Khalid Ibnu Walid r.a tak mengaji mana-mana pun, selepas 3 bulan dia masuk Islam, terus dilantik jadi panglima perang.

Mohamad Sabu ni lama dah. Mohamad Sabu ni menang bukan kerana

My Card palsu.

Bukan undi orang Bangladesh,

Bukan undi orang Burma,

Bukan undi orang Pakistan,

Undi dari orang Pas.

Dia menang!!!!

Sejak daripada dia terlibat dengan politik masa universiti lagi, di ITM lagi, dia terus bersama dengan PAS.

Tak pernah terlibat dengan UMNO, ini kelebihan Mat Sabu.

2 kali Mohamad Sabu disumbat dalam ISA.

Dia tunduk kepada Umno kah?

Dia sujud pada Umno kah?

Tidak!!!

Bermakna, baik antara Mohamad Sabu dengan balik (dari universiti) Azhar hok jadi Pemuda Umno,

Mana baik? 


Sidang hadirin sekalian, masalahnya kita menumpang atas bumi Allah.

Bila kita menumpang sebagaimana kita semua tahu, kita mesti patuh kepada tuan punya bumi.

Dan manusia untuk manusia hidup di bumi ini, Allah Taala buat langit, kalau bumi sahaja tak dak langit, manusia tak boleh hidup.

Siapa yang buat bumi? Allah.

Siapa yang buat langit? Allah.

Siapa yang membuat kita? Allah.

Manusia semua atas dunia dilihat seakan haiwan.

Burung, dia boleh berkokok jer.

Kucing boleh mengiow jer. Anjing boleh menyalak jer.

Lembu boleh mengeboh jer.

Manusia boleh belaka..

Ada manusia boleh menyalak, ada manusia boleh berkokok, ada manusia boleh mengeboh.

Yang pasti manusia ni boleh bercakap dan mempunyai akal, oleh itu Islam mengajar manusia manusia kenal diri.

الذي خلف الموت والحياة ليبلوكم ايكم احسن عمل
Allah yang menjadikan manusia mati hidup liyabluwakum supaya di antara manusia yang lebih baik dari segi amalanya.

Jadi oleh yang demikian, saya berasa bangga mendapat seorang Timbalan Presiden seperti Mohamad Sabu.

Dia sangat dibenci oleh musuh.

Alhamdulillah, insya Allah kita doa mudah-mudahan Mohamad Sabu dirahmati oleh Allah dengan taufikNya, hidayatNya, dan dia insya Allah ke mana dia pergi sebelum dia jadi Timbalan Presiden lagi orang ramai suka.

Dimana Mohamad Sabu ceramah di Kelantan orangnya ramai sebagaimana Pesuruhjaya PAS Kelantan pergi ramai orang.

Mohamad Sabu lebih mesra dengan Non Muslim, dengan watak dia, dengan penampilan dia.

Dengan non Muslim, Cina baik, India baik, amat mesra dengan dia. Kalau saya pergi tu, Cina masuk jugak tapi malu-malu. Boleh jadi penampilan saya lain sikit tapi Mohamad Sabu lebih rapat.

Insya Allah UMNO tak boleh nak tidur selepas ini.

Insya Allah saya mintak Mohamad Sabu diletak portfolio dia golongan Non Muslim supaya non Muslim lebih mesra dengan Pas dan Mohamad Sabu.


Insya Allah kita doalah mudah-mudahan Allah menyebarkan fahaman Islam lebih cepat daripada biasa.

Kerana Mohamad Sabu ni jenis orang turun padang, bukan dok kalut atas surau saja.

Para hadirin semua, saya mengucapkan tahniah Jika ada kesilapan nasihatkan saya, tolong maafkan saya, saya nak berhenti setakat tu.

Takbir.

Ucapan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Di Muktamar Pas ke 57
Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar
4 Jun 2011 

Read More

Saturday, 25 October 2014

TGNA:"Saya tak bimbang dengan Pasma" & TGHH: Umat Islam dicabar dengan pelbagai label...

Ahad, 26 Oktober 2014
Gambar: "Pasma yang timbul ini tidak tahu boleh kata Pas baharu atau tidak, itu dia punya pasal...."

"Pas yang ada sekarang istiqamah dengan perjuangan Islam. Saya tak nampak Pasma boleh gantikan Pas,..."

" Saya tak bimbang dengan Pasma, tetapi kecewa itu ada...."

- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
"Pasma yang timbul ini tidak tahu boleh kata Pas baharu atau tidak, itu dia punya pasal...."

"Pas yang ada sekarang istiqamah dengan perjuangan Islam. Saya tak nampak Pasma boleh gantikan Pas,..."

" Saya tak bimbang dengan Pasma, tetapi kecewa itu ada...."

- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
 — bersama Tok Jangut Bahamas dan 67 yang lain.
PAS adalah wadah Islam di negara ini yang komited membangunkan nilai-nilai kehidupan Islam menerusi pemerintahan dan penegakan syariat.
PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA HIJRATURRASUL 1436

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (at-Taubah: 128)

1. Hijraturrasul dari Makkah ke Yathrib antara usaha memilih kehidupan bersama masyarakat pelbagai kaum secara aman harmoni serta menegakkan keadilan dalam negara, sekaligus menghindari pertempuran, kezaliman, penindasan dan perampasan hak.

2. Inilah sikap Islam disepanjang zaman yang berkolaborasi dengan semua pihak dan memimpin gagasan keamanan sejagat berpaksikan syariat Allah SWT.

3. Rasulullah bukan sahaja menjadi pembawa rahmat kepada dunia, tetapi juga menunjukkan model kehidupan manusiawi seorang pemimpin dalam menyantuni realiti rakyat di negara yang dibangunkan atas nama Madinah al-Munawarah.

4. Pun begitu, usaha Baginda tidak sunyi dari dihadapkan dengan pergerakan musuh Islam baik berupa propaganda dan konfrontasi perang secara terbuka dari kalangan kafir musyrikin, mahupun komplot dan pengkhianatan tersembunyi dari munafik dan penduduk kaum Yahudi.

5. Kini dunia menyaksikan disepanjang tempoh 1436 tahun ini bahawa sejarah tersebut sentiasa berulang atas umat manusia di atas muka bumi ini.

6. Umat Islam di seluruh dunia menjadi mustad'afin yang diperangi dengan kekuatan persenjataan dan ketenteraan serta ditindas oleh kuasa asing atau regim pemerintah di negara mereka dan dibunuh sewenang-wenangnya tanpa alasan munasabah melainkan hanya kerana mereka itu beriman kepada Allah. Firman Allah SWT:

"Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah"...." (al-Hajj: 40)

7. Negara-negara umat Islam juga digoncang keamanan dan keharmoniannya dengan jarum adu domba dan perebutan kuasa hingga
membangkitkan pertempuran sesama muslim serta kemusnahan khazanah dan kekayaan negara.

8. Maruah dan hak umat Islam juga dicabar dengan pelbagai label ekstrem, penghinaan ke atas Rasulullah SAW dan al-Quran serta ajaran Islam, selain mewujudkan pelbagai rupa bentuk ajaran baru yang mengeliru dan menyesatkan atas nama juzuk-juzuk Islam.

9. Natijahnya, apabila Islam yang pernah memayungi kesejahteraan di dua pertiga dunia ini dimusuhi dan disingkirkan dari teraju umat, bukan kaum muslim sahaja sengsara, tetapi seluruh penghuni dunia menerima bahana dari perbuatan manusia berkepentingan.

10. Antaranya kapitalisma yang meraja hingga menghambakan rakyat menerusi pelbagai sistem ciptaan serta merakusi hak umum dan memilikperibadikan hasil mahsul negara.

11. Mereka yang di atas memperalat kerajaan dan undang-undang serta memanipulasi material untuk mengikat dan menyekat rakyat hingga menodakan kehidupan dalam dosa dan ketidaktenteraman.

12. Malangnya, perkara sama turut berleluasa di dalam negara kita biarpun gah dicanang telah merdeka bebas dari penjajah melepasi 57 tahun.

13. Oleh itu PAS adalah wadah Islam di negara ini yang komited membangunkan nilai-nilai kehidupan Islam menerusi pemerintahan dan penegakan syariat.

14. Maka bersempena Hijraturrasul 1436 ini marilah kita melakukan tajdid dan hijrah kepada kehidupan bernuansa wahyu Allah dan panduan Rasulullah SAW secara istiqamah. Moga-moga tertegak kembali 'rahmat untuk sekalian alam'. Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ialah jihad atau berjuang dan niat untuk jihad (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjuang (dan sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.” (Riwayat Aisyah RA)

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
1 Muharram 1436 / 25 Oktober 2014
 — bersama Dpp Kuala Terengganu dan47 yang lain.
Read More

Friday, 23 May 2014

Tk Intan: TG Nik Aziz - DAP belum pernah menzalimi PAS sebagaimana yang dilakukan UMNO...

Sabtu, 24 Mei 2014

Teluk Intan: Pandangan saya — TG Nik Abdul Aziz Nik Mat


1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan pengkuliah yang lain.

2. Berhubung pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi.

3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi PAS. Bersama-sama DAP dan juga PKR, PAS telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi PAS sebagaimana yang dilakukan UMNO sebelum ini.

4. Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan PAS dengan DAP. Dalam hal ini, PAS sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat PAS ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.

5. Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat PAS dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah UMNO yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen UMNO sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.

6. Saya kira UMNO perlu menilik wajah di cermin sebelum mentohmah PAS kononnya menggadaikan prinsip. Jerawat, kurap dan panau di badan sendiri masih bertompok merata tiba-tiba jari lurus menuding kononnya orang lain itulah pesakit kusta! Sedarkah UMNO bahawa parti Gerakan itulah yang menjanjikan rantai manusia bagi menghalang hudud dibentang?

7. Saya ingatkan sekali lagi, elakkanlah menjadikan isu hudud sebagai bahan kempen di Teluk Intan. Dalam pertarungan DAP dan Gerakan ini, tiada untungnya isu ini ditimbulkan. Pada saya, harapan saya tetap ingin melihat Pakatan Rakyat menang di Teluk Intan dan hudud akhirnya berjaya dilaksanakan!

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 23 Rajab 1435H


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/05/teluk-intan-pandangan-saya-tg-nik-abdul.html#ixzz32a809iSU
Read More

Thursday, 8 May 2014

TG Nik Abdul Aziz ulas ulama Muda Umno... 'mengeluarkan kenyataan biadap'

Khamis, 8 Mei 2014


TG Nik Abdul Aziz ulas ulama Muda Umno

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU:  Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut melahirkan rasa dukacita terhadap tuduhan pihak tertentu yang menyamakan muslimat bertudung labuh sebagai ‘pelacur’ ketika turun membantah GST pada 1 Mei lalu.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa kehairanannya kenapa golongan yang digelarkan Ulama Muda Umno tidak menegur kejadian menyayat hati hingga mengorbankan enam orang remaja pada satu pesta akibat mengambil dadah berlebihan  pertengahan Mac lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Setiausaha Ulama Muda Umno, Mohd Radzi Othman yang mengeluarkan kenyataan biadap dalam laman facebooknya, dengan menggelarkan  muslimat yang turun berdemonstrasi dalam himpunan anti GST tempoh hari sebagai pelacur.

Pada masa yang sama, beliau turut memperbetulkan maksud ‘pelacur’ yang  biasanya golongan itu melanggan pelanggan di tempat tersembunyi, di hotel-hotel.

“Yang saya peliknya kenapa golongan itu tidak dilawan atau dikritik,” ujarnya.

Tuan Guru seterusnya menambah, pada zaman Rasulullah, ada golongan muslimat yang turun ke medan perang yang turut disertai Siti Aisyah isteri baginda.

“Mereka ke medan perang membawa bekalan makanan atau minuman kepada tentera Islam, balut luka,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun memohon masyarakat supaya Allah memberi petunjuk agar tidak memandang serong terhadap pelbagai kaum yang turun membantah GST.

Tambahnya, apa yang dilakukan itu untuk kepentingan masyarakat semua. Tuan Guru berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan yang dikeluarkan Mohd Radzi di dalam facebooknya.

Ekoran daripada itu, Dewan Muslimat PAS Pusat telah membuat laporan polis semalam yang diketuai Siti Zailah Mohd Yusof selaku ketuanya.

Selain itu, Muslimat PAS Wilayah Persekutuan juga turut membuat laporan polis atas perkara yang sama. - HARAKAHDAILY 8/5/2014

  


  • Jue Inna ·  Top Commenter · University Hospital
    Jika dizaman sahabat,jawatan tertinggi dalam memegang amanah rakyat adalah satu beban yang berat patut ditanggung dengan sebaik-baiknya kerana mere takutkan allah lebih dari segalanya... mereka kuat bekerja di siang hari seolah-olah mereka akan hidup selama-lamanya dan dimalam hari mereka membuang dunia dan kembali memenuhi ruang malan dengan beribadat kepada allah untuk akhirat yang akan datang... mereka berjaya mengagungkan islam sampai kehari ini.. .berbeza hari ini,kita menggilakan jawatan tinggi utk kepentinggan diri,kepentinggan saku,, rasa takut pada allah dah kurang mungkin dah hilang,walaupun kita bergelar ulamak.. kita lebih takut akan duit saku hilang bila memberi teguran pada yang mungkar... itu bermakna keimanan kita dah kurang kerana kita tak yakin rezeki itu milik siapa.. kita tak jatuh miskin kerana kita tak yakin allah yang memberikan rezeki... golonggan seperti ini akan mendapat azab yang sangat pedih atas mulut kerena yang meroksakan orang lain.. sebagai ulamak ,tak ada yang lebih ditakuti melainkan allah... itulah sepatutnya pendirian seorg ulamak.....sebagai pejuang islam..

    • Sha Louis ·  ·  Top Commenter
      tu lah ulama muda umnoo bongok

      • Jamlus Abu Bakar ·  ·  Top Commenter · Kota Bharu Teachers College
        Kaum muda yang menggelar diri mereka ulamak sebenarnya tak tahu apa itu ULAMAK........Masa sekarang mana ada ulamak di Malaysia......TGNA pun tak sanggup memikul jawatan ulamak kerana ulamak ni luas tanggung jawabnya.......Lepas ulamak baru ada Tuan Guru atau Ustaz untuk mengembangkan pendapat ulamak.......Bukan ular dalam semak......pandai cakap yang bukan2.

        Photo: Manusia yang mengatakan muslimah bertudung labuh yang pergi demo adalah pelacur kelas atasan. 

Wanita yang pakai bakini (the less the better) bukan pelacur kelas atasan.
        Manusia yang mengatakan muslimah bertudung labuh yang pergi demo adalah pelacur kelas atasan.

        Wanita yang pakai bakini (the less the better) bukan pelacur kelas atasan.
      Read More
      Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
      SILA LAYARI
      Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
      PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

      Popular Posts

      © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

      Designed by ScreenWritersArena