Thursday 18 February 2016

Amanah berkunjung ke Terengganu dan Pahang lagi...Mengapa AMANAH SERANG PANTAI TIMUR?

Khamis, 18 Februari 2016
AMANAH SERANG PANTAI TIMUR 


BARU-BARU ini Presiden Amanah, Mat Sabu telah berkunjung ke Terengganu lagi.  Selain dari program ceramah, turut diadakan adalah Forum Soal-Jawab untuk rakyat Terengganu mendapatkan info-info semasa berkaitan politik negara khususnya politik dan perjuangan parti Amanah itu sendiri.   

Sebelum ini ada yang berpendapat, Terengganu bukan tempat Amanah untuk mencari pengaruh kerana Terengganu adalah kubu kuat Pas.  Ternyata itu anggapan silap kerana semenjak parti Amanah ditubuhkan, entah beberapa kali program-program Amanah diadakan di negeri tersebut.  Ertinya, Amanah amat teruja untuk memperluaskan pengaruhnya.  Ada yang mempersoalkan kehadiran di program-program Amanah kononnya tidak ramai.  Mereka bandingkan dengan program-program Pas yang telah tertubuh tahun 1951 lagi.  Bagi aku, kalau di satu-satu tempat kehadiran seramai 50 orang saja untuk program-program Amanah, itu sudah mengkagumkan terutamanya kalau di Terengganu.  Aku masih ingat,  sebelum era reformasi dulu program-program Pas pun mahu mencecah 50 orang amat sakit. 

Itu biasa, Amanah sememangnya amat ditakuti akan pengaruhnya.  Walaupun digelar sebagai parti nyamuk, namun kehadirannya sentiasa menjadi perhatian.  Pada 22 Feb ini nanti, Presiden Amanah akan ke Pahang pula selama tiga hari.  Pada 22 Feb, program beliau di Jerantut.  Pada 24 Feb, program ke Temerloh dan berakhir di Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Pekan dalam satu program di Indera Sempurna. Pahang juga dikatakan tidak akan ditembusi Amanah.  Namun kehadirannya menunjukkan Amanah bukan parti penakut.  Di mana saja ada Umno/Bn, Amanah akan datang bersama panji-panji Pakatan Harapan.  
Syabas, Amanah!! 
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena