Ini Menteri Ekonomi Jepun Akira Amari (bukan Islam) menangis ketika mengaku ambil derma USD8,400 dan meletak jawatan..
Menteri RM2.6b khalifah bani Melayu buat muka xmalu..
Xreti reti org dah xsuka lg tersua sua.. Jilakee !!
Nampak perbezaan..?
Ini Najib mesti saman Finance Asia...!!!
Tapi tunggu hari selasa...tahun dan bulannya akan diberitahu kelak...kahkah
Mr Os nafi masuk PAS
Mr Os menafikan dakwaan beliau menyertai PAS ekoran sekeping gambarnya pada Sambutan 63 Tahun PAS Perlis yang menjadi viral di laman media sosial. – Gambar Facebook, 4 Februari, 2016.
Sekeping gambarnya bernama Yusof Hamid dipercayai muncul atas pentas PAS ketika Sambutan 63 Tahun PAS Perlis menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan tanda tanya.
"Saya artis, kalau orang panggil saya atas pentas, saya naik saja. Saya tidak keluar kenyataan (masuk PAS).
"Kalau katakan saya duduk sebelah (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak, adakah saya timbalan perdana menteri?" katanya kepada The Malaysian Insider.
Sinar Harian Online sebelum ini melaporkan gambar menunjukkan Mr Os berada di atas pentas PAS dimuat naik laman Facebook rasmi, Pemuda PAS (DPP Malaysia official) pada 31 Januari lalu, sekali gus menimbulkan persoalan adakah beliau menyertai parti itu.
Kapsyen pada gambar itu berbunyi, “Gambar ini diambil semasa berlangsungnya program Sambutan 63 Tahun PAS Perlis semalam. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar”.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan ketika diminta respons berhubung perkara itu berkata beliau tidak pasti dengan dakwaan itu.
“Saya tidak pasti mengenai penyertaannya sebagai ahli PAS. Nanti saya semak. Cuma yang pasti beliau begitu mesra dengan PAS dan menghadiri beberapa program PAS mutakhir ini,” katanya kepada Sinar Online. – 4 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mr-os-nafi-masuk-pas#sthash.ePanwVvZ.dpuf
0 comments:
Post a Comment