Wednesday 24 February 2016

Mahathir ajak rakyat bangkit lawan Najib..."Pegawai polis Bukit Aman telah sampai sebentar tadi di Perdana Foundation".

Rabu, 24 Februari 2016
Page Liked · 5 hrs 
 
Pegawai polis dari Bukit Aman telah sampai sebentar tadi di Perdana Foundation untuk mengambil kenyataan dari Tun Mahathir...!!!

Mahathir ajak rakyat bangkit lawan Najib


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak rakyat supaya bangkit untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya rasa sudah tiba masanya apabila parti-parti tidak penting lagi. Masalah ini memberi kesan kepada negara.
"Saya mahu setiap orang sebagai warga negara yang prihatin dengan apa yang berlaku di negara ini, sebagai warga negara, tidak kira sama ada kita adalah pembangkang atau pun kerajaan.
"Sekarang masanya untuk bertindak sebagai warganegara, tanpa mengira fahaman parti atau kesetiaan," katanya hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan ahli parlimen PAS Mahfuz Omar pada Jumaat lalu. Mahfuz mendakwa Mahathir menggesa pembangkang supaya bersatu bersama NGO untuk menjatuhkan Najib.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas soalan sama ada beliau sedia memainkan peranan untuk menggerakkan rakyat dan parti-parti politik supaya bersatu dan bertindak.
Pada pertemuan mereka pada Jumaat lalu, Mahfuz meminta bekas perdana menteri itu untuk menerajui kempen menentang Najib.
"Ramai orang jumpa saya dan kata mereka sokong saya. [...] Saya sanggup lakukan sesuatu untuk beri penjelasan kepada orang ramai.
“Kerana sokongan ini, saya perlu bersama," katanya.
Menurut Mahathir rakyat mahukan dirinya melakukan sesuatu dan beliau pernah menasihatkan Najib namun tidak ada sebarang tindakan yang diambilnya untuk menangani keresahan rakyat.
"Saya nasihat Najib, tapi tidak buat. Saya hantar surat kata tidak sokong lagi tapi dia tidak baca.
"Bukan saya seorang sahaja yang bimbang tapi ramai yang bimbang dengan kerajaan kerana budaya wang adalah raja," katanya.
Mahathir juga memberi amaran kepada Najib bahawa isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang melanda negara itu adalah jauh daripada berakhir.
Katanya, jenayah adalah tetap jenayah walaupun wang derma itu sudah dikembalikan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena