Wednesday, 17 February 2016

PAS 'mundur' punca ahli akademik sertai AMANAH..."Negara memerlukan sistem dwi-parti, Pas telah memusnahkan PR."

Rabu, 17 Februari 2016

PAS mundur punca ahli akademik sertai AMANAH

 | February 17, 2016
Negara memerlukan sistem dwi-parti untuk memberikan faedah kepada rakyat.
amanah-Dr-Sulaiman-Mohd-Nor
PETALING JAYA: Dr Sulaiman Mohd Nor yang merupakan seorang bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendakwa, langkah ahli akademik memilih untuk menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) menerusi barisan pembangkang adalah disebabkan, PAS dilihat sebagai sebuah parti politik yang terkebelakang.
Ini kerana katanya, tindakan PAS yang keluar dari Pakatan Rakyat (PR) pada tahun lepas telah memusnahkan gabungan parti pembangkang hingga menyukarkan usaha rakyat untuk mencapai sistem dwi-parti.
“Saya amat percaya negara memerlukan sistem dwi-parti agar yang betul-betul mendapat faedah adalah rakyat. Pemerintah hanya dipilih mengurus, bukan menjadi tuan.
“Namun apabila PAS keluar dari PR, itu adalah tindakan ke belakang. Saya bersama AMANAH kerana ingin mengukuh PH (Pakatan Harapan) agar sistem dwi-parti betul-betul dapat tercapai demi faedah dan nikmat sebenar kepada generasi akan datang,” kata bekas pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik itu, lapor sebuah laman portal.
Menurutnya, AMANAH adalah sebuah parti politik yang tidak mengkhianati perjuangan Islam serta menentang konsep biar Melayu memerintah, walaupun rasuah.
Malah katanya, parti itu juga tidak mengamalkan budaya menakut-nakutkan orang Melayu dengan mengatakan kononnya Cina akan memerintah.
Dr Sulaiman adalah antara lima ahli akademik yang mengumumkan secara rasmi menyertai parti AMANAH, kelmarin.
Turut melakukan perkara sama adalah seorang bekas Pegawai Diplomatik (PTD).

FMT.

1 comments:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena