DANA RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK MEMBIAYAI KEMPEN PLIHANRAYA UMUM 13 (PRU13) BARISAN NASIONAL: SATU LAGI BENTUK “DERMA” MENGGUNAKAN DANA RAKYAT
Pada kala rakyat masih mempersoalkan skandal RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk membiayai perbelanjaan Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang lalu, saya boleh mengesahkan bahawa ada perbelanjaan kempen Barisan Nasional yang tidak dibiayai oleh derma RM2.6 bilion itu (seperti yang didakwa Dato’ Seri Najib Tun Razak) sebaliknya menggunakan dana rakyat.
Dalam kempen PRU13 yang lalu, Barisan Nasional banyak menggunakan pihak ketiga termasuk badan-badan bukan kerajaan dan yayasan untuk berkempen mendapatkan undi dari kumpulan tertentu. Salah satu dari kempen seperti itu adalah melalui Sahabat BN yang digerakkan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) yang mana presidennya Datuk K.K. Eswaran adalah seorang yang dilaporkan rapat dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Bukti bahawa Sahabat BN MAICCI telah berkempen untuk Barisan Nasional telah mendapat liputan meluas dan turut dipaparkan di laman-laman pimpinan Barisan Nasional seperti berikut:
“GE13: Najib has done a lot for the Indians, says Eswaran” – laman BNhttp://barisannasional.org.my/node/2183
“MAICCI pelawa Anwar lawat pusat penerangannya” – Astro Awanihttp://www.astroawani.com/berita-pilihanraya/maicci-pelawa-anwar-lawat-pusat-penerangannya-11967
“Majlis Jamuan Makan Malam Dengan MAICCI-Sahabat BN-Jentera PRU13” – laman FB Teng Chang Yeow dan BN Pulau Pinanghttps://www.facebook.com/BNpulaupinang/posts/434419126640245
Laman FB Pusat Informasi Sahabat BN MAICCI –https://www.facebook.com/pages/Pusat-Informasi-Maicci-Sahabat-Barisan-Nasional/589184087758505
“Sokongan kaum India kepada Barisan Nasional kian memuncak” – Utusan Malaysiahttp://ww1.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130408/px_34/Sokongan-kaum-India-kepada-Barisan-Nasional-kian-memuncak
“PRU-13: Masyarakat India di Melaka tolak pembangkang” – Utusan Malaysiahttp://ww1.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130409/px_46/PRU-13-Masyarakat-India-di-Melaka-tolak-pembangkang
Saya boleh mengesahkan di dalam mesyuarat Majlis Pengurusan MAICCI bertarikh 11 Mei 2013 (iaitu sejurus selepas PRU13), Datuk K.K.Eswaran telah mengumumkan bahawa beliau sendiri telah berjaya mendapatkan “derma” sebanyak RM2.5 juta bagi membiayai kempen Sahabat BN MAICCI sehingga peruntukan RM300,000 yang diluluskan oleh MAICCI bagi tujuan itu tidak diperlukan. Saya sertakan minit mesyuarat Majlis Pengurusan MAICCI bertarikh 11 Mei 2013 yang secara jelas menyebut perkataan “donation” (derma) bagi tujuan membiayai perbelanjaan PRU13.
Apa yang tidak diumumkan di dalam mesyuarat tersebut ialah sebahagian besar dari “derma” yang kononnya membiayai perbelanjaan PRU13 Sahabat BN itu sebenarnya datang dari wang rakyat yang disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada MAICCI.
Saya lampirkan surat Kementerian Kewangan bertarikh 23 April 2013 kepada Datuk K.K.Eswaran yang mengesahkan bahawa Perbendaharaan telah menyalurkan geran sebanyak RM2 juta kepada MAICCI. Malah, Datuk K.K.Eswaran sendiri mengesahkan telah menerima geran RM2 juta ini dari Kerajaan Persekutuan yang kemudiannya dibelanjakan bagi membiayai perbelanjaan kempen BN melalui program Sahabat BN yang dikendalikan oleh MAICCI.
Saya ingin mengajukan soalan paling mudah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak – kenapa beliau tidak mengambil RM2 juta dari “derma” RM2.6 bilion yang didakwanya untuk membiayai kempen BN sehingga menyalurkan RM2 juta dana awam dengan cara ini yang semestinya telah melanggar undang-undang?
Lebih penting lagi – dengan adanya bukti kukuh bahawa sebahagian kempen BN sebenarnya dibiayai oleh dana rakyat (seperti program Sahabat BN untuk masyarakat India), ini menimbulkan keraguan bahawa kempen BN dalam PRU13 benar-benar dibiayai oleh sumbangan “derma” RM2.6 bilion seperti yang didakwa oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
1 comments:
Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam
Post a Comment