Showing posts with label RUU 355. Show all posts
Showing posts with label RUU 355. Show all posts

Sunday, 26 February 2017

[Video] PULOK DAH! "Jatuh iman, tanam jirat jika tak sokong RUU 355." Perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang.

Isnin, 27 Februari 2017
Foto Suara Rakyat.
Putar Jangan Tak Putar..

"Jatuh iman, tanam jirat jika tak sokong RUU 355", kata Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim yg juga kantoi memfitnah akan berlaku larangan azan di masjid-masjid jika DAP memerintah.



Perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang

Pada 
oleh 
Sepanjang tempoh 48 jam lalu, kita diperlihatkan dengan satu lagi aspek perbezaan ketara antara PAS versi Nik Aziz, dan PAS versi Hadi Awang.
Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung dalam penyampaian memorandum kononnya oleh akar umbi PAS kepada Ketua Penerangan PAS, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat PAS supaya memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai pertalian dengan DAP dan Amanah, diiringi beberapa poster menyerang pimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu.
Banner yang mahal dan berwarna-warni, menyerang pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu – termasuk satu yang memaparkan wajah saya dan menyerang saya sebagai ‘Musuh Melayu/Islan (Rasis)’ – dipamerkan di luar Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak suka dan benci yang bersangatan terhadap pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu seperti Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan saya sendiri.
Ini adalah sesuatu yang tidak akan terjadi dalam PAS versi Nik Aziz, kerana tidak akan ada Ketua Penerangan PAS yang akan berani mengatur dan menjalankan aksi politik nakal sedemikian, kerana beliau pastinya akan mengundang kemarahan Nik Aziz.
Tetapi Nik Aziz sudah tiada, dan apa yang ada hari ini ialah PAS versi Hadi Awang.

Nik Aziz tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin PAS.
Jika DAP dan pemimpin DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, kenapa PAS menganggotai Pakatan Rakyat sepanjang 2008 ke 2013 dan mendapat sokongan majoriti undi popular pada Pilihanraya Umum ke-13, dan hampir menghalau UMNO/BN keluar dari Putrajaya sekiranya sistem pilihanraya adalah benar-benar adil dan demokratik; daripada membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri minoriti pertama negara yang hanya memenangi 47% undi popular, tetapi memperolehi 60% kerusi Parlimen.
Kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, adakah Nik Aziz akan menziarahi mantan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, di kediamannya di Pulau Pinang semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013, di mana hari jadi Nik Aziz yang ke 82 turut disambut dengan kek ‘Pakatan Rakyat’?
Kenapa begitu banyak sekali perubahan terhadap PAS setelah kematian Nik Aziz pada Februari 2015?
Sekiranya Nik Aziz masih hidup, saya tidak fikir PAS akan teragak-agak untuk menyertai pergerakan patriotik parti-parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi global dan menuju nasib sebuah negara gagal.
Malah, sekiranya Nik Aziz masih hidup, PAS akan berada di barisan paling hadapan mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam skandal kleptokratik pengubahan wang berbilion dolar 1MDB, berbanding melihat Presiden PAS semakin selesa dengan Presiden UMNO dan berpendirian bahawa tidak jadi soal kalau Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi global, asalkan Perdana Menterinya beragama Islam.
Walaupun sandiwara 48 jam lalu didakwa berpunca dari akar umbi PAS Selangor yang menyerahkan memorandum kepada pimpinan PAS bagi memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah, tiada siapa yang akan terperanjat jika sebenarnya memorandum dan poster menyerang pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu itu adalah hasil karya agung Ketua Penerangan PAS sendiri.
Serangan terhadap DAP, Amanah dan Bersatu adalah suatu deklarasi perang oleh kepimpinan PAS terhadap DAP, Pakatan Harapan dan Bersatu.
Walaupun sandiwara serangan kepimpinan PAS terhadap DAP, Amanah dan Bersatu itu cuba dialas, kononnya berpunca dari akar umbi PAS Selangor, senario sebenar adalah sangat berbeza.
Hakikatnya, akar umbi PAS Selangor sudah sangat tidak berpuas hati dan bergolak ekoran pendirian garis keras PAS versi Hadi yang selesa bersama UMNO pimpinan Najib, dan mempertahankan Najib dalam skandal pengubahan wang kleptokratik 1MDB.
Ini menjelaskan kenyataan Naib Presiden PAS, Iskandar Abdul Samad, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS minggu lalu  bahawa kalau pun Jawatankuasa Pusat PAS dan Majlis Syura memutuskan untuk berpisah dengan PKR, Exco-exco PAS di Selangor, anggota GLC, ahli majlis dan ketua kampung tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat dalam Muktamar PAS pada bulan April nanti.
PAS Selangor berkemungkinan tewas kesemua 15 kerusi DUN yang dimenanginya dalam PRU ke-13 pada pilihanraya umum yang akan datang, memandangkan para pengundi Islam dan bukan-Islam kecewa dengan halatuju baru PAS pimpinan Hadi yang berbaik-baik dengan Najib dan memperkukuh kedudukannya sebagai Perdana Menteri walaupun wujud skandal kleptokrasi global 1MDB – suatu halatuju yang tidak akan diambil oleh PAS sekiranya Nik Aziz masih hidup.
Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat anti-Melayu, atau anti-Cina, anti-India, anti-Kadazan atau anti-Iban atau anti mana-mana agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia.
Tetapi Hadi sangat berbeza dan saya akan sangat terkejut sekiranya beliau mampu menyokong kenyataan dan aspirasi tersebut secara terbuka.
Dalam ucapan saya kepada Konvensyen Reformis Malaysia 2017 hujung minggu lalu, saya merujuk kepada tiga cabaran utama yang bukan sahaja ditujukan kepada warga Reformasi, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia yang patriotik dan mahu menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara gagal dengan kleptokrasi global.
Tiga cabaran dalam dalam PRU ke-14 yang bakal berlangsung pada suku kedua atau ketiga tahun ini adalah:
Pertama, mempertahan sokongan terhadap perubahan oleh pengundi Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak untuk DAP dan PKR dalam PRU ke-13 lalu;
Kedua, mendapatkan sokongan 3.5 juta ahli dan pengundi UMNO supaya menyokong kempen Selamatkan Malaysia, dalam pertarungan antara ‘Demokrasi lawan Kleptokrasi’;
Ketiga, mendapatkan sokongan ahli dan pengundi PAS supaya menyokong kempen Selamatkan Malaysia bagi memastikan kemenangan demokrasi dan kekalahan kleptokrasi dalam PRU ke-14, serta memastikan semangat dan kenangan Nik Aziz kekal hidup.
Sekiranya kita boleh mencapai tiga tugasan ini dalam PRU ke-14, maka Malaysia akan dapat diselamatkan dan kita boleh menyambut sebuah Malaysia baru dengan penambahbaikan sistem dan institusi bagi memastikan Malaysia tidak akan lagi kembali menuju jalan kleptokrasi dan menjadi sebuah negara gagal. -Roketkini.com
Read More

Thursday, 1 September 2016

Razlan (Pemuda Umno WP) perlu jujur dengan diri, BN juga tolak RUU 355.

Jumaat, 2 September 2016
Gambar

Razlan perlu jujur dengan diri, BN juga tolak RUU 355

Saya cukup teruja apabila Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan membuat kenyataan balas menuduh DAP sebagai parti yang biadap terhadap orang Melayu. Antara dakwaan yang paling menghairankan adalah DAP biadap kerana menolak pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 untuk menaikkan hukuman jenayah syariah yang dibawa oleh Presiden PAS.
Saya terkejut kerana cukup mudah beliau menjadikan bantahan terhadap RUU sebagai kayu ukur kebiadapan terhadap orang Melayu. Jika itulah kayu ukurnya, maka saya fikir ahli Parlimen Barisan Nasional yang dianggotai oleh UMNO juga turut sama biadap terhadap orang Melayu. Jelas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri juga biadap kerana menolak RUU 355. Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem turut sama biadap kerana menyarankan ahli Parlimen Sarawak menolak RUU ini. Malah, tanpa segan silu, pemimpin BN daripada parti MCA, MIC, Gerakan dan SUPP telah membuat kenyataan bersama membantah RUU.
Namun kita tidak mendengar Razlan menemplak mereka. Malah UMNO, parti yang Razlan junjung tidak segan silu tidur sebantal dengan parti-parti itu di dalam BN. Barangkali demi kuasa, biadap atau tidak biadap pun boleh menjadi subjektif!
Malahan, bantahan terhadap RUU datang daripada masyarakat sivil lain seperti Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan G25 (gerakan terdiri daripada bekas penjawat awam Melayu) yang berpendapat pindaan ini tidak perlu dan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud. Mereka ini juga Melayu tetapi tidak bersetuju dengan RUU.
Adakah mereka ini semuanya biadap menurut Razlan? Jika ya, adakah Razlan dan gerombolannya bakal ke pejabat mereka untuk berdemonstrasi dan mencampakkan wang neraka? Razlan juga tidak perlu berlakon sebagai pejuang RUU 355, jika benarlah UMNO bersungguh-sungguh mahu meluluskan RUU, mengapakah pindaan RUU ini di”sub-kontrak”kan kepada PAS?
Saya fikir Razlan perlu berfikir sejenak siapa di Malaysia ini yang “biadap” dengan orang Melayu dengan cara menindas mereka dan gagal menjalankan amanah dengan baik. Sepanjang tempoh pemerintahan UMNO, tanah rizab Melayu telah berkurangan sehingga ke tahap 12% daripada jumlah tanah yang diperuntukkan, walhal di dalam Perlembagaan sudah termaktub tanggungjawab untuk menggantikan semula tanah rizab yang dihilangkan statusnya.
Beliau mungkin boleh merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2013 yang menyatakan sebanyak 65 kes penggantian tanah rizab Melayu di Pahang yang masih belum diselesaikan. Dalam hal ini, siapa agaknya telah biadap dengan membenarkan tanah rizab berkurangan tidak berganti? Belum lagi kita senaraikan berapa banyak tanah setinggan yang telah dihalau tanpa pampasan walaupun kerajaan pimpinan UMNO mampu untuk mengubah dasar tanah negara.
Saya fikir hal ini lebih utama dijawab oleh Razlan jika benar beliau sayangkan Melayu dan bukan sekadar bersorak tidak tentu hala. Kebajikan, hak untuk hidup dengan baik, pengurusan duit negara yang mengutamakan rakyat, ini semua isu besar yang sepatutnya menjadi perjuangan orang Melayu bersama-sama dengan etinik-etnik lain di Malaysia. Perjuangan orang Melayu ini lebih besar daripada isu-isu picisan yang cuba dimainkan Razlan.
Akhir sekali, saya merasakan Razlan tidak layak bercerita soal biadap jika beliau sendiri tidak menghormati orang lain dan mempermainkan agama lain. Sebelum bercerita soal biadap, eloklah beliau cermin diri dan mengubah diri.
Saya menyeru kepada beliau selaku pimpinan Pemuda UMNO untuk tidak lagi bermain politik label yang kononnya DAP anti-Melayu dan Islam. Marilah kita bawa politik matang berbincang soal tatakelola negara yang semakin tidak tentu hala di bawah kepimpinan UMNO kini.
*Farhan adalah seorang Peguam dan juga Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Subang
Roketkini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena