Monday 15 February 2016

AMANAH & Pas kongsi pentas bantah 'peludah bahasa'...Mereka dilihat bersalaman antara satu sama lain.

Isnin, 15 Februari 2016

PAS, AMANAH kongsi pentas bantah 'peludah bahasa'

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) melancarkan kempen menggesa kerajaan mansuhkan Program Dwibahasa (DLP) yang didakwa cubaan mengembalikan Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan.
Acara di pusat membeli-belah Sogo di ibu negara, hari ini dihadiri tiga sasterawan negara iaitu Datuk Dr Mohd Anwar Ridhwan, Prof Dr Muhammad Salleh serta Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain).

Dalam pelancaran kempen itu juga menyaksikan PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) bekerjasama menggesa pemansuhan DLP.

Antara wakil PAS yang hadir ialah naib presiden Idris Ahmad manakala di pihak AMANAH pula setiausaha organisasinya Suhaizan Kaiat, yang juga bekas ketua pemuda PAS.

Melupakan perbezaan, kedua-dua mereka dilihat bersalaman antara satu sama lain.

Pelancaran tengah hari ini dimulai dengan ucapan wakil NGO, antaranya Angkatan Belia Malaysia (Abim), wakil dari PAS, AMANAH serta ketiga-tiga sasterawan negara.

Ia kemudian diikuti oleh bacaan sajak dan persembahan nyanyian.

Mereka membawa pelbagai poster dan kain rentang kempen.

Antara poster menarik bertulis "Kami tolak peludah bahasa", yang diinspirasikan daripada sajak terkenal Sasterawan Negara A Samad Said. By 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena