Monday 29 February 2016

[Video] REFORMASI NEGARA...Tolak NAJIB selamatkan NEGARA, bukan selamatkan UMNO!

Selasa, 1 Mac 2016

Tolak NAJIB selamatkan NEGARA..bukan selamatkan UMNO..!!

Kenyataan Media

TURUNKAN NAJIB SEBAHAGIAN DARIPADA REFORMASI NEGARA.


1. Negara dan rakyat sudah tidak mampu bertahan menanggung beban maruah tercalar, ekonomi kewangan bernanar, rasuah berlegar menjadi makanan harian, salahguna kuasa bermaharaja lela, pembohongan makin menjadi-jadi, pembodek dihargai, yang salah disanjungi, yang benar dikeji dan beban hidup rakyat makin merempat akibat daripada keangkuhan Najib dan kerajaan Umno Bn memerintah negara tanpa menghirau benar atau salah dosa atau pahala.

2. Kedegilan dan keangkuhan Najib dan kerajaan Umno Bn untuk mengakui kesilapan dan kesalahan menjadikan negara ini terbabas daripada landasan keadilan dan demokrasi menuju menjerumus ke gaung kemusnahan. Serangan, pencerobohan dan pencabulan terhadap institusi perundangan dan kewangan negara PDRM, SPRM, PEGUAM NEGARA, BANK NEGARA dan sebagainya menjadikan negara sedang dikuasai oleh "INSTITUSI NAJIB".

TIADA REFORMASI NEGARA JIKA NAJIB SEORANG GAGAL DITURUNKAN.

3. Jika perkiraan politik pilihan raya untuk parti pembangkang sudah tentu saya mengambil pendirian biarlah Najib terus menjadi PM dan senang untuk rakyat marah pada Najib dan menolak Umno Bn pada PRU14 nanti. Tetapi untuk hendak sampai PRU14 mungkin 2 tahun lagi. Kerosakan kian meruntuhkan negara dan rakyat makin derita. Apakah kerana kepentingan parti pembangkang kita sanggup memangsakan rakyat dan negara?

4. Tidak sama sekali. Yang penting Negara dan rakyat mesti didahulukan. Malaysia dan rakyatnya mesti diselamatkan. Najib mesti diturunkan melalui desakan dan tuntutan rakyat secara demokratik. Turunkan Najib adalah sebahagian reformasi Negara. Jika ada orang menyatakan tidak cukup menurun Najib seorang jika sistem dan institusi tidak berubah, saya bersetuju kenyataan tersebut dan reformasi institusi (institutional reform) ini bermula dengan menurunkan Najib daripada jawatan PM.

5. Jika Najib seorang tidak dapat diturunkan jangan bermimpi untuk reformasi negara Kerana Najib sendiri kini sudah menjadi satu institusi. PRU14 seluruh institusi negara akan dikerah untuk melindungi serta mempertahankan Najib dan pasukannya. Keazaman dan kebijaksanaan kita tidak pernah berganjak untuk merubah sistem.

"BERJUANG TERUS BERJUANG"
"LAWAN TETAP LAWAN"

‪#‎UndurNajib‬
‪#‎SelamatkanMalaysia‬

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
28 Februari 2016/19 Jamadilawal 1437H

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena