Showing posts with label sokong calon AMANAH. Show all posts
Showing posts with label sokong calon AMANAH. Show all posts

Friday, 17 June 2016

Abe Pa 'WIRA YANG TAK DIDENDANG'...Grand Finale Azmin turun buka puasa, sokong calon Amanah

Jumaat, 17 Jun 2016
WIRA YANG TAK DIDENDANG
WIRA YANG TAK DIDENDANG
Para pemerhati politik di PRK Sungai Besar, pasti perasan dengan banner bertulisan tangan dan khat jawi.
Ini sebenarnya tulisan seorang hamba Allah yang rendah diri bernama Abe Pa. Bayangkan saudara semua banner ini ditulis menggunakan tangan tanpa ada bantuan blok tulisan
Inilah kehebatan hamba Allah yang sangat tawadhuk. Setiap kali menulis, tidak berhenti berzikir.
Semoga Allah redha kerja buat Abe Pa.

MB Selangor turun ke buka puasa, grand finale sokong calon Amanah

Azmin di majlis berbuka puasa pejawat awam dekat Masjid Ma'muniah, Simpang Lima, Sungai Besar.Azmin di majlis berbuka puasa pejawat awam dekat Masjid Ma'muniah, Simpang Lima, Sungai Besar.
Beberapa jam sebelum hari mengundi esok, Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali meningkatkan kempennya untuk calon Amanah di Sungai Besar dengan dua majlis besar iaitu berbuka puasa dengan pejawat awam dan ceramah Grand Finale di pentas Tonggak 10.
Di kedua-dua program ini, orang ramai penuh sesak mendengar ucapan timbalan presiden PKR itu yang antara lain mengajak orang ramai mengundi calon Amanah, Azhar Abdul Shukur  dalam pilihan raya esok.
Azmin berucap ceramah Grand Finale yang diadakan di pentas Tonggak 10, Sungai Besar.Azmin berucap ceramah Grand Finale yang diadakan di pentas Tonggak 10, Sungai Besar.
Ini adalah pusingan ketiga Azmin turun membantu calon Amanah selepas hari pernamaan calon dan Iftar Perdana bersama calon Amanah sebelum ini.

Turut serta memerhatikan Azmin meminta sokongan untuk calon Amanah adalah calon Pas, Dr Rani Othman.
Dalam majlis berbuka puasa dengan pejawat awam di Masjid Ma'muniah di Simpang Lima, Sungai Besar, khemah yang disediakan untuk majlis itu penuh sesak.
Begitu juga dalam ceramah Grand Finale di pentas Tonggak 10 yang terletak di pekan Sungai Besar, orang ramai penuh sesak hingga merapat ke pentas.   Turut berucap selain calon Amanah, Azhar Abdul Shukur adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub dan juga bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Muhamad Taib.
Read More

Thursday, 16 June 2016

Muhyiddin turun Sungai Besar sokong calon AMANAH..."Jangan terguris 'harumanis' Pas sokong Amanah di dua PRK"

Jumaat, 17 Jun 2016
Muhyiddin turun Sungai Besar sokong calon AMANAH
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turun ke Sungai Besar bagi berkempen menyokong calon AMANAH Ustaz Azhar Datuk Abdul Shukor.
Beliau bersama Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) bertemu pengundi di Pasar Awam dan Pasar Tani Pasir Panjang kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Lawatan beliau itu sekaligus melengkapkan sokongan pemimpin utama kumpulan Gerakan Selamatkan Malaysia yang mahu Najib meletak jawatan.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah turun menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon AMANAH, Ustaz Azhar Datuk Abd Shukor.

Jangan terguris 'harumanis' Pas sokong Amanah di dua PRK

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh sebenar parti-parti bertanding.
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh sebenar parti-parti bertanding.
Pucuk pimpinan tertinggi Pas diharap dapat menerima kecenderungan ahli-ahli parti itu yang menyokong Amanah  dengan penuh lapang dada, ujar Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin.
Shazni Munir Mohd IthninShazni Munir Mohd IthninBeliau yang juga Penyelaras Jentera Induk Pemuda Amanah di Sungai Besar berkata, segala ugutan, tohmahan, kata-kata nista dan kejian kepada kelompok berkenaan harus dihindarkan dalam konteks politik matang dan sejahtera.
"Ini memandangkan mereka juga mempunyai anak-anak, ayah, ibu dan keluarga yang perlu dipelihara hati dan perasaan sebagai manusia biasa," jelasnya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau mengulas kehadiran secara terbuka pimpinan kawasan dan cawangan Pas Kawasan Sungai Besar dalam pelbagai program penerangan anjuran Amanah selepas calon Pas, Dr Rani Osman menghadiri majlis iftar Amanah, Selasa lalu.
Menurut Shazni, kehadiran mereka dilihat sebagai sokongan tidak langsung kelompok yang digelar 'harumanis' ini kepada parti diterajui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu itu.
"Politik seharusnya ditanggap sebagai salah satu daripada proses menentukan halatuju negara. Sebarang persengketaan berasaskan emosi, sentimen kepartian melampau dan ketaksuban membuta-tuli sewajarnya tidak berlaku dan wajib ditegah jika perlakuan-perlakuan jelek ini sedang bermaharajalela.
"Anggota setiap parti perlu ditertibkan dengan akal budi yang sihat dan tidak terjebak dengan pertelingkahan yang tidak membangun agama dan negara," ujarnya.
Sehubungan itu, Shazni mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh menggerakkan sokongan kepada calon Amanah dan Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil kali ini.
"Marilah sama-sama kita berdoa agar kemenangan bakal memihak kepada calon Amanah/ Pakatan Harapan. Pesanan buat seluruh jentera, usah berhenti hingga garis akhir perlumbaan. Terus bergerak dan maju," tegasnya lagi.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena