Monday 1 February 2016

Ganti kubah masjid RM32.4 juta! Adakah nanti Azmin sekutu PAS yang cenderung kepada UMNO akan mengalihkan isu - chegubard.blogspot.my

Isnin, 1 Februari 2016
  20 2 0 24

Ganti kubah masjid RM32.4 juta?

 | February 1, 2016
Penggantian kubah masjid itu bakal dimulakan pada hujung Mac atau awal April depan
Badrul-Hisham-Shaharin,.jubah
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor didakwa terus melakukan pembaziran apabila mahu mengganti kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri dengan perbelanjaan mencecah RM32.4juta.
Perkara itu didedahkan oleh ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.
Menurutnya, belum pun habis kekecewaan rakyat di negeri itu ekoran pembaziran apabila kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan projek `facelift’ (ubah suai ringan) pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang bernilai RM9.8 juta kini timbul pula isu berkenaan.
“Terbaru ialah hujung Mac atau awal April akan dimulakan projek menggantikan kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta. Saya pertegaskan ia satu pembaziran dan bukan keperluan mendesak untuk mengeluarkan perbelanjaan setinggi nilai tersebut dalam keadaan gawat sebegini.
“Adakah nanti projek ini juga setelah ramai pertikaikan akan turut ditutup dengan kononya sudah ada penderma ? atau sebut sahaja ia kehendak Istana dan tidak boleh dielakkan ? atau Azmin yang menjadi sekutu kepada PAS yang kini cenderung kepada UMNO akan mengalihkan isu – mempertikai pembaziran kubah ini umpama pertikai insitusi Islam di Selangor,” tulisnya diblogchegubard.blogspot.my.
Tegas Badrul Hisham lagi, banyak keperluan lain dalam negeri Selangor yang harus diberikan tumpuan seperti daripada mengeluarkan perbelanjaan yang banyak hanya kerana mahu menggantikan kubah masjid.
“Jika benar prihatin dengan pembinaan modal insan atau pendidikan seperti yang ditekankan oleh Islam maka bayangkan jika nilai wang RM32.4j itu diberikan kepada isntitut pendidikan bawah kawalan kerajaan negeri seperti UNISEL maka tidak mustahil pendidikan percuma pun mampu terlaksana. Jika diberikan kepada anak – anak muda untuk dilatih dan dimodalkan mereka memulakan perniagaan berapa ratus ribu usahawan muda mampu dihasilkan?
“Jika bercakap soal infra, tahukah kita berapa banyak jalan rosak di Selangor jika wang ini digunakan untuk membaiki jalanraya betapa kehidupan pengundi akan meningkat malah kemalangan boleh dielakkan,” ujarnya.
Justeru, beliau menegaskan pembaziran, salah guna atau kelemahan urus tadbir mahupun penyelewengan harus ditentang secara berani tidak kira siapa sahaja yang melakukan kerana ia merupakan didikan reformasi ke atas dirinya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena