Tuesday, 9 February 2016

[Video Manusia 1/2 Dewa] Ulama PAS ‘maafkan’ Adun berpakaian menyerupai dewa Cina...'Terlepas Sebab Dia Geng Ulama?'.

Selasa, 9 Februari 2016


Ulama PAS ‘maafkan’ Adun berpakaian menyerupai dewa Cina 


Dewan Ulama PAS Pusat menerima rasa kesal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian seperti dewa Cina dalam satu sambutan Tahun Baharu Cina di Sungai Buloh, semalam. 

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, insiden itu juga dikesali pihaknya namun mereka yakin Khairuddin tidak berniat mempersendakan Islam. 


"Merujuk kes melibatkan Khairuddin, yang memakai pakaian keagamaan berbentuk dewa yang disembah masyarakat beragama Buddha dan kemudiannya mencetus pertikaian di kalangan awam umat Islam. Iia satu insiden yang mendukacitakan. 

"Namun, Dewan Ulama PAS Pusat merasakan ia berlaku bukanlah bertujuan melanggar batasan agama jauh sekali memperkecil serta mempersendakan syariat Islam. 

"Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain," katanya menerusi satu kenyataan. 

Zawawi juga berharap agar ahli parti mengambil iktibar daripada kejadian itu. 

"Dewan Ulama PAS mengharapkan kepada semua ahli PAS lebih berhemah dalam apa jua tingkah laku yang membabitkan keagamaan agar ia tidak menimbulkan permasalahan dan fitnah kepada semua agama yang wujud dalam negara kita tercinta ini. 

"Semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi dan kita harap segalanya diampunkan Allah," katanya. 

Khairuddin semalam dilapor Utusan Online sebagai menyerahkan nasibnya kepada kepimpinan parti selepas memakai pakaian menyerupai dewa Cai Guo Jiu dalam satu majlis. 

Menurut Khairuddin, beliau dimaklumkan pihak menjemputnya yang pakaian tersebut adalah pakaian maharaja Cina. -TMI 


ULASAN GB

Soal "niat" tidak sepatutnya ditimbulkan di dalam perkara yang menyentuh "aqidah".

ADUN Paya Jaras itu bertindak melewati batas aqidah dan syariat. Tetapi kerana dia berada di dalam kumpulan apa yang digelar "kepimpinan ulama" maka ulama melepaskannya.

Dah serupa UMNO juga. Kalau anda satu kem dengan Najib, kesalahan apa pun anda akan dilepaskan. Jika tidak, anda akan menghadapi hukuman seperti apa yang dikenakan ke atas Anina dan Hamidah Osman.

Perkara tidak menyentuh aqidah diberikan perhatian berat oleh PAS berbanding aqidah. Pada thaun 2010, Khalid Samad digantung dari jawatan-jawatan dalam parti selama 6 bulan. Bukan soal aqidah, tetapi soal tak wala kepada Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya ketika itu.

Pada tahun 1972, Cikgu Hashim Gera wakil rakyat PAS bagi Parlimen Parit, Perak (1969-1974) dipecat parti PAS bukan kerana soal aqidah tetapi berjoget lambak dalam satu majlis di lobi parlimen pada 1971.

Jadi kini kita lihat tindakan PAS tidak konsisten. Berkompromi di dalam soal aqidah. Kalau kamu geng ulama, kau akan dilepaskan walaupun melakukan kesalahan aqidah. Sednagkan kalau kau bukan geng ulama, sekecil mana pun kesalahan, siap kau, kau "barua", kau "tolol", kau "broker" dan seumpamanya dan di"halau keluar" dari parti. Bila dah leuar parti, dimaki lagi mereka itu, kau "pengkhianat", kau "murtad", kau "ahli neraka" dan sebagainya.

Demikian budaya terkini sebuah parti sejarah... dan parti itu akan disejarahkan oleh rakyat Malaysia di dalam pilihanraya nanti.

p/s Sekali lagi kita mahu tanyan Nik Zawawi, itu pingat "Datuk" siapa bagi?

seorang anggota MSU, iaitu Setiausa MSU sendiri, Nik Zawawi bin Salleh menggunakan gelaran "DATUK" yang tidak diketahui dari mana diperolehi pingat itu. Ia satu penipuan malah menyalahi undang-undang negara. Sehingga kini beliau belum tampil untuk menafikan laporan berikut:

Nik Zawawi bin Salleh menggunakan gelaran pangkat Datuk yang tidak diperolehi secara rasmi didalam Negara atau mana Gabenor / Sultan atau mana-mana yang diPertuan Negeri dan mana-mana negeri dalam Malaysia. Telah secara berleluasa digunakan semasa di media cetak, media elektronik dan Dokumen Rasmi Kerajaan. Perlakuan ini menyalahi Akta Pemakaian Nama dan Gelaran 1963.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena