Monday 17 April 2017

[Video Muhyiddin DEDAH Jumlah HUTANG 1MDB yang Perlu DIBAYAR Tiap2 Tahun!] 'Najib cari jalan keluar daripada sumpahan berpuaka 1MDB'

Isnin, 17 April 2017

Related image
Hantu Jerangkung ( Skeleton ghost)

'Najib cari jalan keluar daripada sumpahan berpuaka 1MDB'


Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mencari jalan keluar daripada 'sumpahan berpuaka' berkaitan isu 1MDB dan MO1 sehingga melantik Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, Najib memerlukan jaminan keselamatan keluarga dan hartanya setelah bersara dan tiada pilihan lain melainkan memberikan kepercayaan kepada Hishammudin.
"Berbetulan pejabat DOJ Amerika telah pastinya dalam waktu terdekat memiliki cukup bukti kukuh untuk melakukan tindakan perundangan terhadap pelaku-pelaku skandal 1MDB dan MO1 demi memelihara intergriti negara mereka.
"Perkembangan ini sangat merisaukan Najib dan Umno BN. Sekiranya kita berada di sepatu atau kedudukan Najib maka mencari jalan keluar adalah pilihan yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kemungkinan Najib memberi laluan kepada Hisamuddin sebagai perdana menteri sebelum Pilihan Raya UMum Ke-14 (PRU14) adalah telahan politik yang munasabah.
"Sebagai pengamal politik adalah bagus untuk belajar dan bertindak bijak dengan pengalaman pru ke-11 bila "Mr Clean" menjadi taruhan Umno BN. Pru ke-13 mempertaruhkan kepimpinan baru Najib dan jangan sesekali mengabaikan faktor Adnan Satem dalam menyumbang kemenangan bergaya pilihan raya negeri Sarawak 2016," katanya.
Justeru, Salahuddin berkata Pakatan Harapan harus bersiap lebih awal dengan penampilan yang menyakinkan dan perpaduan yang mantap.
Pada Mac lalu, Salahuddin meramalkan akan ada individu atau tokoh Umno yang datang berjumpa dan memujuk Najib supaya berundur dengan terhormat demi memastikan kelangsungan kuasa Umno dalam mendepani cabaran PRU14.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena