Friday 19 February 2016

[Video] Ling: Negara kembali aman, stabil jika Najib, Rosmah disingkir..." Jib, awak fikir rakyat bodoh."

Jumaat. 19 Februari 2016
KENAPA Wall Street Journal berdegil tak nak percaya RM2.6 bilion itu derma yang dia sudah pulangkan. Maka:

1) Najib Razak perlu saman WSJ secepat mungkin jika ini tidak benar. Kalau betul RM2.6 bilion itu bukan dana rakyat dari 1MDB, samanlah WSJ jika Najib di pihak benar..

2) Rakyat Malaysia perlu terus desak untuk buka balik siasatan untuk dakwa DS Najib. Ramai lagi belum tandatangan petisyen untuk mendakwa DS Najib. Mohon sebarkan tandatangan petisyen di...

bit.ly/DakwaNajib

Ling: Negara kembali aman, stabil jika Najib, Rosmah disingkir


Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mengheretnya ke mahkamah atas saman fitnah.
Menurut bekas menteri kanan itu, tidak ada yang apa yang salah dengan Umno dan BN.
"Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor).
"Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor.
Beliau mengulas soalan berhubung keputusannya untuk terbabit dengan perhimpunan BERSIH, pada Ogos tahun lalu dan tuduhan terhadap Najib mengenai ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.
Ling berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.
"Dua-dua mereka terlibat, saya mungkin salah, tapi jika hanya Najib, Najib lah," katanya.
Bekas presiden MCA turut membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma berkenaan.
"Semua oang terkejut," katanya apabila diminta mengulas perkara itu.
"Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?
"(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).
"Awak fikir rakyat bodoh," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena