Friday, 5 June 2015

Muktamar Luluskan Usul Putus Hubungan Dengan DAP...'Awas dalam jubah ada siku, dan kepala...'

Sabtu, 6 Jun 2015
Muktamar PAS :  Muktamar Luluskan Usul Putus Hubungan Dengan DAP Tanpa Bahas

Apa Barang setakat kata hendak Putus dengan DAP sedangkan DAP masih didalam PR, lagi pun PR bukan nya satu Gabungan yang di Daftarkan Pertubuhan nya, hanya nama nya aje PR tapi Lambang dan Logo pun tak ada... dan semasa Bertanding didalam Pilihan Raya semua Parti didalam PR menggunakan Lambang Parti masing-masing tak gitu beb... 

Jadi rasa nya tiada Masalah untuk PAS Keluar dari PR yang hanya ada Tiga Parti Bergabung, ditambah lagi satu lagi Parti Gabungan iaitu Parti PKR pun bukan nya mahu kan kepada Hudud yang Diperjuangkan oleh PAS. Oleh itu amat sesuai sangat lah jika Usul Keluar PR pun turut sama Dibentangkan dan seterus nya Diluluskan Tanpa Bahas secepat Mungkin... 

Buktikan lah bahawa PAS bukan hanya setakat Parti untuk Pilihan Raya tetapi satu Gerakan Islam yang mahu Keredhaan Allah SWT seperti yang Didakwa, dan Buktikan juga bahawa Kepimpinan Baru PAS adalah Kepimpinan yang BERPERINSIP dalam Memperjuangkan Islam di Bumi Malaysia. Jangan Mulut Cakap lain Tetapi Perbuatan Lain Dari Yang Lain... 
Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang di 12:27:00 PG
(disunting)

'Awas dalam jubah ada siku, kepala lutut'


Dewan Ulama PAS hari ini memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencabar kesabaran anggota sayap parti  itu.

Malah, wakil Dewan Ulama Nasruddin Hassan berkata, usul dewan itu untuk memutuskan hubungan DAP adalah "pengajaran" kerana pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak bekerjasama dengan PAS dan presidennya.

"Dia (DAP) tampar kita banyak kali. Bila kita kata jangan tampar pipi kanan sebab pedih, dia tampar pipi kiri. Kemudian dia tampar bertalu-talu. Akhirnya kita tampar dia sekali, baru dia tahu bahawa kena tampar itu sebenarnya pedih.

"Saya rayu janganlah cabar kesabaran kami. Walaupun kami dari Dewan Ulama yang rata-ratanya memakai kopiah, serban, berjubah, tetapi ingat dalam jubah ini ada siku dan lutut yang masih kita belum guna lagi," katanya ahli parlimen Temerloh itu sambil mendapat laungan takbir daripada  perwakilan dan pemerhati.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Dewan Ulama di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Selain itu, Nasruddin berkata beliau turut berjanji untuk memastikan Dewan Ulama menjadi jambatan agar PAS lebih dekat dengan golongan bukan Islam.

Malah, dengan bersemangat, beliau berkata dewan tersebut juga akan memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan parti tersebut lebih hebat.

"Insya-Allah Dewan Ulama PAS akan jadi jambatan untuk membawa PAS lebih rapat dengan yang bukan Islam bersama-sama adik bongsu kita dari Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP).

"Dewan Ulama menyatakan komitmen tinggi untuk jadikan jemaah ini lebih bertenaga dan hebat," kata Nasruddin lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena