Mustapha Yaakub 
 Mustapha Yaakub
SHAH ALAM - Bibit penyatuan antara Umno dan Pas semakin jelas apabila kedua-dua kepimpinan parti itu positif untuk menjalin kerjasama.

Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuatkan masyarakat Melayu khas meletakkan harapan agar kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama yang lebih rapat.

“Kami veteran Umno menyambut baik jika kedua-dua parti menjalin kerjasama untuk kebaikan ummah.

“Telah lama kami nantikan saat ini, perkembangan akhir-akhir ini cukup positif kita percaya keakraban kedua-dua parti membuatkan Melayu dan Islam semakin kuat,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri yang berada di Jeddah menegaskan Umno bersedia berbincang sebarang perkara berkaitan kepentingan umat Islam dengan Pas terutama selepas pembentukan kepemimpinan baharu parti itu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau turut meletakkan harapan untuk kepimpinan baharu Pas ke arah kerjasama itu.
Posted by Kedah Lanie