Wednesday 19 April 2017

[Video Dyana Sofya tampil respon isu gambar mesra] MB Inc akui kelewatan Projek TT5 (Tanjung Tualang 5).

Rabu, 19 April 2017

Foto Parti Amanah Negara Negeri Perak.

Foto Parti Amanah Negara Negeri Perak.

Foto Parti Amanah Negara Negeri Perak.

Foto Parti Amanah Negara Negeri Perak.
MB Inc akui kelewatan Projek TT5
TANJUNG TUALANG: Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak semalam telah menyahut pelawaan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak untuk bertemu dan melawat tapak Kapal Korek TT5 (Tanjung Tualang 5).
Ini susulan pendedahan Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi baru-baru ini tentang kepincangan projek membaikpulih TT5.
Kehadiran pimpinan AMANAH telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Datuk Aminudin Hashim serta barisan kepimpinannya.
Dalam pertemuan tersebut, Aminudin telah memberikan taklimat tentang perancangan MB Inc dalam membina TT5 menjadi lokasi pelancongan di dalam negeri Perak.
Pimpinan AMANAH Perak telah mengambil peluang tersebut untuk menyampaikan pandangan, kritikan serta berkongsi idea dalam menjayakan projek pemuliharaan warisan negara itu.
Antara lain, Asmuni mempersoalkan kegagalan membaikpulih kapal korek tersebut mengikut jangkaan masa yang ditetapkan sendiri oleh MB Inc.
Katanya, Kapal Korek TT5 adalah antara tempat yang disenaraikan dalam lokasi pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2017.
Namun sehingga hari ini, kapal korek tersebut masih dalam fasa awal membaikpulih.
Walaubagaimanapun, dalam pertemuan itu Aminuddin sekali lagi memberi keyakinan bahawa projek tersebut akan disiapkan pada suku ketiga tahun ini.
Dalam sidang media sejurus lawatan tersebut, Asmuni menyatakan, lawatannya adalah sebagai peluang perkongsian idea dan bukannya hanya untuk mengkritik.
“Kita tertarik dengan projek ini dan ia menjadi harapan setiap pelancong untuk datang melihat kapal korek dan memasukinya rupa struktur dalamnya.
“Jadi kita Ingin tahu daripada pihak MB Inc dan didapati banyak lagi perlu diperbaiki malah diharapkan perkongsian input dapat digunakan oleh pihak mereka,” katanya.
Katanya lagi, TT5 adalah satu-satunya kapal korek yang masih tinggal di dalam negara ini dan sewajarnya dikekalkan untuk warisan generasi yang akan datang.
Asmuni mengharapkan pihak MB Inc memfokuskan tentang kelengkapan infrastruktur persekitaran yang ketika ini sangat berisiko kepada pengunjung.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena