Thursday, 4 February 2016

Betoi ka, semenjak TH terpalit dgn skandal 1MDB, pelbagai putar belit & masalah timbul? La ni tak jadi jual tanah TRX pulak!

Khamis, 4 Februari 2016


APA DAH JADI pada Tabung Haji..

Semenjak TH terpalit dgn skandal 1MDB & disumbatkan kuncu2 UMNO & 1MDB, pelbagai putar belit & masalah timbul..

Kami sayang & mahukan Tabung Haji spt dahulu yg mana ditadbir urus oleh golongan professional seperti Tan Sri Hanapiah, anak melayu pertama yang mempunyai lulusan charted accountant.. BUKANNYA dipenuhi spesis2 politik busuk UMNO..
1 hr

KANTOI..!!! Kenapa dividen kali ini (tahun 2015) sudah jatuh susut 1.25 peratus. Bukankah Pengerusi TH sebelum ini telah bermati-matian mengatakan bhw TH mampu bayar dividen yang 'memberangsangkan'..

Tang mana 'memberangsangkan' tu !!!

APA RESPON & tindak balas pendeposit2 Tabung Haji !!!

Dengan penyusutan dividen TH kali ini, adakah ini menunjukkan Tabung Haji yg ditadbir urus oleh kroni2 UMNO & 1MDB telah mengalami masalah kewangan atau kerugian seperti yang didakwa sesetengah pihak.. ??

Tabung Haji tak jadi jual tanah TRX, kata Azeez
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 4 February 2016 2:09 PM
Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, TH Properties dipertanggungjawabkan untuk membangunkan tanah Tun Razak Exchange bagi membina kediaman pangsapuri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2016.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, TH Properties dipertanggungjawabkan untuk membangunkan tanah Tun Razak Exchange bagi membina kediaman pangsapuri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2016. 
Azeez berkata, anak syarikat Tabung Haji, TH Properties dipertanggungjawabkan untuk membangunkan tanah berkenaan bagi membina kediaman pangsapuri.
"Tanah itu sebelum ini bernilai RM177.5 juta, sekarang RM250 juta. Bila kita bawa dalam Parlimen, malah bukan setakat BNBBC, pembangkang ada usulkan tak perlu jual, tanah itu berharga," kata Azeez merujuk kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional.
"TH Properties diberi mandat membangunkan bangunan pangsapuri," katanya.
Azeez berkata, nilai tanah di TRX sebelum ini berharga RM2,700 sekaki persegi, kini meningkat kepada RM3,100 sekaki persegi.
Manakala nilai pembangunan kasar (GDV) tanah berkenaan dianggarkan RM820 juta.
Tabung Haji juga sedang berusaha mendapatkan kelulusan untuk plot ratio yang lebih tinggi daripada 1:10.
Pada Jun 2015, Tabung Haji membuat keputusan untuk menjual tanah yang dibeli daripada syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menghentikan persepsi buruk terhadap isu itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga memberitahu Dewan Negara yang proses pembelian tanah di TRX berasaskan landasan perniagaan dan tiada unsur lain mempengaruhi keputusan itu.
"Untuk proses pembelian TRX, ia dibuat sepenuhnya berdasarkan kepada landasan perniagaan dan mematuhi syariah. Itu sebabnya proses pembelian dibuat dengan begitu rapi walaupun tawaran bermula Mei 2013 namun proses membelinya pada 2015. – 4 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tabung-haji-tak-jual-tanah-trx-akan-bangunkan-pangsapuri-kata-azeez#sthash.5ULL3OTJ.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena